ABOUT

13.1.17 Asma 2 Comments


Salam...

Nama saya Asma, panggil KakLong je. Saya anak sulung dan cucu sulung sebelah ibu dan juga sebelah ayah.. (terer tak.. hew hew)
Dilahirkan dan dibesarkan di pantai timur, dan setelah selamat diijabkabulkan oleh seorang jejaka yang ensem lagi baik hati iaitu Abang Long aka Cik Abang, Kaklong ikot beliau menetap di pantai barat dan setahun kemudian dipindahkan ke utara tanah air.
KAmi masih belom dikurniakan zuriat.. Doakan kami ya..


Blog Kaklong ni ialah blog ketiga tau..
My first blog ialah Langit Pertama (2009-2010) - deleted
Blog kedua pula blog kraf (2010-sekarang)

Gara-gara terikat dengan niche craft dalam previous blog, Kaklong dah kekeringan idea. 
Oleh itu blog ni dibina untuk divert-kan pemikiran Kaklong supaya tak tepu dengan craft dan lebih kreatif memikirkan dan memuntahkan idea baru..

Blog Kaklong ni ialah personal blog..
Tulis tentang apa yang Kaklong suka..
Kaklong suka DIY (uuuh, suka sangat), shopping online (yang murah2 je), try kedai makan dan menu baru, tengok movie omputih, dan hobi yang paling takleh blah ialah membaca..

Kaklong tak baca novel tau, tapi baca informasi..
KAlo zaman sekolah dulu baca buku, majalah dan suratkhabar; kini Kaklong baca melalui lappy dan phone je..


Info dan pengetahuan yg Kaklong dapat akan dikongsikan kat blog ni; mana la tau ia dapat beri sedikit sebanyak maklumat kepada korang untuk menempuhi hari2 yang penuh pancaroba ini.. Cewahh...

Blog Kaklong ini juga dibuka untuk review dan promote produk.
Kolaborasi juga dialu-alukan..

Apa-apa hal, contact Kaklong kat FB atau email asema84@gmail.com

Muah!




2 ulasan:

Tinggalkan jejak. Kaklong nak ziarah. :)