Me

Siapa KaklongChan?


Nama saya Asma, panggil KakLong. 
Sudah berkahwin dengan jejaka yang baik hati dan good looking...
Masih belom dikurniakan zuriat.. 
Doakan kami ya..

Nama Kaklong Chan diambil sempena Kaklong adalah anak sulung dan Chan tu saje je taruk belakang; bagi comel. Haha


Blog KaklongChan.com

Blog Kaklong ni ialah blog ketiga tau..
My first blog ialah Langit Pertama (2009-2010) - deleted
Blog kedua pula blog kraf (2010-sekarang)

Blog Kaklong ni dibina untuk berkongsi kehidupan Kaklong sebagai Suri Rumah yang suka membaca, makan, jalan-jalan, tengok movie, berkraf dan Shopping!
WooHoo!

Kaklong suka ceritakan pengalaman Kaklong dan juga me-review produk dan servis yang Kaklong gunakan.
Semoga ia bermanfaat buat korang yang suka survey dan mencuba benda baru.

Selain itu Kaklong turut berkongsi maklumat perniagaan, kewangan dan teknologi yang memudahkan kehidupan seharian.
Ini based on pengalaman Kaklong sebagai Online Merchant yang work at home selama 7 tahun. 

Perkongsian ni mungkin dapat memendekkan tempoh ekspolari korang sekaligus mempercepatkan proses perkembangan bisnes korang.
Amboi, ayat!

Apa lagi ek...

Owh satu lagi.
Kaklong dalam proses mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat dan se-semulajadi yang mungkin.
Maklumat yang Kaklong perolehi tu akan Kaklong kongsikan juga kat blog ni sebagai rujukan Kaklong sendiri.

Korang dialu-alukan membaca dan ikot sama menjadi lebih sehat secara fizikal, mental dan emosi.
Yeah!


Follow Kaklong :

Jangan ketinggalan baca perkongsian terbaru di blog Blog Kaklong, dengan klik butang follow kat sebelah kanan blog ni.

Kat Facebook pula Kaklong update post yang santai-santai

Gambar-gambar yang sempat dirakamkan Kaklong abadikannya di dalam IG. Kaklong ni suka like gambar orang tau.. :D

Apa-apa hal nak kolaborasi ke, nak beriklan ke, nak review ke, nak berkawan ke; whatsapp je Kaklong

    

Tinggalkan jejak. Kaklong nak ziarah. :)