Review Update Blog Dengan App Blog It!

by - 5.1.19

Salah satu sebab kaklong jarang update blog ialah jarang buka laptop.

Update blog kat phone pun jadi masalah sebab tak user friendly. Tak sedap menaip. Sebab tu selalu habiskan masa kat fb berbanding tempat lain.

Kaklong dah cuba macam² blogger apps untuk memudahkan update blog.

Dah harini nak review satu app yang bagi kaklong inilah app yang paling senang guna untuk tulis entry.

Nama dia BlogIt!

Selain dari saiz dia yang kecik, dia juga ringan dan tak laggy. 

Pastu yang paling kaklong suka, ialah cara nak taruk gambar.

Ada app yang gambar dia automatik letak kat bawah sekali. 
Ada app yang kene buka seksyen baru untuk taruk gambar.

Tapi app ni bole taruk je gambar masa tengah menaip. Simple sangat kan.


Pastu function font untuk bold, italic, link dan alignment pun ada sekali kat bawah tu.

Lepas habis taip tu, pilih label mana kita nak, tak perlu taip nama label.

Nak publish sekarang, nak draft arau nak scheduled pun bole. 

Cuma satu je kekurangan dia, tak bole schedule ke belakang (tarikh semalam contohnya).

Perangai kaklong ni suka schdulekan ke belakang. Disebabkan tak berkesempatan, kaklong post kat fb dan ig dulu, nanti² baru tulis kat blog panjang² tapi bertarikhkan sama ngan ig.

Macam main tipu kan.. Hohoho..
Saje je taknak banyak sangat gap kat blog.

Sejak akhir² ni kaklong guna app ni je untuk update blog dan schedulekan seminggu sekali. Cam seronok juga la sambil tepuk² baby sambil update blog. Memang lambat sikit, tapi dari tak update langsung kan..

Korang pula suka update blog ngan app ke, ngan lappy?

You May Also Like

0 Geng Kaklong

Komen la sikit ^^

recent posts