Cer Cari :

23 Jul 2018

Redha




Redha tu susah.

Tapi bila dah redha, hidup jadi smooth je.

Orang yang redha yang pernah Kaklong jumpa ialah ibu Kaklong.

Dia punya redha tu sampai Kaklong tak bole nak brain.

Kaklong duk perhati dia sejak Kaklong baby lagi.

Kaklong takleh jadi macam dia (walaupun dah cuba) sebab Kaklong ni panas baran cam ayah.

Kaklong banyak kali juga tanya "camana ibu bole redha je. Ibu tak rasa ke nak buat sesuatu dalam hidup instead of buat apa yang dah dilorongkan?"

Ibu cakap "apa yang Allah tulis, itulah yang ibu buat."

Masih takleh brain.

First time Kaklong redha ialah bila Kaklong mengalami kemurungam beberapa tahun sampai la rasa penat sangat berusaha dan planning.

Plan pun tak pernah berjaya walaupun usaha Kaklong lebih dari kemampuan diri.

Saat tu Kaklong cakap, "Ya Allah, ikut Kau la nak suruh aku jadi apa pun. Aku penat dah ni."

Pastu dalam gelap gelita tu, satu cahaya muncul lalu Kaklong ikot.

Pastu satu lagi muncul dan Kaklong ikot tanpa fikir lagi apa² kemungkinan atau kebarangkalian seperti yg selalu Kaklong buat sebelum² ni.

Semuanya berjalan lancar hingga sekarang.

Walaupun ini bukan kehidupan yang Kaklong impikan, tapi inilah kehidupan yang sesuai untuk Kaklong yg Allah lorongkan.

Kali kedua Kaklong redha ialah bila Kaklong nak suami.

Kaklong bukan cam orang lain yang okay je tak kawen.

Kaklong tak okay, Kaklong nak kawen 😅

Disebabkan tak laku, Kaklong pun doa "Ya Allah, bagi la aku suami. Tak kesah la sapa². Siapa yang Kau bagi aku terima."

Hari² doa cenggitu.

Pastu Allah munculkan macam² jenis manusia. Budak 2 tahun lebih muda, 4 tahun lebih muda, 6 tahun lebih muda, pakcik 20 tahun lebih tua, suami orang (3 orang kesemuanya, sampai Kaklong redha kalo ditakdirkan jadi isteri kedua), lelaki kaya yang hari² cakap pasal duit, lelaki miskin yg keje pak guard dan ramai adik beradik, macam² jenis lagi.

Walaupun ada yang tak kene dengan selera Kaklong tapi teringatkan doa tu, terus Kaklong terima je dorang (sorang dalam satu masa la, bukan semua sekaligus).

Dah tertulis bukan jodoh, semuanya pergi dengan baik.

Satu hari, isteri kawan ayah tanya suami dia pasal Kaklong ni dah berpunya ke? Kalo belom nak minta untuk anaknya.

(Padahal pernah jumpa dua kali je masa bertandang ke rumah dia. Kami tak berbual pun).

Kaklong dan anak dia berhubung dan kawen tanpa cinta. Kaklong redha dia sebagai suami dan dia redha Kaklong sebagai isteri.

Lepas kawen satu persatu keistimewaan dia muncul.

9 dari "10 ciri² lelaki idaman saya" yang Kaklong duk berangan dari kecik ada pada dia.

Tanpa cari, tanpa pilih, Allah hadiahkan "lelaki idaman saya" ni.

Betapa kasihnya Dia pada Kaklong.

Dari situ, Kaklong dah merasai kehadiran dan kuasa Dia bilamana Kaklong redha.

Sangat indah dan sangat melimpah.

Apapun, usia Kaklong baru 34.
Perjalanan ini masih panjang, in shaa Allah.

Kat depan tu banyak lagi ujian² yang bakal muncul untuk menguji keimanan dan keredhaan Kaklong.

Semoga Kaklong terus redha dan beriman sebagaimana ibu.

Aaminn...

4 ulasan:

  1. Hihi sukanya dengar cerita kaklong. Nanti nak singgah blog kaklong lagi.. :)

    BalasPadam
  2. InsyaAllah, kita akan dapat kemanisannya lepas sesuatu ujian dan kita redha..

    https://www.tipsummi.com/tips/tips-kurus-dengan-detoks-agar-tidak-mudah-gemuk-kembali/

    BalasPadam

Komen la sikit ^^