Cer Cari :

23 Jul 2018

23.7.18

Redha




Redha tu susah.

Tapi bila dah redha, hidup jadi smooth je.

Orang yang redha yang pernah Kaklong jumpa ialah ibu Kaklong.

Dia punya redha tu sampai Kaklong tak bole nak brain.

Kaklong duk perhati dia sejak Kaklong baby lagi.

Kaklong takleh jadi macam dia (walaupun dah cuba) sebab Kaklong ni panas baran cam ayah.

Kaklong banyak kali juga tanya "camana ibu bole redha je. Ibu tak rasa ke nak buat sesuatu dalam hidup instead of buat apa yang dah dilorongkan?"

Ibu cakap "apa yang Allah tulis, itulah yang ibu buat."

Masih takleh brain.

First time Kaklong redha ialah bila Kaklong mengalami kemurungam beberapa tahun sampai la rasa penat sangat berusaha dan planning.

Plan pun tak pernah berjaya walaupun usaha Kaklong lebih dari kemampuan diri.

Saat tu Kaklong cakap, "Ya Allah, ikut Kau la nak suruh aku jadi apa pun. Aku penat dah ni."

Pastu dalam gelap gelita tu, satu cahaya muncul lalu Kaklong ikot.

Pastu satu lagi muncul dan Kaklong ikot tanpa fikir lagi apa² kemungkinan atau kebarangkalian seperti yg selalu Kaklong buat sebelum² ni.

Semuanya berjalan lancar hingga sekarang.

Walaupun ini bukan kehidupan yang Kaklong impikan, tapi inilah kehidupan yang sesuai untuk Kaklong yg Allah lorongkan.

Kali kedua Kaklong redha ialah bila Kaklong nak suami.

Kaklong bukan cam orang lain yang okay je tak kawen.

Kaklong tak okay, Kaklong nak kawen 😅

Disebabkan tak laku, Kaklong pun doa "Ya Allah, bagi la aku suami. Tak kesah la sapa². Siapa yang Kau bagi aku terima."

Hari² doa cenggitu.

Pastu Allah munculkan macam² jenis manusia. Budak 2 tahun lebih muda, 4 tahun lebih muda, 6 tahun lebih muda, pakcik 20 tahun lebih tua, suami orang (3 orang kesemuanya, sampai Kaklong redha kalo ditakdirkan jadi isteri kedua), lelaki kaya yang hari² cakap pasal duit, lelaki miskin yg keje pak guard dan ramai adik beradik, macam² jenis lagi.

Walaupun ada yang tak kene dengan selera Kaklong tapi teringatkan doa tu, terus Kaklong terima je dorang (sorang dalam satu masa la, bukan semua sekaligus).

Dah tertulis bukan jodoh, semuanya pergi dengan baik.

Satu hari, isteri kawan ayah tanya suami dia pasal Kaklong ni dah berpunya ke? Kalo belom nak minta untuk anaknya.

(Padahal pernah jumpa dua kali je masa bertandang ke rumah dia. Kami tak berbual pun).

Kaklong dan anak dia berhubung dan kawen tanpa cinta. Kaklong redha dia sebagai suami dan dia redha Kaklong sebagai isteri.

Lepas kawen satu persatu keistimewaan dia muncul.

9 dari "10 ciri² lelaki idaman saya" yang Kaklong duk berangan dari kecik ada pada dia.

Tanpa cari, tanpa pilih, Allah hadiahkan "lelaki idaman saya" ni.

Betapa kasihnya Dia pada Kaklong.

Dari situ, Kaklong dah merasai kehadiran dan kuasa Dia bilamana Kaklong redha.

Sangat indah dan sangat melimpah.

Apapun, usia Kaklong baru 34.
Perjalanan ini masih panjang, in shaa Allah.

Kat depan tu banyak lagi ujian² yang bakal muncul untuk menguji keimanan dan keredhaan Kaklong.

Semoga Kaklong terus redha dan beriman sebagaimana ibu.

Aaminn...

22 Jul 2018

22.7.18

Seorang Diri Bukannya Sunyi


Kaklong terbaca artikel Seorang Diri Bukan Bermakna Kesunyian ni dari The Patriot

Masa pi kursus kawen 6 tahun lepas, masa rehat pukul 1 tu semua peserta pi makan.

Kaklong pilih untuk pi solat dulu sebab malas nak beratur amik makanan.

Korang tau la kan perempuan amik makanan macam mana..
Bole bercinta kita tunggu belakang dia.

Plan Kaklong, lepas solat baru makan slow² sampai pukul 2, terus masuk dewan sambung kursus.

Kaklong jenis malas duk congok tunggu lama².

Lepas abes solat, Kaklong pun pi makan.

Tengok ada 3 perempuan je tengah makan dan lauk banyak lagi.

Dengan senang hati cedok nasi dan lauk pauk tu lalu duduk semeja dengan perempuan² yang tengah makan tadi.

Meja tak banyak pun, apa salahnya duduk dengan dorang kan.

Tengah syok² makan dengan damainya, dua perempuan bangun dan beredar.

Sorang lagi perempuan tak bangun² walaupun pinggan dah licin.

Kaklong pandang dia dan dia berkata "Takpe², makan la saya teman," sambil senyum ikhlas.

What?
No, jangan temankan aku (jerit dalam hati)

"Takpe la, pergi je," ujarku dengan penuh kesopanan dan kesusilaan.

"Takpe². Saya faham. Tak selesa makan sorang², apalagi ada lelaki kat situ," seraya menuding ke arah meja makan lelaki.

Sebenarnya Kaklong tak kesah pun makan sorang.
Ada lelaki atau takde lelaki.
Kaklong tak rasa awkward pun.
Malah Kaklong sangat selesa kalau sorang diri.

Mengenangkan keikhlasan dia, Kaklong pun mempercepatkan rentak makan, supaya tangan dia tak kering dek lauk pauk tadi.

Rasa sangat tak selesa makan cepat², sedangkan bajet tadi nak makan dengan aman sentosa sambil menikmati angin sepoi² bahasa.

Pastu ada la plan nak tambah nasi n ratah ayam seketul lagi sebab sedap dan lauk tu pun banyak lagi.

Tapi bila ada orang tunggu, takkan nak pi tambah pulak..

Huwa huwa huwaaaa...

Lepas makan kami basuh tangan dan masuk ke dewan.

Masa tu ada 15 minit lagi nak pukul 2pm, dan penceramah masuk pukul 2.30pm.

45 min Kaklong duk congok for nothing!

Moralnya ialah lenkali Kaklong bila nak makan tu duduk la meja kosong, tak payah sopan sangat duk ngan orang lain. Orang lain pula serba salah nak tinggalkan kita sorang². Padahal memang kita nak sorang².

Lesson learned 😌

21 Jul 2018

21.7.18

Mata Merah!


Batuk dah kebah siang.

Tapi malam masih teruk.

Semalam mata rasa gatal² sikit n nampak cam pink eye.

Makin petang ke malam abang cakap mata merah teruk ni. Esok (hari ni) kita pi klinik.

Okay.

Pukul 5 pagi, terjaga buat kali kedua sebab batuk.

Masa kat toilet, nampak mata merah teruk. Macam berdarah!

Takot!

Tak tau nak buat apa.

Abang balik keje kul 8 nanti terus pi klinik.

Lambatnya pukul 8.

Panik sorang² kat rumah ni.
Macam² benda buruk duk pikir.

😣😣😣

===============


Dah jumpa pakar mata.

Katanya pendarahan mata ni bole jadi tiba² atau sebab batuk yg terlalu kuat.

Dia akan baik sendiri dalam 2 minggu.
Tiada ubat diberi.

Kalo sakit atau pandangan kabur baru datang jumpa lagi.

Lepas ni Kaklong kene cover² la sikit batuk.

Memang kuat pun batuk ni, sampai tulang rusuk pun cramp dibuatnya.

Harap² lepas abes ubat batuk ni Kaklong pun sembuh.

Penat batuk ni tau...

Mekasih korang kerana concern.

Muah ciked 😘

17 Jul 2018

17.7.18

I'm sick


Seminggu dah Kaklong batuk teruk.

Malam tak boleh tidur.

Siang pun tak boleh tidur.

Dapat tidur² ayam sejam dua jam je malam.

Kepala pun dah ting tong.

Tak dapat berfikir dengan baik.

Tak dapat ingat dengan baik.

Dua kali jumpa doc.

Doc bagi ubat batuk yang tak kuat, sebab Kaklong preggy.

Kaklong penat sangat.

Bila batuk, sakit kerongkong, sakit dada.

Bila batuk, berpanjangan sampai tak sempat tarik nafas, sesak nafas.

Bila batuk sampai termuntah².

Sambil cuci muntah, sambil batuk lagi dan muntah lagi.

Sampai nanges sebab tak larat dah nak ulang² muntah cuci, muntah cuci.

Batuk kuat sangat sampai rusuk dan belakang badan cramp.

Patut la banyak kes suami curang masa isteri pregnant.

Keadaan isteri sendiri tidak menyelerakan.

Jangan kata suami, Kaklong pun rasa jijik dengan diri sendiri.

Namun begitu sehabis baik cover supaya tak nampak teruk sangat di mata dia.

Tapi bila terpandang cermin, terkejut juga. Kenapa teruk sangat rupa aku ni..?

Tiap malam nanges minta Allah sembuhkan batuk ni cepat, Kaklong tak larat nak hadapinya setiap malam.

Tapi belum makbul lagi.
Mungkin banyak dosa, banyak hari lagi diperlukan utk hapuskan dosa² tu.

Kaklong dalam redha tak redha je tanggung kesakitan

Tadi rasa nak terjun balkoni tu.
Nak hentikan kesakitan ini.
Naseb baek masih waras.

Baru seminggu, tapi rasa macam dah sebulan.

Biasa Kaklong batuk amik masa 3-5 minggu baru sembuh.

Tapi batuk kali ni luar biasa sakitnya.
Terutama waktu malam.

Semoga Allah ikatkan hati Kaklong dan suami ketat² walau bagaimana buruk pun keadaan Kaklong.

Semoga buruk Kaklong ni ghaib di mata dia, yang dia nampak hanya indah dan cute je seorang Kaklong ni walaupu hakikatnya sangat tak sedap mata memandang.

Apa je la yang merepek Kaklong tulis ni?

Kaklong baru je lepas berguling kesakitan.

Bukan Kaklong je, baby pun guling sekali.

Kesian dia, patutnya dia tido.
Tapi mama kung kang kung kang batuk sampai tak dapat tido dia.

Sorry baby.

Siang tadi pi KPJ.
Doc confirm baby lelaki.
Kepala dah kat bawah.
2 minggu lepas kepala kat atas.

Doc cakap disebabkan diabetes, minggu ke 38 nanti kene induce.

Ermm.. Takutnya..

Ibu cakap, sakit biasa² je.

Yeke ibu?

Kaklong takot sakit.
Tak kuat cam ibu.

Kaklong cuba sedaya upaya control makan supaya baby tak besar, supaya tak kene bedah.

Kalo bedah lagi sakit masa berpantang kan.
Amik masa pula tu nak fully recover.

Kalo bole nak at least 3 orang anak.

Sebenarnya nak 6.
Tapi pada usia macam ni, dapat 3 pun mujur.

Abang cakap nak 10.
Ye la tu bang...

Semasa Kaklong tak sihat ni abang baik.

Haritu minta dia masak, dia masak.
Abang tak pandai masak, tapi dia buat juga.

Kaklong duk tepi, bagitau camana nak masak sambil batuk².
Sedap dia masak.

Tadi minta masakkan jemput bilis, dia masak juga.

Terima kasih abang.
Berselera kaklong makan malam ni.

Kelengkapan baby semua dah beli.
Dypers je belum.

Tapi belum cuci lagi.

Ingatkan nak cuci minggu lepas, lepas keluar wad, tapi disebabkan batuk terus lupa.

Kalo ingat kaklong akan cuci esok.

Minggu lepas ternampak baju baby yang comel sangat.
Warna mint.

Tapi ada saiz untuk 3-6 bulan je.
Yang newborn warna lain.

Kaklong cakap kat abang, warna mint ni belum ada lagi.
Bestnya kalao ada.

Abang cam biasa la, tak responsive

Kaklong pun pusing² cari baju warna minta tapi takde.

Disebabkan takde yg newborn warna mint, tak jadi la beli.

Nanti baby besar sikit kita beli ya.

Harini, abang balik dari pos barang dia letak satu paket depan Kaklong.

Ni tak lain tak bukan mesti makanan.

Kaklong n cuma suka makanan je, benda lain tak berapa minat.

Sekali buka rupa²nya baju baby warna mint haritu.

Abang....

Dia selalu macam ni tau.

Buat muka acuh tak acuh je, tetibe beli buat surprise.

Ingat pula dia yang mana satu, padahal sikit punya besar baby department pun dengan pelbagai jenama.

Haritu pun masa Kaklong terlompat² tengok kereta control Doraemon kat mall, abang bagi je beli.

Tapi fikir punya fikir, beli pun bukan main. Macam membazir pula.
Tak jadi beli.

Seminggu kemudian tup² kereta control Doraemon tu dah ada kat atas rak ruang tamu.

Melompat juga la tengok idaman hati tu.

Sepanjang hari asyik main kereta tu je.

Pastu esoknya sampai harini tak main dah.

Haritu pun masa makan kek, Kaklong puji kek coklat tu sedap sangat.

Abang cam biasa la layan tak layan je, macam Kaklong cakap sorang².

Pastu selalu ada je kek tu dalam peti tiap kali dia balik keje.

Yang syoknya dia tak bagitau pun ada beli kek.

Dia biar je Kaklong discover sendiri.

Kalo tengok Kaklong tak buka peti haritu, dia akan cakap, "ada apa dalam peti tu?" dengan muka serius.

Kaklong yg innocent ni cuak la, apa benda pulak dalam peti?

Terus menerpa buka peti.

Sekali tengok kek!

Bila dah tengok tu, mana bole tengok je, terus keluarkan dan ngap depan abang sambil menari² comel.

Sesekali suapkan dia.

Walaupun abang tak minat kek dan apa saja yang bukan asal Melayu (selera Melayu sangat dia ni), tapi makan juga, sikit je.

Lepas ni kene suapkan anak dia sekali.

Rasanya anak dia ni pun selera Melayu juga.

Sebab sepanjang pregnant ni asyik nak makan nasi berlauk je.

Taknak mamak or siam.

Nak lauk pauk Melayu yang simple² tu.

Kalo betul la selera anak ni macam abang, senang la keje Kaklong.

Kalo dia ikot selera Kaklong, habis la kene masak sedap² sahaja.

Apa ni sampai melalut ke sini?

Rasa lega sikit bila tulis bukan2 ni, tak melayan batuk.

Tapi baru pukul 4 pagi.

Biasa pukul 7 baru Kaklong dapat lelap.

Mungkin sebab udaranya tak sesejuk tengah malam.

Bila bernafas tu kurang sikit rasa geli² kat tekak dan paru².

Tak tau nak tulis apa dah.

Kaklong nak cuba tido dulu.

Mata pun pejam tak pejam je ni.

Goodnite..