Cer Cari :

3 Jun 2018

Mesin Basuh Rosak!

Mesin basuh rosak lagi...
Alahaiii, apa la nasebbbb!


Mesin basuh tu jenama Samsung 10.5kg yang kami beli dalam 5 tahun lepas.
Masa tu masih lagi duk kat Klang.

Sebelum ni dah rosak tau, pada hujung March lepas.
Masalah dia air takleh masuk.
Pastu kami basuh baju guna dobi layan diri je la.
Bukan kami ya, Cik Abang.

Sebabnya cam biasa la dia suka ride motor, malas nak bawa Kaklong, so dia pi la sorang.
Bagi Kaklong mendobi ni agak waste time juga la.
Nak tunggu baju basuh satu hal, pastu nak keringkan pun satu hal.
Kaklong dah suggest supaya basuh je, pastu jemur kat rumah, tapi Cik Abang rasa alang-alang dah sampai dobi better dia keringkan terus.

Bila Kaklong suarakan yang tak suka dengan bau sabun dobi tu (maybe alahan mengandung kot, Kaklong jadi sensitif dengan bau), Cik Abang godek-godek tenet dan jumpa caranya nak baiki mesin basuh tu.
Dia try buka untuk tengok spare part yang kene ganti.
Tapi pastu kitorang ingat nak panggil tukang baiki je la, nanti silap beli barang, silap pasang masalah pulak.

Tukang baiki tu datang dan tukar spare part tu, charga RM150.
Dan mesin basuh itu pun berfungsi dengan sempurna.
Yippi!

Namun, kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.
Harini dia buat pulak.
Masalah yang sama, air tak masuk.

Kaklong hampir-hampir je karate mesin basuh tu.
Naseb baek waras, kalo tak, bole sakit gak tangan ni..

Camana ni?
Nak baiki ke tak; nak baiki ke tak..?
Fikir punya fikir akhinya decide beli baru je la.
Kalo baiki lagi, nanti rosak lagi, sampai bila nak ulang-ulang keluar duit dengan sia-sia.

Lagi satu Kaklong suka gak kalo tukar mesin basuh baru.
Sebabnya mesin basuh Samsung tu kan, memang masalah la bagi Kaklong.

Apa masalahnya?

Pertama, dia punya magic filter macam tak berfungsi pun.
Tiap kali Kaklong nak buang habuk, takde habuk pun...?
Habuk pergi lekat kat baju pulak dah.
Dah tu magic filter tu magic ke tak?

Kedua, kalo lambat keluarkan baju (lambat setengah jam, bukan sehari pun); terus baju tu bau hapak.
Hadoiii!
Sakit hati ni.

Selama Kaklong basuh baju guna mesin basuh kat rumah ibu tu, Kaklong basuh malam sebelum tidur, pagi esok baru jemur.
Tak hapak-hapak pun.
Elok je bau dia fresh.
Kenapa mesin basuh ni jadi gini pulak?

Mesin basuh ibu tu dah lebih 10 tahun pakai, elok je lagi.
Takde rosak apa pun.
Kenapa mesin basuh ni baru 5 tahun dah rosak?
Sakit hati aku.

Ada orang cakap habuk melekat tu sebab mesin basuh kotor.
Kaklong dah buat clean tub secara regular tau.
Pastu ada orang cakap clean tub tu kene masukkan sekali dengan cuka dan soda bikarbonat.
Okay, Kaklong pun buat.
Tapi masih lagi sama. Habuk melekat kat baju, magic filter tak berfungsi dan baju hapak bila lambat sikit keluarkan.
Sabar je la..

Nak minta mesin basuh baru tak sampai hati pula sebab tak rosak pun.
Ye la, selagi berfungsi maksudnya tak rosak la kan...

Owh masa mesin basuh tu rosak buat kali pertama, kebetulan sebulan sebelum tu mesin basuh mak mertua pun rosak.
Ironinya kami beli jenama yang sama, model yang lebih kurang sama, cuma mertua beli lewat sebulan dua dari kami.

Lepas rosak tu kami balik kampung dan Kaklong citer la yang mesin basuh kitorang pun rosak, tapi nak baiki la balik ni.
Mak mertua cakap, dari baiki baik la beli baru. Nanti rosak lagi..

Sekali memang betul apa dia cakap.
Rosak juga lepas baiki.
Lepas ni kene ikut la cakap orang tua..

Dah rosak tu buang je la..
Buat sakit hati je baiki-baiki rosak balik.
RM150 tuuuu <--(kupik)

2 ulasan:

  1. pelik jugak cepat sangat bau hapak sebab mesin basuh dekat rumah kadang terlupa sampai berjam tertinggal tak bau hapak pun. Betul, memang elok beli baru je kalau dah sekali rosak meragam dia memang berulang. Habis duit kat situ je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la pasal. Naik stress kita baju asyik hapak je.
      Bagus la dia dah rosak. Beli je baru. Haha

      Padam

Komen la sikit ^^