Cer Cari :

19 Mei 2018

Loya dan Zincofer

Masa menaip entry ni, Kaklong baru je siap masak daging masak kicap untuk sahur..
Menu dari cik abang ler..
Aii, cik abang ni.. Suka sangat kicap.
Dia tak tau Kaklong tak minat kicap.
Tapi takpe, demi cinta kugagahi jua.. Gitew...

Kaklong ada bagitau kan, sepanjang mengandung ni Kaklong loya-loya tapi tak muntah.
Baru-baru ni baru Kaklong perasan bahawa loya tu muncul setiap kali lepas Kaklong makan ubat yg klinik bagi.
Ubat merah yang biasa ibu mengandung amik tu.
Zincofer nama dia..

Biasanya Kaklong makan ubat tu tengahari, pastu loya-loya.
Baru-baru ni Kaklong lupa makan, pukul 1 pagi baru teringat, pastu makan je la walaupun dah lewat.
Lepas makan tu Kaklong pun masuk tido.
Tetibe perut rasa mual dan tekak loya..
Takleh  baring, Kaklong pun duduk sementara nak tunggu loya hilang.

 Ada satu hari tu Kaklong lupa terus nak makan ubat tu, dan sepanjang hari tersebut takde loya.

Pastu puasa pertama tu Kaklong makan selepas sahur, pastu loya dan muntah..
Puasa kedua Kaklong amik dalam pukul 2 pagi, masa masak untuk sahur (disebabkan takleh tido, Kaklong pun masak la awal). Tak lama lepas tu loya dan jeluak tapi tak muntah.

Time tu baru Kaklong flash back dan perasan bahawa ubat tu mungkin penyebabnya loya yang Kaklong alami selama ini.
Kaklong pun godek-godek tenet dan sah ramai orang komplen benda yang sama.
Tapi dorang loya sebab tak tahan bau.
Kaklong takde masalah dengan bau dia, cuma tetibe je kembang tekak lepas telan ubat tu.

Penat tau loya ni..
Kalo loya pastu muntah rasa lega.
Tapi ni loya tak habis-habis, muntahnya tidak.

Isnin ni ada check-up.
Kaklong ingat nak minta tukar ubat la..
Bole ke tukar..?
Kaklong pernah dengar dulu dorang bagi 4 jenis ubat kene makan sekaligus.
Ini dapat yang semua dalam satu kapsul = Zincofer

Harap-harap nurse tu bagi ubat lain (kalo ada la..)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^