Cer Cari :

30 Mei 2018

Jual Barang di Marketplace Facebook

Uii,

Kaklong baru je tau ni.
Facebook ada marketplace sendiri.?
Seriously..?

Camana I bole ketinggalan keretapi ni..?

Marketplace atau dalam Bahasa Melayunya Tempat Jual Barang ni dah ada dalam facebook kalo tak silap Kaklong dalam bulan April haritu.

Lagi best kita tak perlu install app lain pun. Terus guna app facebook yang sedia ada.
Kat desktop pun ada tau..

Nampak tak icon rumah kat header tu..? Itulah marketplacenya...
Rupa-rupanya memang dah ada pun dalam app Kaklong ni haaaa...
Kaklong je tak sedar-sedar..
Hahaha...
Apa ni.. Tak alert betullah saya...

Lepas ni kita boleh la jual barang kat facebook tanpa segan silu..
Malah lagi mudah orang nak cari barang..

Caranya korang cuma perlu update app facebook (kalau belum update); pastu tekan icon rumah kat bahagian atas app tu.
Nanti muncullah barang-barang jualan pengguna facebook sekalian.

Pastu kalau malas browsing, terus je search barang yang korang cari.
Marketplace ni ikot lokasi tau.
Nanti senang la korang nak COD atau self-pickup sendiri kat seller.

Jom kita ushar apa yang ada kat marketplace facebook ni.




Uiii, macam-macam ada...

Jom kita buka salah satu barang jualan.
Kaklong nak buka kuih kapit ni la..
Hahahha.. Makanan je yang aku terpikat :P



Kat sini dia dah tulis harga, profile seller dan detail item.
Pastu korang boleh direct message seller (jangan lepas pm dia suruh wasap sudah. Kaklong malas betul bab wasap lepas pm ni -__-)
Ataupun save barang tu untuk rujukan masa depan
Atau share kat kawan-kawan (secara pm)

Senang kan..

Korang nak jual barang pun boleh.

Kaklong ni baru je nak aktifkan balik kedai online Kaklong yang dah lama tutup tu, tetibe ter-discover marketplace facebook ni..

Tapi satu je la..
Kaklong tak buat COD dan self-pickup.
Marketplace ni pula ikot kawasan.
Takot ada orang request COD atau pick up susah pula nak menolak.

Tengok la camana, nak join jual barang kat marketplace ni ke tak..

2 ulasan:

Komen la sikit ^^