17 Mei 2018

First day Puasa

Hari pertama puasa pada tahun 2018.
Tadi Kaklong tanak nasi, goreng ayam pastu makan ngan kicap.
Tu menu Cik Abang minta.

Kaklong sebenarnya tak minat kicap.
Jadi bagi Kaklong ia tidak menyelerakan langsung.
Tapi senang la sikit masaknya.
Hehehe...

Kaklong mekap blog lagi.
Kelakar kan..
Blog tak update pun, tapi template asyik tukar je..
Hohoho...


Mungkin Kaklong takde hati nak tengok blog ni sebab template dia tak pernah menepati citarasa.
Tak bole tukar warna, tak bole tukar saiz, tak bole tukar font dan template pun lebih kurang cam orang lain.

Last-last Kaklong guna template blogspot yang lama dan adjust sendiri ikot kesukaan hatiku..
Pastu tambah coding mobile view untuk widget-widget tertentu.

Selain tu, banyak habiskan masa di facebook dan update kat situ juga adalah salah satu punca Kaklong jarang update blog..

Okay la..

Harini first day puasa, tapi hati Kaklong ragu-ragu nak puasa.
Kandungan Kaklong berusia 4 bulan, dan seperti mana korang tau, Kaklong tunggu 5 tahun untuk baby ni.
Sekarang Kaklong duk risau kalo puasa nanti tak cukup zat pula baby Kaklong ni.

Ibu cakap, jangan bimbang.
In shaa Allah, Allah permudahkan ibadat kita.

Betul juga tu.
Ibu, keenam-enam anaknya ibu puasa masa mengandung.
Tapi ibu takde sebarang alahan..
Best kan..

Kaklong pula, ada rasa loya, kencing manis, pastu hipo..
Ntah hape2 je, kencing manis pastu hipo, padahal tak amik insulin pun..

Duk pikir, kalo masa puasa ada rasa tak sedap badan ke apa, Kaklong berbuka je la..
Memang la sayang kan, tapi dari bawa mudarat yang akan buatkan Kaklong regret for the rest of my life, mungkin ada baiknya Kaklong sacrifice sikit..

Baru je lepas sahur tadi Kaklong muntah..
Hadoiiii, apa ni?
First time tau muntah..
Biasanya jeluak gitu-gitu je, tak keluar apa-apa.
Ni tetibe muntah pulak..
Dah la first day puasa.

Kaklong risau la..
Erm....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^

ADVERTORIAL (8) BISNES (21) CANTIK (7) Contest & Giveaway (5) Diary (64) DIY (5) FOOD (10) FREEBIES (4) IKLAN (4) INTERNET (24) KEWANGAN (4) MOVIE / TV (36) PRODUK (12) REVIEW (65) SHOPPING (20) SIHAT (17) Tips & Tutorial (21) VACATION (4) VIRAL (30)