Cer Cari :

20 Apr 2018

20.4.18

Review : Dukun

Citer Dukun best.

Kisah dia lebih kepada misteri + seram. Bukan citer hantu. Takde penampakan pelik². Keseramannya masih terkawal. Mood dia dari awal sampai akhir kekal seram..

Lakonan Umie Aida tip top! Dari awal sampai akhir cerita, seram semacam je tengok dia. Faizal Hussein pun okay cuma intonasi dia sedikit kekok, mungkin kerana skripnya formal (peguam kan). Elyana walaupun scene dia sikit je, tapi sangat berkesan. Pelakon lain pun okay sangat, terutama NamRon sebagai polis yang annoying sikit perangai dia.

Gambar filem ni cantek (cinematography kot term dia), warna pun cantik (colour grading kot term dia). Pilihan muzik latar sangat memberi impak menyulamkan mood misteri dan seram dalam filem ni.

Skrip dan jalan cerita takde apa nak komplen. Sangat bagus. Seronok tengok citer tempatan yg takde elemen cinta / jatuh cinta. Takde heroin yg kononnya paling cantek la dalam kampung tu, pastu takde orang yang dengki, pastu takde orang menjerit marah² guna skrip yang sama je tak habis². Skrip filem ni ditulis dengan rapi. I really like it. Cam tak caya pula ni filem 10 tahun lepas.

Kaklong rasa nak pi tengok lagi la 😁

13 Apr 2018

13.4.18

Kronologi Pregnancy Kaklong

Semalam dah announce pregnancy.
Harini Kaklong nak buat catatan sikit la kronologi kejadian pregnancy Kaklong ni.
Saja je sebagai diary.

5 tahun kot tunggu, mesti la hepi.
Nanti bila dia baby besar, dia baca la catatan mama dia ni..

Selepas makan Kacip Fatimah Phytoplus keluaran UTM sebanyak 2 botol (kira-kira dalam tempoh 6 bulan lebih sikit - sebab tak semestinya makan setiap hari, ada juga skip skip), Kaklong pun stop beli.

Saja je nak tengok period Kaklong okay tak..

Alhamdulillah, period Kaklong datang setiap bulan, cuma kadang-kadang lewat, kadang-kadang sikit, kadang-kadang banyak pula.

Pastu Kaklong ada amik minyak ikan omega 3.
Saja amik sebab Kaklong jarang makan ikan, selalu ayam je, saja la nak tambah-tambah zat.
Lagipun dalam diet ni Kaklong cuma makan dua kali sehari.
Diet Kaklong ialah ayam goreng, sate, daging2, bihun camtu.

Kalo rasa lapar, Kaklong minum air banyak-banyak.
Cuba untuk makan tak lebih dari 2x sehari.

Walaupun badan rasa lebih ringan dan cergas, tapi berat tak turun pun..
Alahai, sedihnya..

Asid folik tak pernah tinggal.
Last sekali Kaklong beli jenama Appeton.
Macam mahal je RM30++ , tapi banyak dalam tu, cukup untuk 3 bulan..
Namun tak lekat-lekat juga baby..

Akhirnya rasa give up nak diet.
Tapi tak sabar nak dapat anak.

Lalu Kaklong pun makan ubat kesuburan yang doktor bagi masa Kaklong check kesuburan pada tahun 2016 dulu.
Ubat tu akan expire pada akhir 2018, jadi Kaklong minta Cik Abang tempoh untuk cuba diet setahun. Kalo gagal baru makan ubat.

Lepas setahun usahaku untuk diet menemui kegagalan.
Maka Kaklong makan la ubat tersebut pada bulan Nov 2017 lalu menunggu hasilnya dengan penuh debaran.

Namun begitu pada 16 Dis 2017, Kaklong period.
Sedih giler.
Banyak pula tu darah keluar macam air paip.
Lepas tukar kain (Kaklong tak pakai pad, Kaklong pakai kain saiz sapu tangan tu pastu lipat 3), dalam 30 minit kene tukar baru sebab lencun.
Pastu senggugutnya boleh tahan la sakit.

Dalam sedih-sedih tu Kaklong berkira-kira nak pi ke taknak pi lagi ke hospital?
Sebab sedih tau..
Kalo cuba lagi tak dapat2 bertambah la sedihnya..
So, Kaklong tangguhkan je la..

Pada bulan February 2018 baru teringat yang Kaklong dah lama je tak datang period.
Time tu mula berkira-kira nak beli lagi Kacip Fatimah tu.
Nak aturkan balik period sebab nampak gayanya dah start gap balik ni.

Tiba-tiba terfikir, camana kalo mengandung?
Ubat tu takleh makan kalo mengandung.
Walaupun rasa macma tak mengandung, tapi better check untuk kepastian.
Lagipun badan pun rasa tak sedap je ni.

13 February, Kaklong beli pregnancy test dan malam tu test.
Sebelum test tu berpeluh juga.
Taknak berharap, tapi dalam masa yang sama berharap juga.

Sebab 4 tahun lepas Kaklong tak mai period 3 bulan dan badan rasa tak sedap.
Mati-mati aku ingat mengandung.
Lepas check ada 1 line je, kecewa yang amat!
Keesokan paginya period datang.
Rasa terpedaya sangat.

Okay, back to the story.
Malam tu Kaklong test dan resultnya....
...
...
...
Dua line!

Aku macam terkedu sorang-sorang dalam bilik air tu.
No no..
Jangan mempermainkan perasaanku lagi.
Sakit beb!

Esoknya minta abang beli lagi pregnancy test.
Abang cam biasa la, muka takde perasaan.
Cuba la tanya-tanya atau buat2 happy sikit, baru la ada sparkling joy dalam hati aku ni.
Tapi dia bukan lelaki sebegitu.

Dan keesokan malamnya, Kaklong test sekali lagi.
Alhamdulillah, confirm positif.
Line dia lebih ketara kali ni.

Perasaan?
Hepi tak terhingga!
Tapi abang nampak relax je. Menyampah betul saya. :(
5 tahun tunggu kot, takleh ke tunjuk happy sikit.

18 Feb scan dan nampak dah kantung kecik dia.
Doktor kata 6 minggu, which is tak tally dengan jadual ovulasi Kaklong.
Patutnya 9 minggu.
Takpe la. Mana2 je..

Dua minggu kemudian datang lagi sekali scan untuk kepastian (atas saranan doktor)
Dah nampak kantung tu lagi besar dari haritu.
Doktor kata dah ada heart beat, tapi Kaklong tak pandai tengok.. Haha.

Pastu pada 26 March baru la pi Klinik Kesihatan untuk buat buku pink.
Happy giler dapat buku pink.
Patutnya buat awal sikit tapi haritu balik kampung seminggu.
Pastu abang kene keje 16 jam selama beberapa hari(bole je Kaklong pi sorang, tapi yelah manja la katakan. Haha).
Pastu balik kampung lagi sebab ada kenduri.
Lepas tu baru la free nak pi buat buku pink.

Sekarang ni kandungan Kaklong dah 14 weeks (kalo ikut tarikh)

Walaupun happy, tapi takut juga.
Semoga baby ni lahir dengan cukup sifat zahir dan batin.

Aaminnn....

10 Apr 2018

10.4.18

Nasi Ayam Nasi Lemak Delivery Kuantan

Sape duk Kuantan angkat tangan.

Nak makan nasi ayam? Nasi lemak? Nasi minyak?

Tapi malas nak keluar beli, sebab keje, sebab takde transport, sebab malas kelek anak.


Don't worry.
Kita ada buat delivery



Wasap je mana² nombor dalam gambar last tu. Nanti dorang hantar.

Jangan lupa bungkuih air sekali


Lokasi kedai : Depan Sekolah Agama Al-Ehsan, Kuantan.