Cer Cari :

28 Mac 2018

Peah, Tipah dan Milah

Pernah satu ketika, Peah keluarkan statement bahawa Tipah adalah Scammer X yang menyamar dan cuba menghampiri (berkawan)nya dengan niat tak baik.
Peah keluarkan beberapa teori yang menunjukkan Tipah dan Scammer X adalah orang yg sama.
Kaklong kenal Tipah tu dah 5-6 tahun (ketika peritiwa ini berlaku. Sekarang dah masuk tahun ke-9 kaklong kenal dia), jadi ofkos la Kaklong tak percaya, tapi tak layan sangat la benda macam ni.

Tipah keluarkan statement yg dia takde kene mengena pun dengan Scammer X, tapi Peah bukan main rancak lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan hasutan Tipah itu (padahal Tipah tak pernah hasut apa² pun selain berkawan, upload gambar lawa² dan tulis blog santai²). Peah tu orang berpengaruh juga la, dan bahasanya boleh tahan lazer.
Sejak itu Tipah kelihatan selalu update status selfie, check-in di lokasi dia makan dan dia kerja. Mungkin untuk meyakinkan kawan² bahawa dia ni memang wujud pun, bukan scammer seperti yang dicanang. Kawan² Peah pun adalah kawan² Tipah juga.
Disebabkan tak tahan baca post provokasi Peah yang seolah² memancing Tipah untuk jawab kat komen; dan post kecewa Si Tipah yg apesal la tetibe fitnah dia sampai macam tu, Kaklong pun bagitau Peah bahawa Tipah tu bukan scammer, Kaklong kenal dia lama dah. Sejak dari zaman YS lagi.
Tetibe Peah cakap, "Ntah² kau ni pun Scammer X aka Tipah menyamar guna profile lain kan!"
Time tu Kaklong tau dah Peah ni orang gila plus ultra-paranoid yang semua orang pun dia bersangka buruk. Kesian betul kejadian dia.
Kini (beberapa tahun kemudian) Peah dilanda musibah. Orang ramai menuduh dia sebagai Milah yang scam duit orang.
Kaklong yang terikut perkembangan Peah (bukan saja² ikut, dia memang popular, ada je post pasal dia lalu kat wall) dan at the same time follow post² Milah yang suka update pasal niche ni; tahu bahawa Peah dan Milah bukan orang yang sama. Dari segi niche, pengetahuan, gaya penulisan pun tau mereka orang yang berbeza.
Kaklong terkejut juga tengok teori manusia² yg menganggap Peah dan Milah orang yang sama. Bukan sorang dua beb, ramaiiii yg keluarkan teori, siap snap shot dan highlightkan benda² yg menampakkan mereka orang sama.
Kaklong tengok pun nak gelak.
Sebabnya akal logik kita ni nampak sangat teori tu karut. Kalau tak kenal Milah dan Peah pun boleh nampak la betapa karut itu punya teori.
Apapun, peristiwa ni mengingatkan Kaklong kepada apa yang berlaku kepada Tipah. Apa yang Peah buat kat orang, akhirnya kembali pula terjadi pada dia cuma 10 atau 100 kali ganda lebih teruk.
Oleh itu, korang sila hati² ya.
Jangan kita seronok keluarkan statement yg membuli orang, apa lagi memfitnah hanya kerana kita agak² dia jahat tanpa sebarang bukti yg jelas. Kalau Allah nak balas tu kejap je.
Semoga kita semua dilindungi dari sifat² yg buruk. Aamin...

5 ulasan:

  1. Mak aii, sekali Tuhan bayar cash...Takut pula, semoga Mai tak jadi pembuli alam cyber & alam nyata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Mai. Kaklong baca kecaman orang ramai terhadap dia pun rasa takut sangat. Minta jauh la kita..

      Padam
    2. Kan Mai. Kaklong baca kecaman orang ramai terhadap dia pun rasa takut sangat. Minta jauh la kita..

      Padam
  2. jgn suka memfitnah ... see, bila bila saja Allah kenakan balik ... good sharing kaklongchan ...

    BalasPadam

Komen la sikit ^^