Return Barang Lazada

by - 6.11.17

Salam...

Selalu je cerita pasal beli barang kat Lazada kan..
Kali ni nak citer pasal pengalaman return barang di Lazada...

return barang lazada
inflatable sofa yang beli kat Lazada
Sila abaikan sepah-sepah kat tepi tu ya..
Rumah kecik macam ni la..

Kat rumah Kaklong cuma ada sebuah sofa bed je.
Bila Cik Abang baring tengok TV (atau TV tengok dia), Kaklong takde tempat nak duduk, kene duduk kat atas lantai..
Mana syok gitu 😣😣😣

Oleh itu kitorang order la inflatable sofa (dalam gambar tu) kat Lazada.
Yang besar tu bole la Kaklong bersandar sambil ber-crochet.
Yang kecik tu untuk letak kaki, best tu melunjur atas sofa...

Dua hari lepas order, dah sampai..
Kitorang pun gigih la tiup kedua-dua biji belon ni sampai kembung..
Yang kecik tu kejap je.. 
Yang besar tu, ya Allah bercinta aku meniupnya...

Selesai tiup, selepas beberapa jam kitorang tengok ia makin kempis (walaupun tak duduk kat atas dia).
Yang kecik tu okay, yang besar tu kempis..
Pastu tiup lagi dan tutup ketat-ketat.
Esok pagi kempis lagi...

Cari punya cari kebocoran tak jumpa-jumpa..
Akhirnya Kaklong takde pilihan lain, kena request minta tukar barang baru..
Namun begitu takde option exchange; cuma ada return je..

Disinilah pengalaman return barang di Lazada bermula..

Memang debor la juga sebab tak pernah lagi return-return barang ni..
Takut silap ke apa ke..
Dah ler barang tu dekat RM100 juga harganya..

Rupa-rupanya cara dia bapak senang.

Mula-mula sekali kene tengok dia 7 Days Easy Return atau 14 Days Easy Return.
Pastikan kita nak return ni dalam tempoh tu bermula dari tarikh terima barang.
(Boleh check kat link produk tersebut, sebelah kanan tu ada tulis 7 atau 14 hari.)

Pi kat website Lazada, masuk My Order masuk Manage Order.
Pastu klik Return Item.

Keluar satu borang. 
Pilih Reason to Return sama ada barang tu rosak, atau defect, atau salah saiz, atau salah barang, atau barang tak cukup. Tengok atas produk juga. 

Pastu explain sikit tujuan Return; cam Kaklong ni, tulis "sofa besar tu bocor, lepas dah kembung esok pagi dia kempis. Dah cari bocor tu tapi tak jumpa."

Kemudian pilih nak refund macam mana. 
Boleh pilih nak refund ke akaun bank, ataupun store credit.
Kaklong pilih store credit, senang nak beli apa-apa lagi pasni.
Haha..

Last sekali pilih kurier dan lokasi kurier.
Pilihan dia haritu cuma Poslaju je ada.

Lepas submit, akan muncul satu borang Poslaju yang dah siap diisi.
Cuma perlu print je borang poslaju tu
Kalau takde printer, cuma catatkan Tracking Number tu dan maklumkan kepada pegawai Poslaju. Nanti dorang akan isi borang khas.
Pastu packing balik barang tu dalam kotak asal dia.
Semua benda yang kita dapat tu wajib pulangkan tau, termasuk la free gift ke apa ke, semua kene kembalikan.
Label, tag, jenama ke apa ke, wajib ada sekali.
Kalau nak return barang yang salah hantar (contohnya order baju, dapat skirt), tak boleh buka seal dia (kalau ada seal). Kalau tak, nanti dia tak terima.

Hantar barang tersebut ke Poslaju sekali dengan borang tadi, dan serahkan kepada pegawai Poslaju tersebut.
Tak perlu bayar apa-apa..

Dalam seminggu kemudian Kaklong dapat email dari Lazada, bagitau yang return request Kaklong diterima. 
Dorang bagi Kaklong voucher bernilai sama dengan harga barang tersebut.
Valid selama setahun tu.. 
YeeeHaaa!

Namun begitu..
Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari.

(eh, kenapa ni? Ada plot twist ke?)
Ada-ada.. Ni nak citer ni..

Haritu Kaklong nak guna voucher tu beli barang lain...
Lepas dah masukkan kod voucher tu dan nak buat pembayaran tapi TAC number pula tak dapat-dapat.
Besok pagi baru la TAC number tu sampai..
Lama gila.. Traffic jammed ke apa..?

Pagi tu Kaklong pun try bayar sekali lagi barang yang nak beli semalam tu..
Masa masuk kod voucher tu kan... CODE IS NOT VALID!

Haaaaa...
Ape ni?
Tak suka... tak suka.. 😫😫😫

Try punya try akhirnya Kaklong pun minta bantuan customer servis Lazada.
Beberapa hari juga la berbalas email.. 
Pastu Kaklong balik kampung sebelum masalah kod tu selesai.

Sekembalinya dari kampung, tengok2 dia ada bagi email dalam 4 hari lepas.
Katanya, "voucher tu dah dibaiki. Sila guna dalam tempoh 24 jam. Kalau anda tidak dapat menggunakannya dalam tempoh 24 jam sila maklumkan kepada kami." 

Apaaaa??? 😱😱😱

Aku jerit dalam hati je la..
Jerit betul-betul karang nampak macam Spongebob pulak.

Ape ni?
Ape ni?
Tak suka la...

Kaklong pun reply dan minta dia panjangkan tempoh.
Takde sebarang reply sehingga 10 hari.
Haha..

PAstu Kaklong pun kembali semula ke customer servis dan cerita panjang lebar masalah Kaklong ni..

Dua hari kemudian dorang reply dan minta maaf.
Cara dorang minta maaf tu Kaklong nak share dengan korang.
Sebab orang Melayu (aka Peniaga Melayu) tak reti minta maaf macam ni.

Peniaga Melayu kalau kita komen ke, komplen ke, dorang marah kita balik..
Kaklong pun peniaga Melayu juga; tapi Kaklong Peniaga Melayu 2.0 okay..
Dah evolved punya species (haha.. minta puji)

Ayat dia macam gini:

"We are sorry if we have given you an impression that we're less  than enthusiastic in meeting our customers expectation. If we somehow failed to meet your expectation, it was totally unintentional. We valued your feedback and we'll do our best to continue in giving you the kind of service you deserve. We sincerely hope you would continue to consider us as your preferred on-line shopping experience."

Haa. nampak tu gaya profesional orang minta maaf.
Mesti ada yang nak kata, "ala, itu copy paste je tu....sapa-sapa pun bole buat. Ntah-ntah dia tak niat pun minta maaf, nak sejukkan hati kita je..."

So what?

Kita boleh baca ke niat hati orang?
Kaklong nak tunjukkan korang adab "peniaga yang prefesional". 
Salah satu perkara yang paling penting dalam perniagaan ialah customer loyalty.
Kita bukan sahaja mengorat orang yang tak pernah datang beli.
Kita juga perlu sentiasa mengorat orang yang pernah beli supaya mereka datang beli lagi.. 5 Cara Buat Pelanggan Datang Beli Lagi

Oleh itu, sesiapa yang belum evolve tu sila la evolve ya..
Malaysia ni kecik je, peniaga makin ramai..

Apapun, kod voucher tu dah fixed dan boleh guna untuk tempoh 1 tahun.
Dan telah selamat digunakan ketika beli keyboard haritu. 😊😊😊

Jadi sesiapa yang beli barang kat Lazada tu, cepat-cepat unbox, check dan guna..
Kalau anda layak dapat return dalam tempoh 7 atau 14 hari tu, sila la return..

Info lanjut mengenai Return dan Refund produk Lazada sila FAQ Return BArang Lazada

Selamat bershopping!
Wassalam..

You May Also Like

31 Geng Kaklong

  1. saya pun ada pengalaman return barang kat lazada. memang terbaik lah layanan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah juga ya.. Lepas ni tak risau dah kan nak order kat Lazada.
      Ada problem bole return terus. (y)

      Padam
  2. Ohh, begitu rupanya.... Bagus jugak eh..hehee

    BalasPadam
  3. Adui nak gelak2 baca ayat kak long, bercinta nak tiup sofa tu..baru ingat nak beli gak sbb kat rumah tak ada sofa..tapi sebab nak kena tiup2 ni..terus cancel..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa.. itu la.. Tapling tak syok bila dia kempis, kene tiup lagi.-__-"

      Padam
  4. MIL ana hari tu pun ada buat return brg dr Lazada. Senang sgt. Lazada pun profesional layan semua masalah kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Senang berurusan dengan customer service dia kan... :D

      Padam
  5. Pernah jugak alami pengalaman return barang dgn lazada... Layanan terbaik walaupun proses return tu mengambil masa yg lama sbb ganti semula dgn barang baru......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh, bole ganti ek..
      Kaklong tak jumpa pula cari request untuk ganti.

      Padam
  6. fuhh..mmg mana2 seller x kira siapa pun..mmg kena jaga customer..customer is always right walau terkadang tu..hurmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Betul tu. KAlao dapat customer kerek tu, menggugat iman betul Yang peliknya customer kerek ni yang beli murah2 je. Mereka yang beli mahal2 tak kerek pula.

      Padam
  7. Mcm2 bad review sekarang ni pasal lazada..risau pulak nak beli barang.mhihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. Kaklong pun kekadang risau. Buat masa ni semu order Kaklong selamat sampai dan prduknya bagus :)

      Padam
  8. Info yang menarik dan membantu...

    BalasPadam
  9. Wow bagusnya lazada ni. Customer service tiptop. Btw, seronok baca the real pengalaman kaklong sendiri hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekasih Sayidah. Semoga seller Melayu kita pun tiruvasi cara Lazada melayani pelanggan..
      :)

      Padam
  10. lina memang customer setia lazada...hihi...tp belum ada pengalaman return barang lagi...bolehlah buat rujukan nt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la kita. Tiap2 bulan ada je barang nak beli kat LAzada. Dah la rumah kecik je. :D

      Padam
  11. saya belum ada pengalaman lagi dah berharap jangan la jadi kat saya kes kes macamni.. hee~ sabar saya senipis kulit bawang.. risau..

    BalasPadam
  12. Oooo macam tu belum pernah ada pengalaman bersama lazada tq info

    BalasPadam
  13. Kak yati pun dah beberapa kali beli dari lazada. Setakat ni, tak pernah lagi kena return barang.
    Duduk je atas cik Abang kalau tengok tv tu. Baru bertambah mesra kata orang. Hehehe... kak yati gurau ye.

    BalasPadam
  14. Risau juga kita nak beli dekat Lazada bila baca review -ve kebelakangan ni. Teringin nak beli bean bag sebenarnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atas naseb juga kan.. Walaupun bole return, tapi proses tu buat kita rasa kurang seronok :(

      Padam

Komen la sikit ^^

recent posts