15 Nov 2017

Resepi Sup Sayur Mudah

Salam..

Kaklong dah mula diet buat sekian kalinya..
Rasanya ni dah percubaan diet yang ke-150..

Inilah yang Kaklong masak semalam dan makan sepanjang hari.

sup sayur udang mudah
Sup Sayur Udang
Kaklong suka sangat udang.
Tapi mahal nak makan hari-hari.. T__T

Kaklong masak seperiuk tengahari dan makan sampai malam bila-bila rasa lapar.
Memang cepat lapar la makan sayur..
Rasa malas pula nak makan banyak kali.

Biasanya Kaklong makan dua kali sehari je..
Tapi dengan sup sayur ni dekat 4x juga la..

Okay jom Kaklong share Resepi Sup Sayur Udang Mudah.

Bahan-bahan:

- Bawang besar 1 labu (potong 4)
- Bawang putih 2 ulas (diketuk)
- Cili kecil 3 biji (diketuk)
- Halia dalam dekat-dekat 1 inci (dihiris)

- Bunga Kubis 1 mangkuk
- Brokoli 1 mangkuk
- Kacang Buncis 1 cawan
- Udang 15 ekor

- Minyak sikit
- Garam
- Air dalam 2 mangkuk (atau ikut suka)

Cara-cara:

1. Letak periuk atas dapur dan buka api. Masukkan minyak dalam periuk

2. Bila dah panas sikit masukkan bawang besar, bawang putih dan cili kecik.

3. Bila dah naik bau, masukkan air.

4. Masukkan halia, bunga kobis, brokoli dan kacang buncis. Tunggu dia mendidih.

5. Bila mendidih tu, masukkan udang.

6. Dalam setengah minit macam tu, tutup api dan masukkan garam secukup rasa.

Siap!

Air Kaklong masukkan sikit je, tak hirup sangat sup. Kalo nak air banyak tambah je air tu.

Kuantiti sayur dan udang tu boleh nak tambah atau nak kurangkan. No problem.

Sayur tu pun boleh tukar sayur lain seperti carrot, kubis panjang, ketiak jagung atau apa-apa je yang korang suka. Kaklong masak ni ikot apa yang ada dalam peti ais.

Takde udang?
Tukar dengan ayam atau sotong.

Mudah bukan..?

Resepi mudah-mudah Kaklong dapat la buat..
Yang susah-susah tu tak reti la. Hahaha..

Selamat mencuba 😊

Share:

14 ulasan:

Sila tinggalkan jejak untuk Kaklong ziarah.

Tak tau nak komen apa..?
Komen je, "Wah, bagus la awak ni Kaklong, comel pula tu"
Kui kui kui... :D

  1. Balasan
    1. Bole buat hari2. Tapi cepat pula lapar. HUhu..

      Padam
  2. menu diet yang lazat... akak pun sama, entah kali ke berapa cubaan diet tapi masih belum berjaya,.. dulu2 time blum ada anak, menu diet akak mesti ada campuran cuka epal.. memang berkesan la, sup ikan ke, sup sayur ke apa2 je mesti campur cuka epal.. tapi sejak anak2 tak pandai makan sayur ni, terpaksa rela la masak ayam jer.. uwaaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuka epal sedap ke rasa dia? Pernah juga baca dorang diet guna cuka epal.
      Nak try juga la kot2 bole kurus. :D

      Padam
  3. memang sedap sup sayur....tambah ada udang

    BalasPadam
  4. Mmg boleh kurus makan sup sayur ni. Tak apa makan byk Kali pun X gemuk ni

    BalasPadam

  5. takyah buh perencah tambahan pun dah sedap.. nak nak manis dr udang tu..:D

    BalasPadam
  6. Time tak lalu nak makan nasi mmg masak sup sayur then hirup... Nikmat rasanya

    BalasPadam
  7. nampak menarik bila sayur-sayuran tu pelbagai warna, jadi selera nak makan.. hehehehe.. :)

    ...

    BalasPadam
  8. memang sdap makan sup sayur. sihat badan..

    BalasPadam
  9. suka jgak buat sup sayur. Senang main campak2 je. hihihi

    BalasPadam