20 Nov 2017

Banjir dan Kerapu

Salam

Ingat tak banjir haritu kat Penang.
Tempat Kaklong pun kene juga tau, cuma kitorang duduk rumah flat, tak terkesan dengan banjir tu.

Pagi esoknya lepas hujan lebat tu kan, terkejut Kaklong tengok luar balkoni.


Nampak kan dorang redah air.
Nampak kan tayar kereta dah separuh tenggelam.
Kat seberang landasan sana pun sama.

Semasa gambar ni diambil, hujan dah lama berhenti tapi air tak surut..
Petang tu baru surut..

Kaklong teringat banjir yang pernah melanda nenek saudara Kaklong.
Naseb baik rumah separa papan, ruang tamu tinggi.
Sempat jiran tolong angkat peti air naik ke ruang tamu.

Orang yang takde rumah tinggi tu camana la agaknya.. :(

Malam hujan lebat tu Cik Abang shift malam..
Pagi esok tu (ketika gambar ni diambil), dia bawa pulang seekor ikan kerapu besar.
Besar dari yang biasa ada kat kedai makan tu..

Ingatkan beli, rupa-rupanya ikan tu naik darat, masuk ke tempat kerja abang.
Banyak juga, dalam 10-12 ekor macam tu.
Dorang bawa balik sorang satu.

Abang bawa balik yang kecik je.
Tapi kecik apa macam tu..

Semasa balik tu, ikan tu melompat-lompat lagi dalam singki.

Petang tu ingat nak masak, tapi Kaklong mana pandai masak ikan besar..
Hahaha..
Biasanya kita anak orang susah ni makan ikan selar kuning, ikan pelaling; paling best pun ikan kembung dan selar.

Akhirnya malam tu kitorang pusing-pusing perai cari gerai/restoran yang boleh masak ikan kerapu.
Banyak kedai tolak, ada yang suruh kita siang dulu..

Akhirnya ada satu restoran sudi terima.
Dah lupa nama restoran tu..

Dorang siang dan masak tiga rasa..

Tadaaa
Setengah jam baru siap.
Bapak besar. Rasa segan pula kat orang yang duk tengok.
Puas hati kitorang makan berdua..

Sebenarnya ni first time Kaklong makan kerapu tau..
Mungkin masak sweet and sour lagi sedap.
Masak tiga rasa ni Kaklong tak tau la apa yang tiga rasa tu..
Rasa maca paprik je...
Memang rasa gitu ek..

Masakan ni dorang charge Rm15.
Berbaloi untuk Kaklong yang tak pandai masak ikan besar.

Hohoho..

10 ulasan:

  1. rezeki tu. masak stim pun sedap kak long kerapu tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belom try lagi masak stim. Bole la pasni.

      Padam
  2. bestnya..dengarnya banyak sangkar ikan pecah kan...banyak ikan besar2 terlepas...confirm pemilik sangkar ikan menanggung kerugian kan

    BalasPadam
  3. Suami kakcik pun 'rajin' hantar ikan untuk dimasak di kedai. Selalunya ikan siakap yang dah siap disiang dan dibersihkan. Bukan sebab kakcik tak boleh masak sendiri, tapi sebab suami nak senangkan isteri... hehehe. Biasanya bayaran yang dikenakan antara RM8 ke RM10.

    BalasPadam
  4. Bestnya dapat makan ikan fresh.. Kadangkala banjir ni ada rezeki buat mereka yang memerlukan jugak kan kaklong :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Nikmat betul rasanya..
      Kat pasar pun jarang dapat ikan fresh.

      Padam
  5. Rezeki sungguh dpt ikan free... mommy xreti nak beza sweet sour ke tiga rasa ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la kita.
      MAcma sama je rasa kedua2 tu :D

      Padam

Komen la sikit ^^

ADVERTORIAL (8) BISNES (21) CANTIK (7) Contest & Giveaway (5) Diary (64) DIY (5) FOOD (10) FREEBIES (4) IKLAN (4) INTERNET (24) KEWANGAN (4) MOVIE / TV (36) PRODUK (12) REVIEW (65) SHOPPING (20) SIHAT (17) Tips & Tutorial (21) VACATION (4) VIRAL (30)