Apa itu Dunia? Akhirat? dan Iman?

by - 3.11.17

Salam..

Kaklong suka  cerita ni.
Klik "see more" untuk baca kat facebook.
Kalau tak nak, Kaklong ada ceritakan semula kat bawah ni..



PAda suatu hari,  ada sultan ni tanya Ustaz Diraja tiga pengertian.
Apa itu Dunia; apa itu Akhirat; apa itu Iman?
Tapi sultan nak jawapan yang ringkas, padat dan tepat. Takmo panjang-panjang meleret-leret takmo.

Ustaz ni berasa gundah gulana tak reti nak jawab lalu dia pun pergi mencari ilham lalu terjumpa dengan seorang pakcik tua ni yang berkerjaya sebagai pekebun.

Pakcik ni tengok ustaz bukan main sugul, lalu dia pun tanya apa masalah ni?
Ustaz pun cerita la tentang 3 soalan sultan tu..

Apa itu Dunia?

Pakcik ni rilek je jawab,
"Dunia adalah apa-apa amalan yang kita buat untuk ditinggalkan. 
Hal ini diketahui oleh hati masing-masinglah."

Apa itu Akhirat?

Sekali lagi pakcik ni relak je jawab,
"Akhirat adalah apa-apa amalan yang kita buat untuk dibawa ke sana; tanpa ada apa-apa maksud dunia di dalamnya.
Hal ini diketahui oleh hati masing-masinglah."

Apa itu Iman?

Pakcik tu tak jawab, dia kata lepas Asar karang dia jawab.
Lepas Asar tu ustaz tanya lagi sekali.

Pakcik tu ternampak beberapa ekor anjing tengah makan sisa-sisa makanan tenghari dorang tadi lalu bagitau kalau nak tau jawapan ustaz tu kene makan bersama-sama anjing-anjing tu.

Ustaz ni pun serabut gak kepala..
Anjing tu najis berat kot. Nak kene makan sekali dengan anjing- anjing tu pula.

Namun demi kestabilan jawatan sebagai Ustaz Diraja; serta mengekalkan pendapatan serta harta; beliau pun amik keputusan untuk makan bersama anjing-anjing tu.

Ketika ustaz duduk nak makan dengan ajing tu, pakcik tu pun menghalang seraya berkata;

Wahai tuan...
Inilah iman..

Bagi mereka yang ada iman, mereka sanggup kerugian segala dunianya, tetapi tak sanggup melanggar perintah Allah.


BAgi mereka yang tiada iman, mereka sanggup melanggar perintah Allah demi menyelamatkan dunianya.


Sentap beb!


Wassalam..

You May Also Like

8 Geng Kaklong

  1. Aduh.. mmg sentap. Tp mmg itulah iman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Mama.. Kene kuatkan iman di akhir zaman ni :'(

      Padam
  2. pergh mmg sentap. patutnya pakcik tu je ganti jawatan ustaz diraja tadi

    Jemput baca artikel terbaru saya by Zaleha Awaluddin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. Betul tu..
      TApi tu la, takde sijil tak layak diambil bekerja :'(

      Padam
  3. Sentap habis part last tu. Semoga menjadi ibrah buat kita semua hendaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah.. Semoga jadi pedoman hidup kita..

      Padam

Komen la sikit ^^

recent posts