Cer Cari :

29 Nov 2017

29.11.17

Cara Mudah Tukar Thumbnail dan Description url di Facebook

Salam...

Kaklong baru balik dari kampung.
Sambungan Jalan-jalan di Langkawi masih belum tulis.

Tulis tu senang je, edit gambar tu la malas sikit.
Hohoho..

Harini share dengan korang cara ubah thumbnail link di facebook.
Ataupun cara ubah gambar url yang paste kat facebook.

Pernah tak korang letak link/url dari satu page atau blogpost ke facebook, kemudian keluar thumbnail atau gambar yang tak lawa iaitu gambar yang bukan korang nak?

Contohnya macam kat bawah ni:

how to change url thumbnail in facebook

Link tu Jalan-Jalan kat Langkawi.
Tapi thumbnail yang keluar ialah icon KaklongChan.
Description pun ikut yang default, bukan spesifik untuk pos tersebut.

Tak best la.. Tak menarik untuk pembaca klik.

Kenapa jadi macam tu?

Kaklong pun tak pasti.
Yang pasti, ia berlaku bila tukar template lain.
Sesetengah template dah setting elok-elok. Ada template yang jadi default macam ni.

Bila jadi gini, Kaklong akan tukar coding.
Kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi..
Bila tak menjadi tu adoiii, malas betul nak godek..

Macam mana nak check gambar apa yang akan keluar kat facebook bila kita paste url tu?

Thumbnail url yang akan keluar kat link facebook tu boleh check kat:

https://developers.facebook.com/tools/debug/og/object/

Masukkan url tersebut kat ruangan yang disediakan, kemudian dia akan tunjukkan rupa thumbnail tu serta kod-kod yang perlu diubah kalau nak ubah.

Nak ubah kod cuma perly "ctrl+F" cari perkataan yang ditunjukkan tu dan ubah apa-apa yang patut.

Ini tak ada masalah bagi mereka yang terer coding-coding ni.

Tapi orang cam kita yang tak berapa tau ni, camana?
Masak gak la merenung semua kod kod tersebut.

Okay, ada satu penyelesaian mudah yang nak Kaklong kongsikan dengan korang.

Caranya senang je..

Klik https://apps.lazza.dk/facebook/

Akan muncul borang ni:


Isikan url yang korang nak.

Isi link gambar yang korang nak.

Isikan tajuk yang korang nak.

Isi description yang korang nak.

Klik Submit.

Kemudian dia akan keluar window yang nak share url tu ke facebook.
Tulis la caption ke apa ke dan klik Post.

Kat facebook akan keluar macam ni:

tukar gambar link di facebook

Sebiji seperti yang kita tulis kat borang tadi.

Cuma ada satu kelemahan iaitu ada Lazza.dk kat post kita tu.
Bagi Kaklong takde masalah pun..

Dia dah tolong selesaikan prob kita secara mudah dan percuma.
Kita tolong je la promote dia.
Win-win situation.

Semoga bermanfaat ^^



24 Nov 2017

24.11.17

Bercuti ke Langkawi

Salam..

Pada 14 September 2017 kami berdua pergi short vacation kat Pulau Langkawi
Ni second time Kaklong pergi sana, fisrt time masa darjah 6, lawatan sekolah.

Jom Kaklong ceritakan kisah kami bercuti ke Langkawi.

Dari Perai, Penang ke sana naik bus.
Kitorang booking tiket kat Catch That Bus
Senang sikit.. Malas nak layan ulat tiket.


Naik bas pagi-pagi lagi, sampai kat Kuala Perlis tengahari.
Terus pergi beli tiket feri.
Trip feri ada setiap sejam.

Kalau korang nak belum book kereta lagi, jangan bimbang; kat kaunter tiket feri ni ada beberapa orang brader offer kereta.
Kitorang belum ada kereta lagi, tapi nak fikir dulu. Nanti datang balik kat dia.

Lapar punya pasal, kitorang cari makan dulu sebelum naik feri.
Kat situ ada dua restoran yang sama, masakan dia sedap juga

Lepas makan, tak jumpa pula brader tu, ingat nak book kereta dengan dia je.
Terpaksa la cari kereta kat pulau..

Dah naik feri..
Walaupun low season, penuh je feri ni..
Tak syok la berpisah dengan abang. Hohoho..


Dah sampai Terminal Feri Kuah.
Ambil gambar kenangan dulu..

On the way keluar dari terminal tu ada ramai brader offer kereta tau. 
Jalan je, dorang yang datang approached.
Akhirnya kami ambil kereta MyVi (yang baru, sedap giler bawa) dengan sewa RM70 sehari.
Kami ambil dua hari.

Kemudian bermula la kembara kami menjelajah Pulau Langkawi tersebut.
Ingatkan Langkawi ni sesak, rupanya lapang betul.
Yang sesaknya cuma kat Pantai Cenang.
Tempat lain okay je.

Hari pertama ni kami nak duk kat Pantai Cenang.
Booking hotel ni pun melalui Agoda
Senang sikit boleh terus tengok kawasan, rate dan memang confirm ada bilik.

Kaklong pernah juga walk-in ke hotel, lepas tu semua penuh tau.
Sebab tak booking katanya.
Alahai, terpaksa melilau cari hotel kosong.


Pilih punya pilih akhirnya kami pilih Sandy Beach Resort.
Sebab nampak cantik je hotelnya.. Harga pun reasonable.

Sekali masuk bilik...
Erm.... kecewa la juga.
Kaklong rasa macam diberi bilik pekerja je...

Ni la bilik kami..
Ni la bilik kami.
Nampak tak tingkap tu? Tingkap pun tak cuci ke.. Tolonglah...
Lampu meja tu pun tak berfungsi, hiasan semata-mata..

Almari?
Hahaha.. Ada tempat sangkut baju je..
Ntah la.. Tak tau tak siap ke, atau dah roboh ke..
Nak kata design memang macam tu, erm.. sangat tak kreatif dan tak menawan hati.


 Nampak tak kesan cat tercabut-cabut kat dinding bawah TV tu..
Tak boleh ke cat je sekejap sebelum bagi guest masuk.
Kitorang bukan datang tumpang tidur ni; kami kan guest..


Bilik air dia pun nampak macam bilik air rumah kos rendah.
Bilik air rumah Kaklong lagi cantik dari ni.
Bilik air bajet hotel pun lagi elok dari ni.

Sebenarnya Kaklong ni bukan fussy sangat.
Kitorang pernah je duduk kat hotel kos rendah.
Tapi hotel ni nampak sangat tak jaga maintenance.
Cuci lebih kurang, kemas pun tak berapa nak kemas..

Takde selera Kaklong nak teruskan percutian ni..



Permandangan dari luar bilik..
Patutnya amik chalet macam tu..
Kaklong ingatkan dapat chalet macam tu, rupa-rupanya salah book.
Sedih sangat..

Ni nampak dari luar je, dalam tak tau la kot-kot sama macam bilik aku..


Hujan dah start turun, namun begitu kami tetap nak pi jalan juga.
Destinasi pertama?

Underwater World Langkawi..
Jalan kaki je, tak la jauh sangat.
Kiri kanan pun banyak kedai dan hotel boleh cuci mata sementara nak sampai ke sana..

Gemoknya saya.. :(
Berikut adalah beberapa gambar yang Kaklong amik kat dalam Underwater World Langkawi.
Banyak gambar ni, tak tau nak letak yang mana..
Enjoy!
Comelnya flamingo. Pink!

😗

meh sini meh..

Yay! dapat kiss 

kampung penguin

Ni boss dia.


main ngan ikan..

muah ciked!

corak reef in the tank

Cuba teka apa ni..

Jelly fish!
Comel kan.. <3
Ni ada video pendek penguin berenang, coral reef tank dan pipe fish (kot nama dia)
Enjoy!



Dah puas jalan-jalan dalam tu, ada kedai souvenir juga tau.
Kitorang tak beli apa-apa pun..
Pastu keluar dan balik semula ke hotel.

Dah sampai hotel, takkan nak duk dalam bilik je.
Kita lepak Pantai Cenang dulu la..

damainya....

ramai orang kat sini tau..

Wefie sekali 😎😗
Malam tu hujan lebat sangat.
Kitorang ingat nak jalan-jalan cari makan.
Duduk la tunggu hujan reda, namun tak reda-reda.
Perut dah lapar..

Akhirnya abang keluar sorang tapaukan makanan..
Beli dekat-dekat dengan hotel.
Takyah beli jauh-jauh. Lebat gila hujan..


Ini la dinner kami malam tu..
Abang nasi goreng paprik, Kaklong mi goreng telur mata.
RM16 dua bekas ni..

Not bad la harga dia, mi goreng tu banyak ayamnya..
Puas hati makan..

Lepas makan ni, kitorang terus tidur.
Nak buat apa lagi kan hujan-hujan.

End of day 1.

Next entry Kaklong sambung pula ya ^^

22 Nov 2017

22.11.17

5 Sebab Kenapa Saya Perlu Kurus

Salam.

Siapa kat sini dalam proses kurus?
Semua orang kot. Hohoho.

kurus
minta-minta la kurus!
Jeles juga tengok mereka yang ada metabolisma tinggi. Makan banyak pun kekal kurus.
Bertuah betul.

Kaklong ada check kalori harian Kaklong. Tau tak? Tak cukup pun 1000 kalori.
Dalam 500-600 je.
Kalau makan kat luar tu baru dapat capai 1200 (kadang2 lebih. Huhu)

Untuk kita yang nak kurus disarankan amik 1000-1200 kalori je.
Dapat turun berat secara berperingkat kalau ikut saranan ni.

Malangnya walaupun Kaklong amik hanya 500-600 kalori sehari tetap tak turun juga.
Huwaaaaa!

Disebabkan itulah Kaklong selalu sangat rasa fed-up dan putus asa nak berdiet.
Namun begitu, I keep on reminding myself 5 sebab kenapa saya perlu kurus.


1. Nak baby
in shaa Allah
 Memandangkan Kaklong ada PCOS, maka kebarangkalian untuk dapatkan baby tu sedikit rendah.
Ni dah masuk tahun ke-5 perkahwinan, namun masih belom ada rezeki baby.

PCOS ni juga membuatkan Kaklong susah nak turunkan berat badan.
Doktor takde pun bagi ubat kurus ke apa; cuma dia suruh jaga diet.
Walaupun jaga, masih tak kurus juga.

Untuk pengetahun korang, macam mana Kaklong bole consume hanya 600 kalori je sehari, sebab Kaklong minum air masak sahaja. Air manis tak minum. Lepas tu nasi pun elak sedaya upaya, cuma makan ayam goreng, jemput-jemput, sup sayur atau sayur campur macam tu.

Sekali sekala tu ada la makan kek ke, makan cikedis ke, makan ais-krim ke.
Tapi jarang la, dalam seminggu sekali atau dua minggu sekali.

Tapi tak kurus-kurus juga.
Camana tak fed-up.

Demi baby akan ku teruskan perjuangan sehingga ke nafas terakhir!


2. Tak ada saiz

selalu macam ni. Tapi tak kurus macam ni pun..
Ni pun salah satu sebab utama juga.
Terminat kat baju cantik, tapi takde saiz. Paling besar XL, tu pun tak muat!
Buat penat je masuk fitting room.

Lepas tu cari baju lain, masuk fitting room lagi, tak muat lagi..
HAdoiiii, sakit hati..

Baju mana yang muat?
Baju yang tidak lawa tu je yang muat.

Upset!

Bukan baju lawa je tau.
Baju T-shirt pun sama..
Terminat kat design T-shirt wanita berharga RM50/3 helai.
Tapi saiz maximum cuma L je.
Hampeh!

Sales girl tu kata, T-shirt lelaki ada saiz XL.
Erm....
T-shirt lelaki design dan warna tak kena dengan selera.
Saiz lelaki Kaklong muat je M atau L.
Tapi tak boleh pakai..

Kenapa tak boleh pakai..?

Kalau boleh pakai kenapa kena ada T-shirt khas untuk lelaki, dan khas untuk perempuan?
Kerana (Kaklong tanya, Kaklong jawab), cutting T-shirt lelaki berbeza dengan wanita.
Lelaki punya cutting betul-betul macam huruf T.
Wanita punya cutting, bahu dia kecik sikit, pastu ada shape pinggang dan pinggul besar sikit.
Maka selesa la kita memakainya walaupun saiz XXXXXXL.

Sebab tu tak minat T-shirt lelaki walaupun muat.
Kurang selesa.

Kalau rajin boleh je alter, jahit balik bagi cutting.
Tapi macam biasa la.. Malas... Huhu..


3. Mudah mengah/penat
I feel you..
Dengan berat 75kg ni (sebelum ni 79 tau. Dah turun sikit), berjalan sekejap dah penat, kene duduk rehat dulu.
kalau pergi shopping, balik rumah nanti sakit la tumit tu.

Masa mula-mula start exercise kan, ya Allah, bapak penat!
Padahal jalan 4km sejam je.
Dorang suruh lari a.k.a joging barulah berpeluh katanya.
Haaa... kau boleh la..
Aku ni gemuk tau..

Beza tak orang yang lari sambil bawa sekampit beras; dan orang yang lari sambil bawa 5 kampit beras?

Tau pun beza.
Itu la beza orang gemuk berlari dan orang kurus berlari.

Selain dari itu, disebabkan paha dan pinggang yang besar, nak drive kene adjust seat paling depan sebab kaki pendek tak sampai.
Tapi bila nak keluar, kene adjust balik ke belakang sikit sebab tak muat nak keluar.
Perut dan pinggul besar.

Kalau pergi beriadah ke, travel ke, ada aktiviti lasak macam kene panjat ke, kene masuk gua ke, masuk terowong ke, kene lompat; macam susah sangat la aktiviti tu.
PAdahal orang lain relax je.
Kita ni kalau silap langkah karang terguling.
Orang kurus guling comel je, kalau Kaklong guling memang tidak sedap mata memandang.

Kalau dah kurus sikit nanti in shaa Allah tak penat sangat, nak bergerak pun nampak tangkas sikit macam kamen rider.


4. Elak kena penyakit
minta jauh..
Memandangkan lahir dari keluarga yang genetik berpenyakit, maka kena la berjaga-jaga.
Kedua-dua ibu bapa Kaklong ada kencing manis.
Atuk dan nenek meninggal akibat kanser.

Kaklong pula ada PCOS dan nampak ada tanda-tanda insulin resistant.
Selain tu pernah check, kadar kolesterol Kaklong tinggi sikit berbanding normal.
Oleh itu, sebelum mudarat, better kawal.

Cara nak kawal ialah kawal jenis makanan yang masuk dalam perut.
Dan stay fit supaya pengaliran darah dan kandungan oksigen seimbang dalam badan.


5. Suami awet muda
Kalau betul2 lebih muda takpe la juga
Ni yang paling menakutkan.
Walaupun suami lebih tua 7 tahun, tapi dia tu awet muda tau!

Owner rumah ni ingatkan dia fresh graduate (time tu umur dia 37), bukan main happy lagi dia kena puji.
Malangnya bila dia awet muda; Kaklong kena la nampak setanding dengan dia.
Kalau tak nanti orang ingat kakak ke, mak ke, adoii takutnya...

Sebenarnya takde pun orang ingat kakak.
Tapi takut wooooooo...

Sebenarnya bukan la nak kurus sangat pun.
BMI yang normal untuk ketinggian Kaklong ialah maksimum 54kg.
Target Kaklong 55kg.
Kalau dapat 60kg tu dah kecik sangat dah tu rasanya.
Sekadar tak gemuk pun dah cukup..

Itulah 5 sebab kenapa saya perlu kurus

Korang pula?
Cuba bagi satu sebab.

20 Nov 2017

20.11.17

Banjir dan Kerapu

Salam

Ingat tak banjir haritu kat Penang.
Tempat Kaklong pun kene juga tau, cuma kitorang duduk rumah flat, tak terkesan dengan banjir tu.

Pagi esoknya lepas hujan lebat tu kan, terkejut Kaklong tengok luar balkoni.


Nampak kan dorang redah air.
Nampak kan tayar kereta dah separuh tenggelam.
Kat seberang landasan sana pun sama.

Semasa gambar ni diambil, hujan dah lama berhenti tapi air tak surut..
Petang tu baru surut..

Kaklong teringat banjir yang pernah melanda nenek saudara Kaklong.
Naseb baik rumah separa papan, ruang tamu tinggi.
Sempat jiran tolong angkat peti air naik ke ruang tamu.

Orang yang takde rumah tinggi tu camana la agaknya.. :(

Malam hujan lebat tu Cik Abang shift malam..
Pagi esok tu (ketika gambar ni diambil), dia bawa pulang seekor ikan kerapu besar.
Besar dari yang biasa ada kat kedai makan tu..

Ingatkan beli, rupa-rupanya ikan tu naik darat, masuk ke tempat kerja abang.
Banyak juga, dalam 10-12 ekor macam tu.
Dorang bawa balik sorang satu.

Abang bawa balik yang kecik je.
Tapi kecik apa macam tu..

Semasa balik tu, ikan tu melompat-lompat lagi dalam singki.

Petang tu ingat nak masak, tapi Kaklong mana pandai masak ikan besar..
Hahaha..
Biasanya kita anak orang susah ni makan ikan selar kuning, ikan pelaling; paling best pun ikan kembung dan selar.

Akhirnya malam tu kitorang pusing-pusing perai cari gerai/restoran yang boleh masak ikan kerapu.
Banyak kedai tolak, ada yang suruh kita siang dulu..

Akhirnya ada satu restoran sudi terima.
Dah lupa nama restoran tu..

Dorang siang dan masak tiga rasa..

Tadaaa
Setengah jam baru siap.
Bapak besar. Rasa segan pula kat orang yang duk tengok.
Puas hati kitorang makan berdua..

Sebenarnya ni first time Kaklong makan kerapu tau..
Mungkin masak sweet and sour lagi sedap.
Masak tiga rasa ni Kaklong tak tau la apa yang tiga rasa tu..
Rasa maca paprik je...
Memang rasa gitu ek..

Masakan ni dorang charge Rm15.
Berbaloi untuk Kaklong yang tak pandai masak ikan besar.

Hohoho..

17 Nov 2017

17.11.17

3 Produk Penjagaan Wajah Pilihan Kaklong

Salam..

Haritu dah Review Serum Olay.

Kali ni nak share dengan korang 3 produk penjagaan wajah pilihan Kaklong.


Tiga produk ni menjadi pilihan Kaklong selepas bermacam-macam produk Kaklong gunakan untuk dapatkan kulit flawless.
Banyak juga la produk tempatan yang Kaklong beli kat FB, IG dan sebagainya, namun ia kurang berkesan.

Produk mahal-mahal sangat Kaklong tak beli pula.
Sebab Kaklong kan kupik.
Kakaka..

Apa masalah kulit Kaklong?

Kalau korang follow blog ni pasti korang tau Kaklong ada masalah resdung dan jerawat.
Bila resdung menyerang, jerawat pun naik..

Namun begitu, salah satu punca jerawat ni juga adalah penggunaan produk yang tak bersesuaian dengan kulit.
Seller selalu suruh jangan pakai apa-apa produk muka selama seminggu sebelum tukar produk baru kan.
Kaklong buat macam tu, tapi bila tak cuci muka dengan facial wash, miang gila muka ni tau.
Lepas dah pakai produk dia, naik pula jerawat merah-merah, sakit pulak tu.
Selepas dua minggu pakai, rasa tak selesa je muka ni gatal-gatal dan sakit-sakit akibat jerawat tu.

Akhirnya pada minggu ketiga, Kaklong kembali pakai pencuci muka Syahirah yang Kaklong bagitau haritu..
Barulah rasa bersih je kulit.
Dan secara ajaibnya, esok tu jerawat nampak kecut sikit.

Aik? Pelik ni...
Tak tunggu seminggu pun puasa produk.. Terus okay?

Kaklong pakai Syahirah tu dalam setahun juga la, takde dah masalah muka gatal-gatal, kecuali kalo makan makanan yang menyebabkan alergic.

Pada satu hari Kaklong nampak kulit muka Kaklong walaupun jerawat dah sangat kurang, tapi nampak kasar dan kusam.
Mungkin Syahirah tu "kuat" atau pun faktor usia Kaklong yang dah masuk usia 30-an ni..

Lalu Kaklong bertukar ke pencuci muka yang kawan universiti Kaklong pakai..

pencuci muka pilihan saya
Clean & Clear Facial Wash
Clean & Clear Facial Wash ni Kaklong suka kerana teksture dia ringan dan buih dia pun halus je..
Pendapat Kaklong, ia sesuai untuk orang yang bebas dari masalah jerawat..
Sebab time Kaklong try pakai yang kawan punya, tak okay pun.
Tapi sekarang pakai, okay la pula..
Mungkin time tu Kaklong banyak jerawat, sekarang dah takde (kot)..

Selepas cuci muka, pakai toner pula..

toner pilihan saya
Clean & Clear Toner
Ramai tak pakai toner dalam rutin kecantikan harian.
Kaklong pun sama juga.
Namun begitu, selepas amalkan Clean & Clear Toner ni, Kaklong nampak perbezaan dia.

Pertama, semasa pakai ni korang akan nampak ada kesan kotoran pada kapas.
Aik, kan dah cuci muka tadi?
Kan...
Toner ni tolong buang sisa minyak dan kotoran yang masih berbaki walaupun selepas cuci muka.
Sebab tu la rasa segar je lepas pakai.

Kedua, pernah tak lepas cuci muka, kulit rasa macam tegang, atau keras, atau stretchy sikit?
Kulit kita ni bersifat sedikit acidic; pencuci muka pula bersifat alkali (sabun kan..)
Selepas cuci muka, kulit akan berusaha keras untuk mengembalikan sifat semulajadi acidic dia tu.
Dengan bantuan toner ni, serta merta pH kulit kembali normal.

Ada lagi beberapa kebaikan toner ni.
Dua ni pun dah cukup bagi Kaklong untuk mengamalkannya dalam rutin penjagaan wajah harian.

Cara pakai toner:

1. Lepas cuci muka, titikkan beberapa titis atas kapas dan lap lembut ke seluruh wajah.

2. Ataupun, titikkan kat tapak tangan dan sapu rata ke seluruh wajah.

Biasanya Kaklong guna cara 2 pada waktu pagi dan cara 1 pada waktu malam.

Lepas tu kita pakai serum pula..

serum pilihan saya
Olay Serum
Olay Total Effect Anti-Aging serum ni bukan serum pertama yang Kaklong cuba.
Ada beberapa jenama tempatan yang Kaklong try, tapi macam takde effect apa-apa pun.

Lepas pakai serum ni, baru la rasa perbezaannya, Kaklong ada buat Review Serum Olay ni.
Bole baca kat situ kalau nak tau pengalaman Kaklong menggunakannya.

Selepas pakai serum ni, sepatutnya pakai moisturiser.
Kaklong belom ketemu lagi jenis yang sesuai.
Memandangkan 3 produk ni sahaja dah cukup untuk buat muka okay, Kaklong pakai 3 jenis ni je buat masa ni.

Korang pula pakai produk apa sebagai rutin penjagaan wajah?

15 Nov 2017

15.11.17

Resepi Sup Sayur Mudah

Salam..

Kaklong dah mula diet buat sekian kalinya..
Rasanya ni dah percubaan diet yang ke-150..

Inilah yang Kaklong masak semalam dan makan sepanjang hari.

sup sayur udang mudah
Sup Sayur Udang
Kaklong suka sangat udang.
Tapi mahal nak makan hari-hari.. T__T

Kaklong masak seperiuk tengahari dan makan sampai malam bila-bila rasa lapar.
Memang cepat lapar la makan sayur..
Rasa malas pula nak makan banyak kali.

Biasanya Kaklong makan dua kali sehari je..
Tapi dengan sup sayur ni dekat 4x juga la..

Okay jom Kaklong share Resepi Sup Sayur Udang Mudah.

Bahan-bahan:

- Bawang besar 1 labu (potong 4)
- Bawang putih 2 ulas (diketuk)
- Cili kecil 3 biji (diketuk)
- Halia dalam dekat-dekat 1 inci (dihiris)

- Bunga Kubis 1 mangkuk
- Brokoli 1 mangkuk
- Kacang Buncis 1 cawan
- Udang 15 ekor

- Minyak sikit
- Garam
- Air dalam 2 mangkuk (atau ikut suka)

Cara-cara:

1. Letak periuk atas dapur dan buka api. Masukkan minyak dalam periuk

2. Bila dah panas sikit masukkan bawang besar, bawang putih dan cili kecik.

3. Bila dah naik bau, masukkan air.

4. Masukkan halia, bunga kobis, brokoli dan kacang buncis. Tunggu dia mendidih.

5. Bila mendidih tu, masukkan udang.

6. Dalam setengah minit macam tu, tutup api dan masukkan garam secukup rasa.

Siap!

Air Kaklong masukkan sikit je, tak hirup sangat sup. Kalo nak air banyak tambah je air tu.

Kuantiti sayur dan udang tu boleh nak tambah atau nak kurangkan. No problem.

Sayur tu pun boleh tukar sayur lain seperti carrot, kubis panjang, ketiak jagung atau apa-apa je yang korang suka. Kaklong masak ni ikot apa yang ada dalam peti ais.

Takde udang?
Tukar dengan ayam atau sotong.

Mudah bukan..?

Resepi mudah-mudah Kaklong dapat la buat..
Yang susah-susah tu tak reti la. Hahaha..

Selamat mencuba 😊

14 Nov 2017

14.11.17

Bedah Blog

Salam.

lifestyle blogger
My Blog

Dah setahun empat bulan dah blog ni.

Masa mula-mula bina dulu tak tau nak tulis pasal apa kat sini.
Kaklong ingat nak tulis diari je.
HArini buat apa, esok buat apa, macam gitu.

Kemudian Kaklong teringat yang Kaklong belum ada anak.
Ketika mati nanti terputuslah semua amalan kecuali:

1) Sedekah Jariah
2) ilmu yang dimanfaatkan
3) Doa anak yang soleh

Anak tu Kaklong belom ada lagi.
Harap akan ada, tapi kalau takde kene redha takde la talian hayat yang ketiga tu.
Tinggal dua lagi..

Sedekah jariah tu macam tak berapa banyak je Kaklong keluarkan.

Ilmu yang dimanfaatkan tu lagi la..
Mana Kaklong ada ajar siapa-siapa buat apa-apa.

Maka Kaklong nak cuba lah no 2 tu untuk blog ni.
Nak digunakan untuk menyebarkan pengetahuan yang Kaklong ada.

BAnyak ke pengetahuan Kaklong tu..?
Hahaha..

Takde la banyak, ada la secebis..
Secebis pun kongsi je la kan, dari takde.

Kaklong teringat juga semasa kat kedai buku beberapa tahun lepas, seorang lelaki segak tegur Kaklong sebab tak sangka orang macam Kaklong duduk kat area tu.
Borak-borak kejap pastu dia cakap, "Lepas baca jangan lupa kongsikan ilmu tu."

Aku pun confuse la juga.
Nak kongsi kat mana?
Takkan Kaklong kene tulis buku juga kot..

Semasa bina blog ni la Kaklong terfikir, kenapa tak kongsikan je kat blog ni.
Nasib-nasib orang baca dan manfaatkan ilmu tu, dapat la Kaklong pahala sikit.
Bila dah mati, orang baca pun masih dapat lagi pahala..

Selain kumpul adsense 2 sen sehari melalui blog; dapat juga kumpul pahala sekeping syiling sehari.
Metaphore je tu ya..

Kemudian Kaklong tak tau pula nak tulis pasal apa.
Dari apa yang dikongsi oleh para blogger; setiap blog kita kene ada fokus.

Contohnya, food blogger cerita pasal makanan...
Travel Blogger cerita pasal jalan-jalan...
Beauty Blogger cerita pasal kecantikan..

Kaklong?

Ntah... Blurr..

Lama juga la blur tu, akhirnya Kaklong buat keputusan tulis je la apa-apa nak tulis; nanti dah banyak baru check balik topik apa yang paling suka tulis dan mula narrow down pada topik tersebut.

Dan harini Kaklong check.

Didapati topik paling banyak ialah Review...
Yeah! Memang itulah salah satu tujuan asalnya.
Kalau boleh nak review semua benda termasuk la pen dan pemadam juga choki choki.

Kedua paling banyak ialah Diary..
Hahaha.. Nampak sangat suka cakap sendiri.. 😁

Ketiga ialah maklumat dari orang lain yang Kaklong share kat blog ni..
Kira ilmu juga la kan...

Keempat ialah info mengenai teknologi internet.
Ilmu tu..

Kelima ialah info bisnes..
Ilmu juga

Dan yang keenam ialah pengalaman shopping...
Ini bukan ilmu kan..?

Seterusnya, topik yang paling sikit ditulis ialah:

1) Vacation - sebenarnya banyak pi vacation; tapi malas nak edit gambar masuk dalam entry.
2) Info kewangan - takde idea nak tulis apa..
3) Info Cantik - sebab tak cantik; susah la nak citer pasal cantik 😑

Abes tu, kenapa buat topik tu kalau rasa susah nak citer?

Saja la taruk-taruk dulu. Kemudian baru check yang mana banyak tulis.
Alaaa, itu pun nak marah..

Sebenarnya info cantik tu Kaklong kongsikan info sebagai Minimalist.
Bukan nak kongsi tutorial mekap dan sebagainya..

Info sihat tu pun nak kongsi dari segi biologi dan perubatan..
Bukan pasal makanan kesihatan..

Apapun, itulah..
Bila buka laptop ni, pergi taip benda yang Kaklong suka je; iaitu review dan diary.
Ntah la, macam syok je tulis mengenainya.. Hehe..

Kaklong pun tengah dilema ni, sama ada nak buang topik kecantikan dan kesihatan tu dari blog ni...
Ataupun pulun tulis topik yang kurang tu bagi seimbang?

Korang rasa macam mana..?

13 Nov 2017

13.11.17

Review OLay Serum

Salam...

Dah lama gila kot sejak beli Olay Anti-Aging Serum kat Watson haritu..
Kata nak review, tapi tak tulis-tulis pun...
Sementara teringat ni;

Kaklong nak Review Olay Total Effect Anti-Aging Serum



Kaklong dah pakai jenama Olay ni sejak sekolah menengah lagi..
Time tu guna lotion dia sebab murah sikit..
Bila masuk universiti Kaklong pakai cream Total Effect..
Kemudian bila abes belajar, Kaklong tukar-tukar produk macam-macam..

Lepas muka Kaklong jadi teruk, baru la teringat semula kat jenama Olay ni..
Cadang nak guna cream dia, pastu terfikir pula dah masuk usia 30-an ni better guna yang anti-aging.
Kot-kot la boleh bagi nampak macam 20-an balik.
Haha.. Berangan je la kau...

Apa beza serum dan moisturizer? 

Serum ni molekul dia tu kecik sangat, berfungsi untuk masuk dan meresap terus ke dalam kulit untuk memberi zat/nutrient yang diperlukan supaya kulit tu cantik gitew. Biasanya serum ni berasaskan air. Nak pakai serum ni, pastikan pakai direct ke kulit iaitu sebaik sahaja cuci muka atau lepas pakai toner. Lepas cuci muka, lap pastu terus pakai serum dulu tau. Yang lain-lain tu kemudian baru pakai.

Moisturizer pula berfungsi untuk melindungi kulit. Caranya ialah dia duduk kat atas lapisan kulit untuk menyekat molekul air (yang membuatkan kulit lembab dan gebu gebas) keluar dari kulit lalu hilang ke udara. Itu yang membuatkan kulit jadi kering dan kasar. Pendek kat dia tu macam Pak Guard la, tak bagi air keluar dari kulit.

Nampak tak beza antara serum dan moisturizer ni?

Serum tu dia masuk dalam kulit dan bagi zat.
Moisturizer pula dia seal kulit tu bagi zat tak keluar.
Camtu la lebih kurang bahasa kampung saya..

Review

Haaa jom.. Kita review pula..

Serum Olay ni teksture dia sangat ringan dan lembut.
Tak berminyak..
Bau dia pun lembut...

Memandangkan Kaklong ni alah dengan fragrance, maka produk tanpa bau (atau rendah bau - ada ke ayat ni?) adalah idaman hati Kaklong.

Bila sapu kat muka tu kan cepat betul dia menyerap..
Biasanya Kaklong pakai dua kali picit..
Satu picit untuk seluruh wajah, satu picit untuk leher..

Leher pun penting tau..
Tak best la kalau muka gebu, tapi leher tak berapa nak gebu je..

Lepas pakai, rasa macam tak pakai apa-apa pun kat muka..
Bila time panas dan berpeluh tu, takde la rasa berminyak ke apa ke..
Tak perlu nak blot blot .

Selepas dua minggu pakai, kulit Kaklong jadi lebih lembut dan lembab..
Rasa macam seronok pula tengok cermin.

Selepas sebulan, jerawat yang merah dan sakit-sakit pun dah takde..
Parut jerawat pun berkurangan..

Walaupun kulit Kaklong takde la cantik macam artis tu, namun nampak perbezaan yang ketara..
Bila usap-usap pipi rasa lembut dan segar..

Suka sangat!

Kaklong pakai Olay Total Effect Anti-Aging Serum ni dua kali sehari.
Pagi dan malam.

Moisturizer Kaklong tak pakai pun..
Tengah ushar-ushar juga, tapi rasa selesa sangat dengan kulit sekarang.
Tersilap pakai karang takot jerawat sakit muncul kembali!
Takot! 😫😫😫

Boleh tak suggest moisturizer apa yang berkesan?

P/S: Ini bukan post berbayar ya. Kaklong betul-betul pakai Olay 😉

11 Nov 2017

11.11.17

Online Revolution bermula Hari Ini!

Salam..

Yay! Harini bermulalah Online Revolution yang merupakan impian semua Online Shophaholic.
Ia berlangsung selama 4 hari je tau.
Bermula 11/11-14/11/2017.

Kaklong menulis ni pada pukul 12.45 pagi tau.
Pagi-pagi lagi dah ushar barang-barang kat Lazada. Hebat tak kaki shopping online ni 😁

Nah Kaklong screenshot website Lazada tersebut.
Tau tak produk pertama yang Kaklong beli kat Lazada ialah smartphone pada bulan March yang lepas.
Kaklong ada buat video unboxing smartphone Xiaomi Redmi 4A kat Channel Kaklong.
Sila la ushar. Hihi..

Nak juga tunjuk nostalgia lamaku..

Smartphone tu dibeli dari Official Store Xiaomi kat Lazada.
Tu yang rasa confident je beli tu..

Kaklong beli smartphone murah-murah je tau.
Walaupun murah namun kualiti gambar dia cukup cantik.
Love it!

Walaubagaimanapun bukan semua barang Kaklong beli online.
Pakaian Kaklong tak boleh beli online sebab body I ni "beautiful" sangat.
KAlau beli juga, confirm salah saiz.

Barang-barang yang Kaklong suka beli secara online ialah gadget dan aksesori dia, barangan elektrik dari official shop dekat Lazada, peralatan rumah yang susah nak dapat, beg, kosmetik , produk kecantikan dan bahan bacaan.

Barang-barang macam ni beli online senang sikit kerana tak perlu buang masa ke hulu ke hilir untuk cari yang okay dari segi kualiti dan harga. Dah jimat banyak masa kat situ.

Walaupun dua hari juga la nak decide beli yang mana satu, at least dah jimat duit minyak dan jimat duit parking dan jimat masa cari parking dan jimat masa berfikir kat mana nak beli barang ni.. Lagipun dapat bertenang lama sikit sebelum decide nak beli.

Satu lagi, barang-barang yang besar macam kipas siling, keyboard piano, wardrobe DIY tu semua (ya, Kaklong beli tu semua online) dorang akan hantar order tu ke rumah. Lagi baik hati dorang angkut ke tingkat 14 rumah Kaklong ni.

Senang sikit.
Tak perlu angkut barang ke kereta, lepas tu angkut pula ke rumah flat ni.
Cuma pilih pilih pilih je kat rumah.... PAstu sampai depan pintu.
Haven giler.. 💕💕

Itulah 3 sebab Kaklong jatuh cinta pada shopping online..
Ada lagi sebab-sebab lain, antaranya kalau beli kat MArketplace Lazada,barang yang salah hantar, rosak, defect dan sebagainya boleh terus return dan wang kita dipulangkan, sama macam kes Kaklong return barang Lazada.
Tak perlu risau kan..

Okay la..
Sempena Online Revolution kali ni Kaklong dah plan nak beli apa.
Kalau tengok dalam gambar pertama tu, nampak kan ada satu benda dalam shopping cart.
Hahaha.. Awal-awal lagi dah letak.

Apakah bendanya itu..?

Nak bread maker jenama Philips
Dah lama dah mengidam nak beli Bread Maker jenama Philips
Amboi, mengadakan...
Nak jenama Philips tapi tak mampu. Hahaha...

Tengok la harga asal dia tu RM759.. *gulp*
NAseb baek offer separuh harga.
Tiba-tiba rasa mampu pula. :D

Tujuan nak beli bread maker ni ialah sebab nak buat roti la, apa lagi kan..
Kaklong rasa roti-roti yang dibeli kat kedai tu manis-manis la..
Ada sesetengah jenama pula rasa pahit-pahit.

Nak buat sendiri, tak pandai malas nak uli
Dengan adanya bread maker ni syok la saya meroti. Yay!

Okay la..
Banyak pula tulis ni, nanti terlepas jualan murah-murah gila tu..

Cepat korang. 4 hari je ni..

P/S: Sapa ada blog tu, join Blogger Contest ni. Mana tau rezeki korang. 😉




10 Nov 2017

10.11.17

Perkongsian untuk Lelaki

Salam..

Perkongsian yang penting untuk para lelaki.


DARI LELAKI UNTUK LELAKI
Sepanjang aku memantau kes depresi dan tensi di kalangan umat di zaman ini, aku hampir-hampir dapat konklusi.
Mungkin, dengan satu perkataan,
LELAKI.
Mungkin ini terjawab, kenapa betapa ramai wanita semakin mandiri, kerana lelaki yang baik dan kuat semakin kurang di atas muka bumi kini.
****
Menurut kajian di Barat, selepas berdekad pasangan suami isteri itu bercerai, anak-anak yang duduk di bawah jagaan ayahnya (duda), dikatakan hampir tiada kes jenayah dibuat.
Sedang anak yang tinggal bawah jagaan ibunya (janda), lebih banyak kadar rekod jenayah.
Barat melihat ini, bahawa ibu tunggal dikata dominan mendidik anak dengan EMOSIONAL SAHAJA jika tanpa kehadiran suaminya.
Ditambah, fahaman Barat menganggap anak sangat-sangat perlukan sentuhan RASIONAL juga dari seorang ayah.
Entah kenapa Barat salahkan ini dari sudut wanita semata-mata. Entah-entah, yang mengkaji ini pro-maskuliniti.
Sedangkan, bagi aku, ketiadaan lelaki dalam hidup anak dan ibu, ITULAH "JenAYAH" DARI SEORANG AYAH.
****
Aku pernah diberitahu, oleh seorang lelaki yang baru ceraikan isterinya, "Irfan, aku ni ibarat Nabi Noh A.S yang terpaksa berlayar tinggalkan anak dan isterinya."
Pui. Aku ludah di dalam hati.
Alasannya, dia tak dapat mendidik isteri dan anaknya. Alasan dia lagi, mereka telah jauh terpesong.
Jika kau ingin samakan amalan berlayar tinggalkan anak isteri itu sama dengan amalan Nabi Noh A.S, kenapa tidak kau samakan ketabahan baginda mendidik mereka selama BERATUS-RATUS TAHUN?
Allah panjangkan usia baginda, sebagai SIMBOLIK ketabahan Nabi Noh, sedang kau kutip amalan tinggalkan anak isteri TANPA MELIHAT USIA ketabahannya.
Dia sambung lagi, "No wonder wanita itu lebih ramai di neraka berbanding lelaki."
Pui lagi.
Alasan, demi alasan.
Teringin sekali aku ludahinya dengan kata-kata ini,
"Jika ramainya wanita di neraka kelak, bukan bermakna si lelaki itu berbahagia ke syurga. Tempat kau pun belum ditempah lagi! Jangan mimpi!"
Bukankah jika wanita itu terheret, punca itu datangnya dari lelaki jua?
Mana mungkin kau lelaki bersenang-lenang di syurga, sedang 'hasil tangan' kau pun bukan semulia Nabi?
Tak logik! Amat tak logik, bila kau guna alasan berpisah dengan isteri dan anak perempuanmu, (yang katanya tidak lagi patuhi seruan Allah dan tidak taati kamu), dengan alasan kau samakan kisahmu dengan Nabi Noh A.S??
ITU HANYA ALASAN!!
Wahai lelaki,
Jangan beralasan, sebelum kau berhenti berusaha, dan mencuba.
Bukankah alasan itu memberi tanda yang kau belum cukup BEKERJA KUAT?
Ya, kita lelaki kena bekerja, lagi dan lagi.
Apa kerjamu?
Dakwahkan isteri dan anakmu.
Cukupkan kelengkapan hidup mereka.
Beri motivasi dan inspirasi.
Ajak setia pada Yang Maha Beri Rezki, bukan sekadar atas slip gaji, tapi dengan mengajar mereka NIKMATNYA RASA CUKUP, sambil tidak kau culas bersantai-santai.
Itu semua termasuk tugasmu, wahai lelaki.
"Tidak semua lelaki sempurna. Ada kurang di sini sana." --- Aku tahu ada yang ingin jawab begini.
Cuma pesanku,
JANGAN BERHENTI!
Sabar, kerja kuat lagi.
Phew... Aku pun tidak tahu apa kesudahanku. Konon berpesan pada lelaki, bagai aku menggali kuburku sendiri. Namun, aku menulis ini demi ingatan diri semata-mata.
*****
- "No wonder wanita itu lebih ramai di neraka berbanding lelaki." << COME ON! Asyik-asyik kau sebut ini, bila lagi nak asah cara kamu berfikir?
Ya memang ada disebut Rasulullah S.A.W betapa ramainya wanita terhumban ke neraka (rujuk peristiwa Israk Mi'raj).
Ya, peristiwa ini benar, siap dibenarkan lagi oleh As-Sidiq, Abu Bakar R.A.
Namun, tidak ramai yang berfikir dari sudut yang baru.
Mari, saya 'menampar' persoalan ini buat para lelaki,
"Takkanlah para wanita itu dicipta Allah hanya untuk penuhi neraka?"--- Di mana logikmu, melihat hadis itu dari sisi berat sebelah?
Bukankah lelaki punyai daya kritis dan analis lebih tinggi dari perempuan?
Lelaki, kalian perasan tak, pesanan Nabi itu punya ibrah DARI SISI STATISTIK!
Buka mata! Lihatlah di zaman ini. Berapa ramai ratio kelahiran wanita lebih ramai dari lelaki.
Tidak akan 100% wanita ke neraka.
Kalaupun 90% itu adalah wanita, maka siapa lagi 10%? Tidak syak lagi, itulah lelaki yang mengheret mereka.
Saya tidaklah pakar Hadis, tapi saya juga lelaki. Saya tahu ada juga rahsia Allah yang terselindung; Namun, apa salahnya kita ambil ibrah hadis ini dari logika seorang hamba?
Pesanan buat lelaki,
kita mesti kuat, mental, fizikal. Rohani, jasmani. Ukhrawi, Duniawi. Kita harus lebih kerja keras lagi.
Jika wanita itu ramai ke neraka, kelak lihatlah dengan siapa lelaki yang bersamanya.
Jangan ingat kau terlepas, bersenang-lenang, siap berangan berpayungkan emas.
Boleh jadi 3, 4 wanita terheret,
puncanya dari SATU LELAKI.
Isteri kau stres dan kecewa, kau kena kuat mental lagi.
Anak kau hilang identiti, kau lah patut jadi idolanya.
Anak dan isteri sedikit lari dari 'imannya', kau pimpin kembali ke lorong suci.
Itu kerja kita!
LELAKI,
JANGAN LEMBIK!
Yang ikhlas,
Al Irfan Jani
Lelaki yang tidak sempurna, namun insyaAllah tidak mahu berhenti mencuba.

Terima kasih Saudara Al Irfan Jani 

Kaklong tak boleh tulis pendapat macam ni kerana Kaklong seorang perempuan.

Orang akan kata kita ni bercakap dari sudut emosi dan berat sebelah.

Kaklong hargai sangat bilamana seorang lelaki yang matang memberi peringatan kepada kaumnya sendiri.

Bukan sekali dua, tapi banyak kali juga Kaklong dengar lawak, perbincangan, sindiran dan ceramah yang banyak bahan kaum wanita.
Ustaz yang Kaklong hormati pun ada juga bahan isu-isu wanita tu.
Buat Kaklong rasa menyampah pula kat dia..

Yang menyampah tu bukanlah kerana kandungannya.
Tapi cara penyampaian yang konon engkau la yang paling betul dalam dunia ni.

Kaklong harap semua lelaki buka mata dan sedar bahawa awak adalah seorang pemimpin.
Jadi, pimpinlah!

Jangan suruh perempuan pula pimpin awak.
Buat malu je...

Wassalam