Search

Belajar Piano Online Percuma

12.10.17

Salam...

Dah lama juga berangan nak main piano..
Namun tak ada starting point kerana famili Kaklong tak pandai main muzik..
Tau dengar dan nyanyi je la... Haha..


Petang tadi lepas settle pos barang, Kaklong search kat youtube kot-kot ada tutorial belajar main piano online.
Ada rupanya.. :D
Tekun tak tekun budak baru belajar ni.. ^^


























Tanpa buang masa, terus amik keyboard, nak belajar.

Keyboard mainan tu Kaklong beli kat kedai mainan haritu.
Kaklong nak beli yang RM120; tapi abang cam taknak belikan je..
Dia tau la tu mesti beli pastu simpan atas rak je kan..
Sebab mana la reti main..

Last-last dia belikan organ mainan yang berharga RM35.
Cam kelakar pulak..
Nampak sangat mainan; nak pi bayar pun segan muka saya.
Takpe la asalkan ada bunyi..
Kalau akhirnya simpan atas rak pun takde la rugi sangat..
Hohoho...

Walaupun organ mainan tapi bunyi dia okay juga..
Siap boleh tukar bunyi alat muzik lain, ada percussion dan rhythm lagi.
Okay la untuk first time belajar piano. Haha..

Berbalik kepada belajar main piano online tadi, banyak juga video tutorial kat youtube, namun ada satu channel ni Kaklong suka.
Piano Keyboard Guide Channel nama dia..
Sebab dia ajar dari asas dan buat demo sekali.
Penerangan dia juga mudah difahami..

Ni video dia yang mula-mula sekali Kaklong jumpa:


Dia ada juga bagi kod lagu dan tunjukkan sekali cara main..
Kaklong agak dia ni betul-betul guru muzik.
Cara penerangan dia sangat jelas, sangat prefesional.

Disebabkan tak hafal key, Kaklong labelkan je la key tu.
Senang sikit nak tekan nanti..
Dah terer sikit nanti I cuba cabut dan hafal key-nya..
Boleh gitu..?

Setakat harini ada 3 lagu je Kaklong belajar iaitu:
- Row row boat
- Baa baa Black Sheep
- Can't Help Falling in Love - Elvis Presley

Kaklong nak cuba lagu "We Don't Talk Anymore - Charlie Puth"; tapi pening.. Hahaha...
Next time la cuba..

Nanti lepas pandai sikit, Kaklong nak cuba goda abang belikan organ RM120 tu..
Ada juga nampak kat kedai muzik, organ berharga Rm300++ dan RM500++
Okay gak kat kalau dapat yang tu..
Mana la tau satu masa nanti Kaklong boleh nyanyi sambil main piano macam Sir Elton John tu.
Hahaha.. (yaaa.. berangan memang best!)

Okay la, kalau korang nak belajar main piano bola la beli organ mainan kat kedai mainan pastu belajar kat youtube (atau channel yang Kaklong tunjukkan tadi)

Kalau rasa tak perlu belajar, belajar je asasnya dan dedahkan kepada anak-anak..
Muzik ni dapat buat kanak-kanak lebih peka dan pandai mengkoordinasikan otak dan jari-jemari..
Apalagi bila mereka pandai menggunakan kedua-dua tangan serenta dalam ritma yang berlainan..

Ini playlist asas piano :



Ini pula kod dan demo piano:


Selamat belajar ^_^

You Might Also Like

13 Geng Kaklong

  1. Saya pon ada piano, memula semangat, belajar online je...tapi jap je..hmmm, bz kerja... then tengok entri nih, macam nak start semula haih !
    Mudah pulak tgk, nona try nanti, hehe..dah bertapak je kat rak tu~

    setakat lagu birthday, tahu la.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la. Kaklong pun zero juga. Lepas dapat main lagu sikit2 rasa hepi giler. Haha

      All the best ya :D

      Padam
  2. Thanks info tau !
    Suka rasanya nak start semula!

    BalasPadam
  3. Bestnyaa.. dari dulu nak belajar ni... tapi tak cekal sangat. haha Nanti kaklong buat la cover lagu letak kat youtube ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cover lagu ke.. Alamak, malu la..
      Bagus gak idea tu, nanti Kaklong cuba :D

      Padam
  4. wahh.menarik !
    syu pon nk belajar piano gak dari dlu, smpai sekarang x belajar.nmpaknya 1st step kena beli keyboard dlu la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli keyboard mainan dulu pun okay.
      Bila rasa macam boleh pergi/minat; baru beli yang elok sikit.

      Kat lazada pun ada dalam Rm150. Tapi bukan branded la. Yang branded n berkualiti sikit dalam RM500 gitu..

      Padam
  5. Bestnyer belajar piano...jom jamming ahaha .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. Jamming Baa Baa Black Sheep bole la :D

      Padam
  6. teringin jugak nak main piano haha tak terpikir pulak nak tengok youtube haha

    BalasPadam

Sila tinggalkan jejak untuk Kaklong ziarah.

Tak tau nak komen apa..?
Komen je, "Wah, bagus la awak ni Kaklong, comel pula tu"
Kui kui kui... :D

AFB Blogs