30 Okt 2017

Beli Piano Keyboard

Salam..

Ingat tak kisah Kaklong beli keyboard mainan untuk belajar piano secara online haritu?
Tak lama lepas tu kan, rasa macam dah terer dah sikit (padahal tak pon...haha..), kitorang pun terus beli keyboard piano yang betul punya!

piano keyboard murah
Piano Keyboard mampu milik!
Kitorang pi kedai muzik haritu nak beli keyboard murah RM300++ yang tiada jenama.
Kecik je, kalau tak silap Kaklong 47 key punya (time pergi tu tak tau lagi pasal bilangan key ni)
Memandangkan takde knowledge kan, ingat nak minta la juga consultation sebelum beli...
Tapi dorang tu nampak macam takde knowledge sangat pasal la pasal ni.. :(

Cik Abang pun pergi survey kedai lain dan rata-rata harganya dalam RM500++ dan ke atas; tapi jenama Casio la..
Kitorang takmo la beli mahal sangat, lagipun kita nak main suka-suka je kan..

Disebabkan ada banyak saiz, Kaklong survey la saiz yang paling okay untuk beginner.
Ada satu artikel tu cakap sila beli yang ada 88 key.

Dengan confident-nya kitorang pun pi kedai satu ni dan tanya pasal keyboard 88 key.
Dorang cakap takde stok, kalau 76 key ada la..
Harganya RM2500++

Rasa malu pula tanya; hahaha.. lari terus bajet..
Lepas bagitau yang bajet kami RM500 ke bawah, dia pun syorkan keyboard 47 key, berharga RM599. Jenama Casio..
Dia ingat anak nak main; bila bagitau bahawa Kaklong yang nak belajar main; dia terus syorkan yang keyboard 61 key punya; harga RM850++.

Katanya itu standard size yang orang dewasa selalu main.
Kaklong angguk-angguk je walaupun blur.

Memandangkan kekurangan bajet, kitorang pun tangguhkan dulu.
Nak kumpul duit sikit lagi, nak beli yang 61 key punya.
Tengok tu, mengada kan..
Dah ler tak pandai main; nak beli yang besar konon.. Haha..

Yang menariknya, kedai tu pun ada buat kelas muzik tau (piano, gitar, biola dll).
Yuran pendaftaran RM60.
Bulanan RM100. Seminggu sekali (4x sebulan).
Masa ikot kita la bila-bila nak (bincang dulu la; bukan walk-in bila-bila masa)

Pastu balik rumah, Cik Abang pun buka Lazada nak survey keyboard 61 key.
Rupa-rupanya Lazada pun jual keyboard (Lazada semua benda pun dia jual kan.. :D)

Godek punya godek akhirnya kitorang decide nak beli kat Lazada je la..
Beli kat Lazada
Dia bagi sekali dengan stand, beg dan pedal; RM615.10 sekali termasuk pos..

Sebenarnya okay je beli kat kedai tu, bayar cash terus bawa balik.
Beli kat Lazada kene tunggu pula barang sampai la, kalau rosak kene return pula, kalau rosak dalam warranty kene pula claim warranty. Leceh juga la beli barang elektronik secara online ni..

Tapi memandangkan beza harga dia nak dekat RM200; untuk jenama yang model yang sama, kitorang decide nak order online je la..
Harap-harap tak rosak; in shaa Allah..

Kitorang dropped order pada hari Jumaat..
Bajet-bajet, hari Isnin la sampai kan..
Takkan la Sabtu, rajin sangat kurier nak hantar barang hari Sabtu..

Namun jangkaanku meleset..

Sabtu tu time Kaklong sedap-sedap bergolek atas katil dengan tak mandinya serta mamai, siap fikir nak bangkit ke tak bangkit, nak bangkit ke tak bangkit; kurier call kata nak hantar barang..

Uit! Sekarang??

Nasib baek Cik Abang ada..
Dia tolong amikkan sebab dia dah mandi.

Cepat gila kan sampai...

Secepat itu juga la Kaklong pi mandi, pastu kami sama-sama unbox bungkusan tersebut.
Seronok giler..
Rasa romantik sangat buat keje sama-sama macam tu.. ^_^

Kitorang pun main keyboard dua hari berturut-turut dari pagi sampai malam sampai sayang rasa nak pi tidur..
Biasa la barang baru kan..
Lama-lama nanti takde la super excited macam tu lagi.

Kisah dia dah abes dah; saja nak tambah sikit lagi..

Sejak barang sampai, bersepah juga la kat facebook cakap tentang order barang kat Lazada tak sampai-sampai dan order hilang.
Bukan sikit orang komplen kat Facebook Page Lazada 



Alhamdulillah..
NAseb baek order Kaklong sampai dengan cepat dah selamat..
Mahal gak tu (bagi kami mahal la..)
Kalo tak sampai atau duit tak dapat balik; menangis juga la dibuatnya..

Okay la, macam panjang je bebel kali..
Kaklong nak sambung main muzik ni..
Kui kui kui..

Wassalam..

29 Okt 2017

Widget Blog Follower Error?

Salam...

Korang ada tak masalah camni kat blog?
error
Blog follower widget
Ini adalah widget blog follower yang sekian lamanya berada di blog ni..
Widget yang kita klik follow untuk mengikuti blog kawan-kawan..
Pastu ada la muka kita kat situ (kalau kita recently follow).

Tapi tengoklah tu.
Hilang pulak! 😫😫😫

Ingatkan Blog Kaklong sorang je bermasalah.
Rupanya blog kawan-kawan lain pun bermasalah juga..
Tak seronoklah macam ni..

Minta-minta la dia okay balik tak lama lagi kan..
Baru je mood nak tulis blog muncul.
Tiba-tiba gini pulak jadinya..

Nak taknak terpaksa la Kaklong gantikan dengan widget Google+ Follower,
Widget Google Plus Follower
widget Google+ Follower
Nampak comel la pulak..
Yang paling comel mestilah awek spek tudung biru tu..
Nampak tak?
Tu haa.. yang duduk kat 4:3 (haha.. minta puji)

Sebenarnya yang paling comel ialah gambar-gambar follower tu bertukar setiap kali pergi ke post baru atau refresh..
Rasa seronok pula nampak muka kawan-kawan bertukar ganti.
Nampak la siapa yang sudi follow blog yang tidak seberapa ini.. hehe

Yang kurang comel ialah Kaklong ni kurang aktif (atau tersangat tak aktif kat Google+)
Dalam setahun ada la 3x buka camtu..
Macam tak sesuai pula la kan letak widget yang kurang aktif kat blog ni..
Tengok la tu ada 51 orang je follower.
Terus tersungkur mood nak berblog.. 😑

Dalam-dalam takde mood tu Kaklong sempat juga tulis 5 blogpost dan schedule-kan.
Kaklong tengah tulis blogpost ke-6 ni, tapi proses nak menyiapkan tu panjang sikit..
Nanti dah publish korang tau la apa sebabnya proses penulisan tu amik masa sikit..

Camana ek nak aktif kat Google+ tu?
Macam terlalu banyak je tempat kene update.
Blog lagi, FB lagi, IG lagi, Twitter lagi, Youtube lagi, Google+ lagi.
Dulu kan (2009) cuma ada blog je.
Tu yang sehari sampai 5x update.
Seronok betul hati saya time tu..

Sekarang bila banyak sangat social media, jadi overwhelm pula.
Korang tak overwhelm ke. .?
😩😩😩

27 Okt 2017

Alih Suara Lawak ajqhrs via MadlipzApp

Salam...

Hadoiiii..
Gelak guling-guling Kaklong tengok video-video ni..
Tak caya, cer tekan play..



Haa..
Amacam berguling tak?

Alih suara lawak ni dibuat menggunakan aplikasi Madlipz.com

Madlipz ni ialah aplikasi dimana kita boleh ubah suara video kepada suara kita sendiri.
Ikut suka la nak alih bahasa ke, atau nak berlawak ke macam video kat atas ni...

Memang kreatif la alih suara macam ni..

Ada lagi tau video-video lain yang boleh tahan la lawaknya..
Kaklong pun jumpa kat facebook je.. Pastu bergelak sorang diri..
Cik Abang tengok je Kaklong berguling sakan..
Dia tu memang camtu, susah nak gelak..

Meh, nak share dengan korang.





Alih suara ni semua dibuat oleh AjiqHaris
Boleh follow IG beliau kat @ajqhrs

Amacam?
Mana satu korang suka?

Kalo berminat nak buat juga macam saudara Ajiq tu, bole download aplikasi MadlipszApp kat bawah ni:

Google Play klik Madlipz Android
iTunes klik Madlipz Apple

Lepas tu jangan lupa la tag atau invite atau maklumkan kat Kaklong..
Nak tengok gak hasil alih suara korang tu..
Ngahahaaa..

Wassalam...

24 Okt 2017

Pencuri Buah

Salam..

Seronok pula baca kisah fiksyen yang ditulis oleh saudara Khairul Hakimin Muhammad ni.




Kat rumah ibu ayah Kaklong pun kitorang ada sebatang pokok mempelam..
Lebat betul buahnya..

Malangnya ramai betul pencuri..
Dorang curi buah muda-muda..
Tau la, nak makan buat colek..
Tak pun nak jual kat gerai nasi campur untk dorang buat kerabu..

Pernah la jiran cakap dorang nampak kereta myvi putih amik mempelam tu sampai penuh satu bonet kereta..

Pokok ni dalam pagar rumah kitorang tau..
Buah yang dorang petik tu pun, yang dalam pagar kitorang..
Dorang potong pagar tu dan masuk pastu panjat pokok tu..

Akibatnya, kami tuan punya pokok ni tak dapat nak makan..

Mempelam kat rumah ni jenis mempelam wangi..
Makan muda tak sedap pun..
Tak masam pun..
Tawar je..

Tapi bila dia masak, wang sangat bau dia..
Sedap sangat rasa dia..
Macam bau bunga mawar..

Malangnya bila dorang selalu petik buah muda, lama kelamaan buah yang ranum kat pokok akan jadi buruk..
Memang betul pun..
Buah tu nampak cantik luarannya , isi dia nasib2 dapat yang buruk...

Tak tau la dorang ni kenapa..
Kalau nak makan sangat mempelam, pergi la beli kat kedai tu...
Mempelam kitorang ni pun, masa banyak buah, kita bagi kat jiran-jiran juga..
Nak bagi mesti bagi benda elok kan..

Sekarang bila mempelam tu selalu buruk, risau pulak nak bagi kat jiran..
Takot dorang salah faham "ooo, buruk bagi kat kita. Yang elok dia makan."

Apapun, pokok tu dah tua..
Buah masih banyak tapi kurang elok dah...
Pencuri buah memang masih ada..

Semoga dapat hidayah la pencuri buah ni semua..
Curi buah sampai dapat beli myvi kau!

Wassalam...


18 Okt 2017

Review Filem Tombiruo

Salam..

Kaklong ni jenis tak tengok cerita Melayu.
Drama tak tengok. Filem lagi la tak tengok..

Malas la cerita sebab apa tak tengok, karang kene kecam secara berjemaah pula..
Apapun ada dua filem Melayu yang Kaklong tengok kat pawagam sejak third millenium iaitu Ola Bola dan Tombiruo.

Tombiruo
Tombiruo ni pun Kaklong tengok kerana rata-rata rakan kaki wayang kat FB memuji filem ini..
Kaklong pun cuba la sedaya upaya untuk mengelak dari membaca sebarang review atau spoiler yang dorang suka taruk kat FB masing-masing..
Sebab Kaklong memang benci sangat spoiler..

Pernah la Kaklong tertunggu-tunggu satu movie tu, bila dah keluar wayang, hari pertama tu member up status : "Alaaa, kenapa minah mati..?"
B@B!
Aku baru nak tengok esok..

Apapun, what have done cannot be undone.
Maka Kaklong pun menonton la filem tu dengan tahu bahawa akhirnya minah mati.
Macam buang masa je tengok, padahal dah tau ending.
Hate it! Hate!

Mungkin bagi orang lain okay je kot..
Bagi Kaklong tersangat tak okay, okay!

Okay, back to the story..

Kaklong masuk wayang kali ni dengan low expectation..
Come on la. Nak expect apa je dengan filem Melayu (oit, jahat bahasa)

Namun, Kaklong silap.

Filem Tombiruo ni best sangat!

Gambar cantek, screenplay cantek, background music pun kena sangat dengan babak dan emosi.
Part lawan-lawan tu camera work dia bagus, membuatkan pergerakan mereka nampak macam tangkas je.

Ramai juga yang kondem part lawan-lawan tu sebab kurang jelas pergerakannya.
Realitinya aksi lawan dorang tak berapa nak tangkas la dorang perlu buat camera work sebegitu.
Lain la kalo Jackie Chan, Jet Li yang berlakon, bole la bagi wide shot nampak dorang punya martial art tu.

Namun ia wajar dipuji kerana berjaya menutup kelemahan tu, dan enhance lagi ketangkasan mereka, disulam pula dengan film score yang gempak.
Kaklong pun rasa nak masuk dalam skrin dan tolong Tombiruo tu sama.
Hahaha..
Lebih lebih pula aku ni..

Suka Zul Ariffin pegang watak Tombiruo.
Gaya pergerakan dia sangat cocok dengan title penunggu rimba.
Rupanya bukan Tom Hardy je boleh berlakon tutup muka, Zul Ariffin pun boleh 
Cuma adakah Zul Ariffin buat semua aksi tu, ataupun ada stuntman lain yang terlibat sama?
Kalau dia buat semua, memang salute la!

Paling Kaklong suka kat lakonan Faizal Hussin. Realistik dan bersahaja. Terutama intonasi suaranya, tak macam baca skrip.
Tengok beliau bersilat sikit tu teringat pulak kat citer Bujang Selamat.

Pelakon-pelakon lain pun bagus, termasuk la watak sampingan Wong tu.
Nampak relax je, kene dengan watak yang dibawa.
Cuma para pelakon utama tu diharap dapat perbaiki intonasi suara ketika melontarkan dialog, supaya tak nampak macam menghafal skrip. 
Tu je la sikit yang rasa ralat ketika menonton. 
Selain tu semuanya best!

Selepas menonton filem ni, baru la Kaklong baca review rakan-rakan..
Ramai juga yang nampak kecacatan Tombiruo ni.
Contohnya loghat para pelakon, reaksi Tombiruo bila jumpa Wan Suraya, dan pelbagai babak lagi la.
Taknak spoil.

Semasa melangkah kaki ke pawagam, Kaklong dah expect citer ni akan ada banyak kelemahan.
Kaklong tutup mata je la kelemahan kecik-kecik tu, asalkan tak mengganggu mood Kaklong.
Sebab tu la apa yang Kaklong nampak sepanjang dua jam menonton ialah kelebihan, kecantikan dan kegigihan hasil kerja produksi.
Keje tak cincai-cincai punya.. 
Cantek!

Apapun, Kaklong sangat enjoy the film.
Tiga kali Kaklong nangis tau.
Cara persembahan ketiga-tiga babak tu benar-benar menikam emosi Kaklong..
Perghh!
Tengok Hindustan pun Kaklong nangis sekali je..
Ni 3x!

Apapun, review Kaklong ni tak compare dengan filem Hollywood ya..
Hollywood punya bajet puluh ratus juta kot (darab dengan 4.xx)..
Oleh itu penanda aras bagi Kaklong review filem ni lebih rendah berbanding Hollywood.
Logik la kan..

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembikinan filem yang hebat ni.
Diharap buat lagi filem yang bagus sebegini.

Keep it up!

Kaklong bagi 9/10 (tak compare dengan filem Hollywood)

Kalau korang masih teragak-agak nak tengok filem ni kat wayang ke tak, jom tonton trailer dia dulu:


Haritu kan masa keluar panggung lepas tengok The Foreigner, tetibe nampak para pelakon Tombiruo kat situ.
Apa lagi, amik gambo la.. ^_^

A post shared by Kaklong Chan (@kaklongchan) on

Wassalam...

17 Okt 2017

Beli Buku online Sempena Cybersale 2017

Salam..

Ingat tak Cybersale 2017 yang berlangsung bermula 9hb hingga 13 Oktober 2017?
Itu adalah masa peniaga online buat jualan murah-murah.

Kaklong pun nak join bershopping.
Tapi tak tau nak beli apa..

Akhirnya pada 11hb, Kaklong berjaya juga drop order..

Buku!
Hahaha..
Macam takde benda lain kan nak beli...
Beli la pakaian ke, bag ke, mekap ke.. Ni beli buku pulak dah..

Alaa, takpe la..
Kaklong suka buku..
Cuma malas baca je... eh?

Sebenarnya Kaklong dah lama nak beli buku Atlas Perang Salib tu tapi harganya mahal juga RM65.
Sempena Cybersale ni, harga dia jatuh kepada RM39 je.
Woah, gelepor juga la tengok harga tu; terus sambar!

Mula-mula nak beli sebuah buku ni je.
Masa nak check-out tu ternampak pula free shipping untuk order RM100 ke atas..

Alahai, pandai je korang goda Kaklong kan..
Erm, camana ni, camana ni?
Nak tergoda ke tak..?

Akhirnya Kaklong pasrah dengan godaan itu.
Lama gak la godek-godek tak tau nak beli buku apa dah.
Teringat pula pasal Drakula dan Andalusia..
Lalu amik beberapa buku yang berkaitan iaitu:


  • Isabella
  • Runtuhnya Islam Andalusia
  • Tariq : Penakluk Andalusia
  • Muhammad Al-Fateh (yang ada kaitan dengan Dracula tu)
  • Salahuddin al-Ayubi (pernah tengok kartun dia satu masa dahulu)


Jumlah harga buku-buku ni ialah RM145.80
Tapi Kaklong cuma bayar RM106 je.
Dah jimat dekat RM40 dah kat situ..
Yippi!

Ditambah pula dengan free-shipping..
Apalagi jumlah berat buku ni lebih 2kg.
Kalo ikotkan berbelas ringgit juga la kene tambah guna kurier.
Bertambah jimat lagi..
Plus tak perlu keluar rumah..

Haven-nya la shopping online ni kan..
Hohoho...

Bila dah sampai buku-buku ni baru Kaklong perasan, penulisnya orang yang sama..
Encik Abdul Latip Talib
Aik, camana boleh ter-sama ni..
Adakah aku dipukau...?
Hahaha..

Diharap sedap la gaya penulisan Encik Abdul Latip Talib ni.
Pernah juga Kaklong baca buku Melayu lain sebelum, walaupun penulis tu lelaki, tapi gaya penulisan dia sedikit emosi dan mengada-ngada.
Buku tu pun ntah mana ntah pergi..

Buku-buku yang dibeli sempena Cybersale ni Kaklong masih lagi belum baca..
Kaklong duk sibuk layan siri Kamen Rider Black dan belajar main piano..
Hahaha..
Produktif sungguh Kaklong ni kan..

Ntah bila la nak baca ni..

Wassalam...

16 Okt 2017

Kamen Rider Black : My All Time Favorite

Salam

Kaklong ternampak video Kamen Rider kat facebook dan tak semena-mena teringat kat my all time favourite Kamen Rider iaitu Kamen Rider Black!

Sape tak kenal Kamen Rider Black?
Ini la Kamen Rider Black

Ini pula Tetsuo Kurata yang bawa watak Kotaro Minami
Ensem giler baq hang.. My taste 
*blush*

Dalam banyak-banyak Kamen Rider yang Kaklong tengok, boleh dikatakan semua je Kaklong suka.
Walaupun yang baru-baru ni suit dorang ntah hape-hape, namun Kaklong enjoy tengok lakonan dan cara mereka berlawan.

Namun begitu bila tengok balik Black ni henshin dan babak-babak berlawan sambil muziknya berkumandang, semangatnya lain macam beb!
Bertenaga sangat.
Sampai Kaklong yang tengok ni pun genggam-genggam penumbuk masa dorang lawan tu.
Haha..

Jom enjoy dia lawan sat..

Siri ni dah lama dah. Tahun 1987 lagi..
Ia berlangsung sebanyak 51 episod.

Lepas tu kan...
Dorang sambung pula dalam Kamen Rider Black RX
Pelakonnya masih sama, cuma tukar outfit dan suit je..

Kaklong lebih suka suit Black berbanding Black RX, namun outfit Kotaro dalam Black RX lebih smart.
Siri Black RX Kaklong tak pernah tengok lagi..
Nanti nak tengok..

Satu benda yang Kaklong rasa syok sangat kan, ialah kemunculan khas Kotaro dalam satu siri dalam Kamen Rider Decade (2009)

Walaupun dah tua, tapi body dia masih fit dan kacak.
Lakonan dia sikit pun tak faded.
Heroic tu masih ada dalam matanya..

Jom tengok jap


Kaklong rasa nak nanges je tengok dia dalam video ni tau!
Love him so much!

Salah satu sebab Kaklong belajar karate-do zaman sekolah dulu ialah sebab syok sangat kat kamen rider dan nak lawan macam dorang.
Tapi takde maknanya la nak berlawan.
Sape ntah nak berlawan dengan Kaklong ni..

Apapun, Kaklong pernah dapat tempat ke-3 dalam pertandingan Kata dulu...
Ada dalam 50 orang juga la yang bertanding, Kaklong tempat ke-3.
Kira terer juga la tu kan. 
Hahaha..

Teringin nak sambung lagi, tapi macam dah tua sangat je rasa :D

Kalau korang rindu kat Black ni macam Kaklong, jangan bimbang.
Jom kita marathon kat link ni:


Kaklong baru je tengok episod 3, haha..
Internet perlahan pula.. Amik masa betul nak loading.. :(

Lepas abes ni kita sambung Black RX pula okay..

Wassalam...

14 Okt 2017

Info Urusan jika Suami Meninggal Dunia

Salam..

Kaklong terbaca artikel yang disiarkan kat website IIUM Confession..
Info yang diberi sangat berguna.
Sesuai dengan Kaklong, seorang suri rumah yang suami uruskan segala-galanya.

Kaklong paste-kan keseluruhan artikelnya kat sini, untuk rujukan Kaklong dimasa akan datang.

Artikel asalnya kat link ni : http://iiumc.com/bila-suami-meninggal-mengejut/
Assalamualaikum, terima kasih kalau tulisan saya disiarkan. Sempena hari Jumaat, saya nak sedekah ilnu yang ramai perlukan bila tiba masanya.
Saya kematian suami hampir 4 tahun lalu kerana meningtis atau jangkitan kuman pada otak. Tiba-tiba suami yang sihat ceria terpaksa dikomakan akibat sawan yang tak henti-henti walaupun dia tak pernah ada history epilepsy. Setelah koma 3 minggu, Allah ambil dia. Alhamdulillah, I accept with satisfaction because that is what redha means.
Anyway, saya macam lost sekejap sebab suami yang buat semua semasa hayatnya., sampaikan nak makan apa pun dia yg handle. Alhamdulillah Allah tempatkan insan-insan yang menolong untuk selesaikan bermacam urusan. Banyak benda kena buat sebenarnya tau, especially berkenaan harta pusaka. Saya cuba explain as best as I could but this is going to be lengthy so brace yourself.
1. Pencen Socso- kalau si mati meninggal sebelum usia pencen i.e. 50 tahun dan dia bekerja di company yang mencarum, warisnya akan terima Pencen Penakat. Isteri akan dapat pencen ni seumur hidup walau dia kahwin lain, anak-anak akan dapat hingga tamat belajar. Kiraannya saya tak tahu, kena tanya Socso tapi berdasarkan gaji terakhir. Alhamdulillah majikan saya yang sibuk ambilkan borang dan suruh isi. Saya mrmang tak tahu langsung kewujudan pencen ni. Pastu every year kena submit borang renew pada Socso ye, kalau nak pencen bulanan tu.
2. Loan Rumah- Kalau suami ada beli rumah guna nama dia je, loan akan settle sebab MRTA cover. Tapi kami buat joint loan so hanya separuh loan settle. Saya continue bayar bahagian saya macam biasa tapi tiba-tiba lepas 2 tahun bank call cakap ada tunggakan, banyak giler lak tu, dalam RM10k. Ommo! Apakah? Rupanya kena inform bank untuk buat rescheduling bayaran. Sebabnya bank cakap masa sign agreement loan, kita kata kita akan bayar RM3000 sebulan i.e. separuh suami bayar, separuh saya bayar. So bank expect RM3k tiap bulan. Sikit tak inform, tau2 dah dekat RM10k skali dgn interest lewat byr. Mmg keji. Konon bank Islamik, pinjaman pun Islamik. Hampeh! Sebab bengang dgn pengamal2 riba’ ni, saya settlekan semua loan. Padan muka! Sori, emo lak. So, ingat, sila reschedule monthly payment kalau buat pinjaman bersama. Senang je, isi borang je kat bank.
3. Kereta- ni lagi satu pening. Kalau masa buat loan beli kereta, pastikan ambil insurans ke atas pinjaman tu tau. It’s a different insurance from the car. Insurans kereta yang guna bila accident tu semua biasa kan. Ni insurance macam MRTA yang kita ambil bila buat loan rumah tu. Tak ingat apa namanya tapi kena tanya kat bank, KENA TANYA! Cos they don’t usually volunteer the info sebab rugi kalau owner meninggal, bank kena continue bayar.
Kalau kereta murah bank offer tanpa ditanya tapi kalau yang mahal, takdenye. Kitorang x ambil sebab masa beli kereta tu innsurnce tu baru introduced. Ejen kereta kitorg yg Cina umur 50 tahun tu pun tak tau, bila dia find out siap cakap, “Bank ni jahat, mereka tak beritahu”. Takpelah, saya continue guna kereta tu walau mahal sebab masa arwah pergi, kereta baru beli setahun. Nak trade in tak msmpu sebab loan kat bank byk lg, kena top up puluh ribu. Takpe, Allah sentiasa pastikan rezeki saya cukup.
Satu lagi, kereta tu waris boleh guna sampai bila2 kalau ada Surat Kuasa. Kalau takde surat tu, boleh renew insurance dan road tax up to 3 years je. Surat Kuasa ni saya explain kat bawah nanti. Tapi bila renew road tax kena renew every 6 months, bukan setahun macam biasa ye.
4. Insurans- Kalau si mati ada ambil insurance of course waris dapat pampasan la. Semua tahu kan. Yg saya nak cerita kalau si mati ambil insurance utk org lain, like his kids and wife. Bila dia meninggal, insurance tu akan continue automatically sebab selalunya ia covered by insurance. Alhamdulillah kan?
5. Akaun Bank- Kalau waris tahu no pin kad atm si mati, senang. Saya dan suami tak kongsi maklumat bank, termasuk la no pin. Ye la, kan takleh bgtau org. Lagipun, saya shopaholic sedangkan suami jimat dan suka buat investments. Bahaya la kalau sy tau no pin dia kan? So, bila dia sakit tu, susah la sikit. Mujur saya bekerja. Tapi nak access akaun dia kat bank bergantung kpd jumlah duit dlm akaun. Kalau ada kurang drp RM5k, bank boleh transfer ke akaun waris jika ada akaun di bank yg sama. Jika lebih drp RM5k, duit tu pergi ke Amanah Raya. Kalau melalui Amanah Raya, tak beraya la jawabnya. Haha. Sorry, lame joke.
6. Surat Kuasa- Ok yg ni agak tedious. Waris kena ambil borang di Pejabat Tanah dan senaraikan harta si mati IN DETAIL ye. Harta ni termasuk rumah, tanah, kereta, wang dlm bank, unit amanah, etc., Lepas tu submit ke Pejabat Tanah beserta dokumen berkenaan sbg bukti. Contohnya kalau rumah, kena ada geran. Kalau loan bank tak habis lagi, maknanya geran takde dgn kita selalunya. So kena gi ambil geran sementara. Saya di Selangor jadi saya ambil di Bangunan SUK di Shah Alam. Kena bayar RM50 kalau x silap. Geran sementara tu sah sebulan je tau so lepas settle tu silalah bergegas submit dgn borang Tuntutan Harta Pusaka di Pejabat Tanah.
Lepas tu, tunggu surat utk dipanggil bicara di Mahkamah Rendah kalau nilai harta kurang drp RM5 juta. Sy tunggu dlm sebulan kot. Bila hadir bicara, kena bawa 2 saksi ye. Jangan lupa bawa dokumen sokongan mcm geran tanah, geran kereta, statement bank, etc. Bicara tak lama pun tapi majistret akan tanya soalan tentang si mati. Saya dan saksi (kawan saya) menangis sebab soalan yang ditanya agak brutal (si mati ada beristeri lain? ada anak dgn perempuan lain? dll.)
Pengalaman saya tuntut harta pusaka ni mudah sebab keluarga arwah suami tak nak tuntut apa2 sebab kesiankan anak2 sy. Masuk court pun depa tak nak hadir, sampaikan majistret pun hairan diorg tak nak tuntut sebab arwah suami tinggalkan byk duit. Tapi kalau keluarga si mati tu nak tuntut, itu akan ambil masa, especially untuk capai persetujan semua pihak.
Majistret lepas tu akan buat estimation nilai harta dan kita kena buat bayaran berdasarkan kiraan tu dlm tempoh sebulan rasanya. Kalau dlm RM200k, kena byr dlm RM1000 lebih. Surat Kuasa sbg pentadbir harta boleh ambil di Pejabat Tanah lps sebulan lebih. Doalah supaya Dia permudahkan urusan kita. Surat Kuasa ni penting sangat untuk waris mentadbir dan mengurus harta ye, mcm nak renew road tax n insurance kereta, nak keluarkan duit di bank, unit trust, etc. Simpan elok2 n buat salinan byk2 sbb kadang2 pihak bank akan ambil bila kita buat urusan.
Rasanya ni je kot urusan yg saya boleh share. Seperkara untuk ingatan semua, bila kehilangan dgn krg tersayang, surround yourself with people who remind you about akhirat. Kata2 dr org2 sebegini akan membuatkan kita rasa kematian dia adalah satu khabar gembira kerana dia sudah di barzakh, tak lagi berbuat dosa dan disibukkan dgn hal2 dunia.
Semoga Dia juga memberi kita kesudahan yang baik.
* Minta maaf byk short forms n typos. Penat pula jemari gemuk tulis pjg2.
– Pengalaman Balu Clueless

Semoga bermanfaat :)

12 Okt 2017

Belajar Piano Online Percuma

Salam...

Dah lama juga berangan nak main piano..
Namun tak ada starting point kerana famili Kaklong tak pandai main muzik..
Tau dengar dan nyanyi je la... Haha..

Petang tadi lepas settle pos barang, Kaklong search kat youtube kot-kot ada tutorial belajar main piano online.
Ada rupanya.. :D
Tekun tak tekun budak baru belajar ni.. ^^


























Tanpa buang masa, terus amik keyboard, nak belajar.

Keyboard mainan tu Kaklong beli kat kedai mainan haritu.
Kaklong nak beli yang RM120; tapi abang cam taknak belikan je..
Dia tau la tu mesti beli pastu simpan atas rak je kan..
Sebab mana la reti main..

Last-last dia belikan organ mainan yang berharga RM35.
Cam kelakar pulak..
Nampak sangat mainan; nak pi bayar pun segan muka saya.
Takpe la asalkan ada bunyi..
Kalau akhirnya simpan atas rak pun takde la rugi sangat..
Hohoho...

Walaupun organ mainan tapi bunyi dia okay juga..
Siap boleh tukar bunyi alat muzik lain, ada percussion dan rhythm lagi.
Okay la untuk first time belajar piano. Haha..

Berbalik kepada belajar main piano online tadi, banyak juga video tutorial kat youtube, namun ada satu channel ni Kaklong suka.
Piano Keyboard Guide Channel nama dia..
Sebab dia ajar dari asas dan buat demo sekali.
Penerangan dia juga mudah difahami..

Ni video dia yang mula-mula sekali Kaklong jumpa:


Dia ada juga bagi kod lagu dan tunjukkan sekali cara main..
Kaklong agak dia ni betul-betul guru muzik.
Cara penerangan dia sangat jelas, sangat prefesional.

Disebabkan tak hafal key, Kaklong labelkan je la key tu.
Senang sikit nak tekan nanti..
Dah terer sikit nanti I cuba cabut dan hafal key-nya..
Boleh gitu..?

Setakat harini ada 3 lagu je Kaklong belajar iaitu:
- Row row boat
- Baa baa Black Sheep
- Can't Help Falling in Love - Elvis Presley

Kaklong nak cuba lagu "We Don't Talk Anymore - Charlie Puth"; tapi pening.. Hahaha...
Next time la cuba..

Nanti lepas pandai sikit, Kaklong nak cuba goda abang belikan organ RM120 tu..
Ada juga nampak kat kedai muzik, organ berharga Rm300++ dan RM500++
Okay gak kat kalau dapat yang tu..
Mana la tau satu masa nanti Kaklong boleh nyanyi sambil main piano macam Sir Elton John tu.
Hahaha.. (yaaa.. berangan memang best!)

Okay la, kalau korang nak belajar main piano bola la beli organ mainan kat kedai mainan pastu belajar kat youtube (atau channel yang Kaklong tunjukkan tadi)

Kalau rasa tak perlu belajar, belajar je asasnya dan dedahkan kepada anak-anak..
Muzik ni dapat buat kanak-kanak lebih peka dan pandai mengkoordinasikan otak dan jari-jemari..
Apalagi bila mereka pandai menggunakan kedua-dua tangan serenta dalam ritma yang berlainan..

Ini playlist asas piano :



Ini pula kod dan demo piano:


Selamat belajar ^_^

10 Okt 2017

Confession : Angau kat Tom Hardy

Salam.

Satu je sebab Kaklong tak update blog dan tak aktif di media sosial.
Kaklong disampuk angau Tom Hardy 😂😂

Help!
Ia bermula kira-kira sebulan yang lepas.
Tak tau la dari mana puncanya..
Mungkin banyak sangat nampak drama terbaru beliau iaitu Taboo, membuatkan Kaklong mula tonton filem-filem lakonan dia.

Kaklong tengok balik The Drop, Child 44, Locke, Inception dan seterusnya This Means War.
Masa tengok This Mean War tu la sampukan itu berlaku..
Time tu Kaklong suka sikit-sikit je la, sebab charming gila kot dia dalam tu..

Pastu Kaklong tengok pula filem Bronson.
Time ni Kaklong tak boleh brain camana dia bole bawa watak macam ni..
Sangat ketara la perbezaan watak yang dia bawa dalam setiap filem-filem tersebut.

Kemudian Kaklong tengok pula drama british The Take
Serta merta Kaklong pun terus terangau kat dia.
PAdahal dia jadi orang jahat dan kepala otak tak betul kot dalam citer tu..
MAcma mana boleh terangau kat watak macam tu...?
Tapi, lagi dia buat muka jahat dan perangai jahat, bertambah-tambah kecomelannya di mata Kaklong.
Gila betul.

Lepas tu kan Kaklong tengok pula drama The Virgin Queen.
Gila kacak, jambu, menawan, cute dan sebagainya Tom Hardy dalam tu..
Gila Kaklong kene panahan asmara bertalu-talu, sampai jatuh guling-guling sehingga ke dapur lalu patah balik semula.

Apakah ini semua???
Tengok la tu dia ngorat Kaklong (perasan jap..)
Sejak tu hari-hari Kaklong duk tengok drama dan filem dia..
Tengok interview dia kat youtube.
Memang dah angau gila..

Akhirnya beberapa hari lepas, angau Kaklong mulai kebah dan Kaklong perlu kuatkan semangat untuk kembali normal..

Dah lama tak kene angau camni..

First time kene dengan John Lennon, time tu Kaklong sekolah rendah..
Kedua kene dengan Shah Rukh Khan, masa filem Kuch Kuch Hota Hai meletup..
Ketiga kene dengan Eross Sheila on 7, masa Kaklong tau bahawa Eross lah orang yang bertanggungjawab mencipta lagu-lagu Sheila..

Ni keempat, kene dengan Tom Hardy pula..
Namun begitu faktor usia dan kematangan membuatkan Kaklong dapat kembali ke dunia nyata dengan cepat..

Kalau tak, ketiga-tiga angau sebelum ni amik masa setahun dua juga la nak kebah..
Hahaha..
Gila kan..

Okay la..
Diharap dengan confession mengarut ni, angau Kaklong kebah sepenuhnya dan Kaklong kembali normal menjalani hidup yang riang ini sebagaimana yang sepatutnya.. Haha..

Meh Kaklong belanja sikit korang video Tom Hardy yang Kaklong simpan kat youtube.

 Enjoy! ^_^

Wassalam