6 Sep 2017

Pengalaman guna Niagawan

Salam...

Kaklong guna Niagawan untuk rekodkan akaun perniagaan. Bapak senang keje saya.


Selama 7 tahun guna akaun yang create sendiri melalui excell. Bila bisnes makin berkembang, makin banyak pulak kolum kene pecahkan.

Awal tahun ni masuk kelas akaun dan cikgu bagi copy akaun format excell. Bole tahan juga la peningnya (mungkin sebab takde basic, banyak term tak jelas)
Kemudian jumpa kat fb ads orang jual software akaun. Beli!
Software apakebendanya, format excell jugak.
Tapi, memang la satu hape pun tak faham. Tutorial pun takde. Bila minta advice, katanya dia pun tak reti, nanti dia tanya bos. Sampai ceroh senyap.
Beberapa hari kemudian try niagawan.

Tu pun ragu2 juga pada mulanya (akibat dua pengalaman di atas).
Lepas dah try, BEST!
Awal2 dah diberi video tutorial cara nak guna. Takde la terumbang-ambing sorang2.
Dia dah sediakan senarai lejer.
Kat situ Kaklong baru faham, duit mana nak masuk dalam lejer mana. Patut la akaun Kaklong sebelum2 ni pening, lejer pun campur aduk.

Ada juga ruangan stok tau.
Kaklong tak guna function tu sebab dah buat dalam website.
Korang yg takde website bole la rekodkan inventori dalam tu. Nak letak gambo pun bole. Pastu bole print invoice dan receipt jika perlu.

Tak silap Kaklong bole print consignment poslaju juga. Kaklong tak guna function ni sebab dah pakai sistem lain sejak tahun lepas (atau dua tahun lepas?)

Pastu ada juga pengiraan zakat.


Salah satu sebab Kaklong suka niagawan ni, dorang ni terer buat website dan terer akaun, tapi dorang meletakkan diri mereka pada kita yang tak reti akaun. Penerangan mereka cukup ringkas dan mudah faham tanpa perlu menggunakan ayat bombastik dan term budak akaun je faham (merujuk kepada kelas akaun yang Kaklong kebingungan tak dapat nak digest aa benda yg dorang cakap. Bila tanya rakan kelas rupa2nya dorang pun tak faham. Sama hampeh macam aku..).
Pastu dorang slalu follow up dan tanya kalo ada apa2 yg tak faham. Concern sangat kan..

Korang yg berniaga dan takde basic akaun cam Kaklong bole la try.
Lagi awal start akaun lagi bagus.
Dah start buat akaun sebelum​ ada sale lagi bagus.

Ni bukan review berbayar yer.
Ni pengalaman sebenar Kaklong guna niagawan.

2 Geng Kaklong

ya allah uyul mmg cari sistem macam ni kak. thanks kak
http://www.kaklongchan.com/2017/09/pengalaman-guna-niagawan.html

Tinggalkan jejak. Kaklong nak ziarah. :)