16 Sep 2017

Buat Website Ecommerce Sendiri dengan Opencart

Salam..

Selepas website ecommerce hilang hari tu, Kaklong belajar buat website sendiri.
Guna sistem ecommerce percuma Opencart


Hosting rm100/yr.
Domain dah ada masa mula2 guna lot(dot)my dulu.
Beli ngan GoDaddy, 1st year dapat rm4.99 guna kupon, pastu tahun seterusnya rm35 yearly.
Rasanya bole kot dapat murah guna kupon, tapi malas cari.😃😃

Kos keseluruhan rm135 setahun.

Amik masa yang lama sangat nak complete, sebab memang zero pun pasal benda.
Baca tutorial sampai pening. Akhirnya siap.

Opencart ni paparan dia sangat basic macam rangka.
Tapi penggunaan takde limit.

Boleh setting semua currency, cukai, store credit, reward point, ejen, grouping, unlimited variation, payment variation, shipping variation.
Pendek kata kalau subscribe ecommerce yang dah siap, seolah-olah amik pakej paling mahal (ya, yang ribu2 tu)

Walaupun rupa dia macam rangka, kita boleh upgrade paparan dan features dengan guna extension yang disediakan.
Ada extension percuma.
Ada yg $10, ada $30, ada $100.
Tengok pada penggunaan.

Kaklong suka je pakai extension free.
Kebanyakan extension ni direka oleh programmer India, org putih dan Indonesian.
Yang khas utk Malaysia sikit je.

Nasib baik ada programmer dari Sabah buat extension untuk payment, shipping dan payment confirmation versi Malaysia.
Of course la Kaklong beli.

Kepada korang yang nak website ecommerce, nak jimat dan ada banyak masa menggodek, bole la try opencart.
Tapi kalo cepat pening dan masa mencemburui dirimu, beli je yang dah siap.

Macam mana nak buat website ecommerce dengan menggunakan opencart?

1. Beli hosting dan domain
    - search "hosting Malaysia". Biasanya dorang jual both hosting dan domain.

2. Pergi kat opencart.com dan download latest version

3. Selepas masukkan domain ke dalam hosting, boleh login ke Control Panel

4. Guna software FTP utk transfer semua file opencart tu ke dalam control panel hosting tersebut.
    - search "FTP transfer", ada beberapa pilihan untuk korang cuba
    - tutorial ada kat internet dan juga youtube

5. Selesai upload, website dah boleh buka. Setting currency, bahasa, shipping, payment, product dan sebagainya..
   - tengok tutorial kat website opencart > documentation

5. website opencart > marketplace untuk tukar template, tambah apa2 features yang menarik. Ada free, ada berbayar.

Apa-apa yang tak tau dan tak faham search je "how to....... opencart"
Nanti tubik la tu.

Selamat mencuba :)


Selepas dua tahun pakai website tersebut, Kaklong pun upgrade ke version baru.
Malangnya, dah tersilap setting lalu sistem dia corrupted.

Dah buat back-up, tapi buat full back-up.
Sepatutnya buat partial back-up. Kaklong tak tau kenapa kene buat partial backup, tutorial dia tulis macam tu. Kaklong pun dah tersangat panik masa tu.

Sebenarnya ada cara nak preserve tapi Kaklong tak reti.
Kebetulan sangat, itu adalah bulan terakhir sebelum hosting Kaklong expire.
Macam dah sampai masa je kan

Akhirnya Kaklong download fail products, sales dan customers dan mulakan pencarian website ecommerce baru.

13 Sep 2017

Lot.My : Website Ecommerce Kaklong yang Pertama

Salam..

First time Kaklong ada website ecommerce adalah pada tahun 2011.
Kaklong guna perkhidmatan Lot.my


Paparan dia cantik, kemas dan bersih.
Senang navigate.
Proses listing mudah.
Harga pun berpatutatan, boleh bayar secara bulanan.

Kemudian smartphone mula diperkenalkan dan makin ramai pengguna online menggunakan smartphone.
Malangnya lot(dot)my tak upgrade kepada paparan mobile friendly menyebabkan customer Kaklong yang remaja dan muda mudi malas nak drop order melalui website

Pastu Kaklong pun cari ecommerce lain sebagai ganti.
Cari yang murah-murah je, bisnes pun kecik lagi masa tu.
Murah pun ratus juga.
Kalau yang bagus time tu dalam Rm2500 ke atas.
Namun hasilmya tak setanding dengan sistem lot(dot)my

Selain paparan yang mengelirukan seller dan buyer, setting postage dan variation pun limited.
Selepas 2x dapat hampas nyior je, kali ketiga Kaklong dapat juga website ecommerce yang okay.
Okay tu bukan bagus, boleh tahan je la.
Lalu Kaklong pun guna la website itu dengan gembiranya!

Pada suatu hari, website Kaklong hilang!
Web developer tu pun turut sama hilang!

Bila gagal hubungi dorang, Kaklong pun pm kat FB page dia, tiada balasan.
Pastu Kaklong tulis kat wall FB dia pula dengan harapan dia nampak dan hubungi Kaklong semula.
Esok tu komen Kaklong pula hilang.

Rasanya mereka kene kidnap oleh alien (termasuk komen Kaklong tu sekali)
Customer pun duk tertanya-tanya pasal website tu. Dorang nak drop order.

NAseb baek website lot(dot)my masih ada.
Cepat-cepat Kaklong re-direct dorang ke website tu.

Yang paling menyedihkan bukan sahaja customer database Kaklong hilang (dimana Kaklong berjaya retrieved balik melalui carbon copy Poslaju sebelum carbon dia hilang - proses tu lama beb 😢 ); 100 produk yang penat-penat Kaklong listing tu juga hilang.

Yang paling super saiya sedih sekali ialah domain Kaklong yang cantik tu pun hilang (selama-lamanya la nampaknya 😭)
Kalau korang search asmafeltbox(dot)com ; ia on sale dengan harga yang tinggi.
Dorang siap email Kaklong ajak beli domain tu.
Banyak cantik muka kau!

Sebab tu la ni Kaklong beli domain sendiri.
Apa-apa hal domain tu milik kita sepenuhnya, dalam akaun kita, under nama kita.
Time tu Kaklong tak tau apa-apa pun tentang benda ni..
Serah kat dorang yang pandai2 je la. Kita ready duit.
Tak sangka la haprak gak hasilnya.

Akibat peristiwa buruk ni la, Kaklong cari jalan camana nak bina website ecommerce sendiri.

11 Sep 2017

Tiada Siapa Boleh Tolong Jika Ditipu Peniaga Online

Salam..


Ini salah satu komen yang Kaklong screen shot kat Forum Amanz.my
Komen-komen lain yang menyayat hati boleh tengok kat SINI

Kaklong share kat sini bukan untuk kita kecam dia yang mudah-mudah beli barang online mahal-mahal. (kene highlight benda ni sebab sekarang ni zaman kecam mnegecam)

Apa yang Kaklong nak tekankan kat sini ialah:

Tak ada satu kuasa undang-undang pun yang boleh bantu kita sekiranya kita kena tipu beli barang secara online

Ya, kita memang ada medium untuk melaporkan penganiayaan macam ni, tapi itu je la..

Pihak bank tak boleh dedahkan maklumat diri akaun si penipu..

Polis tak boleh nak buat siasatan terperinci memandangkan banyak lagi kes jenayah lain..

Kes kena tipu ni bukan kes curi tau.

Kerana kita rela serahkan wang itu; dan rupa-rupanya orang tu penipu..

Kecuali kalau kita ada banyak duit, upah penyiasat persendirian buat siasatan dan upah peguam untuk dakwa si penipu tu..
Kos dia pun jauh lebih mahal dari wang kita yang ditipu tu.

Ada yang cadangkan buat laporan polis menyatakan silap masuk duit dalam akaun orang lain.
Kemudian laporkan kepada pihak bank dengan tunjukkan laporan tu.
Pihak bank cuma boleh suruh si dia pulangkan wang tu.
Kalau si dia taknak, tak boleh buat apa-apa.

Nampak tak?

Sekarang, penipu-penipu online ni dah tau yang dorang kebal undang-undang.
Dorang tak risau sikit pun.

Kalau undang-undang pun tak dapat membantu, apa yang perlu kita buat?


Beli di Marketplace yang Betul.

Carousell dan Mudah.my adalah marketplace yang berbentuk classified ads
Dia macam bulletin board, kemudian siapa-siapa pun boleh tampal "for sale","jawatan kosong", "help wanted" dan sebagainya. 
Jika kita berminat, kita perlu contact orang tersebut dan berurusan tanpa perlu bulletin board tu masuk campur.

Urusniaga melalui Classified Ads ni lebih baik dibuat secara face to face.
Kalau taknak face to face, terpaksa atas rasa percaya dan risiko sendiri.
Sebab itulah mereka kategorikan mengikut jenis dan negeri.
Malah Carousell siap buat ikut jarak penjual/pembeli dari tempat kita.

Classified Ads ni sesuai sebagai papan iklan untuk perniagaan tempatan / sekitar bandar dimana pembeli boleh walk-in ke kedai kita beli barang, atau Cash on Delivery (COD)


Sebaliknya marketplace seperti Lelong, Lazada dan Shopee adalah marketplace yang berbentuk ecommerce dropshipping.
Ya, mereka adala ejen dropship dari ribuan peniaga. Dorang tak pegang barang.
Dorang ni macam supermarket.
Dalam supermarket macam-macam barang ada, masukkan barang yang korang nak ke dalam troli kemudian bayar kesemuanya sekali kat satu kaunter; ayam, baju, alat tulis, kipas.
Kemudian supermarket akan bayar pula kepada peniaga ayam, peniaga baju, peniaga alat tulis, dan peniaga kipas.

Dalam konsep online, korang transfer bayaran ke akaun marketplace (iaitu Shopee dan Lazada) bukan akaun peniaga.
Selepas barang sampai (dorang trace melalui tracking no) baru la urusniaga selesai dan peniaga dapat bayaran tu.

Sekarang korang nampak tak beza antara dua jenis marketplace ni..?

Oleh itu, sebaik-baiknya kalau nak beli melalui Classified Ads, sila COD.

Kalau taknak COD, suka bayar dan barang sampai ke rumah (macam Kaklong), sila guna ecommerce marketplace.

Adakah ini bermaksud kita tak boleh beli dari peniaga yang jual barang kat FB?
Yang jual barang kat IG? Yang jual barang melalui website sendiri?

Boleh!
Atas risiko sendiri.

Sebelum bayar, bagitau diri sendiri, "Kebarangkaliannya 50% barang akan sampai; 50% aku kene tipu. Kalau aku kena tipu, takde siapa pun boleh tolong. Faham tak? Takde siapa!"

Kaklong berniaga online dah 7 tahun.
Kaklong berniaga kat FB, kat IG, kat website sendiri, kat Classified Ads, kat Ecommerce Marketplace.
Penipu-penipu ni sangat mengganggu.

Bayangkanlah orang nak beli butang RM10 dari Kaklong pastu dia minta IC?
Stressnya..?
Korang ingat tak bahaya ke bagi IC kat anonymous?

Bagi pihak dia pula, dia takot barang tak sampai, jadi dia boleh war warkan yang ornag ni penipu supaya orang lain tak terkena.
Apa dia buat tu betul.

Sekarang ni apa yang Kaklong buat, siapa-siapa yang minta ic, Kaklong akan redirect dia ke ecommerce marketplace instead of my own website.
Maklumkan kepada dia bahawa "selepas sis dapat barang baru la saya akan dapat duit. Dorang akan trace kat tracking no."

Senang sikit daripada try to convince yang kita ni bukan penipu..

Cuba korang bayangkan Kaklong tengah replying whatsapp dengan 10 customer serentak kemudian muncul soalan "macam mana saya nak tau yang awak ni bukan penipu?"

Satu keje pula aku kene buat karangan panjang2 bagi explaination.
Lepas tu dia akan tanya lagi.
Last2 tak jadi beli sebab mak tak kasi.

Ai, penatnya..
Bukan geram kerana dia tak jadi beli.
Geram kerana dia buang masa kita menjawab macam-macam soalan..

Oleh itu, janganlah kita bagi peluang kepada penipu-penipu ni untuk memperdaya kita. TAkde orang boleh tolong!

Control diri sendiri dan buat tindakan yang bijak.
Minimumkan risiko seminimum yang boleh.
Nampak tawaran yang too good to be true, abaikan.
RAsa pelik je orang ni..? Abaikan.. BAnyak lagi kedai lain..
Nak beli barang mahal? Walk-in ke kedai atau COD.
Tak suka pi kedai (macam Kaklong) guna ecommerce marketplace..

Pengguna Bijak, Faedahnya Banyak.

7 Sep 2017

Lunch Kenny Rogers Victory Soup Meal

Salam...

Tengahari tadi sambil-sambil layan customer, Kaklong scroll facebook seperti biasa,
Tiba-tiba ternampak ini..



Terus bersinar mata lalu ajak abang pi Kenny Rogers yang berdekatan; kat Sunway tu.


Ini la yang kitorang dapat.
Beli satu percuma satu Kenny Rogers Victory Soup Meal

Dua hidangan ni cuma RM29.
Tak termasuk harga air.
Air tu harga lain pula.

Ayam dia sedap tau..
Rasa nasi dia pun masyuk je dengan ayam tu..
Cuma kurang syok baked beans tu diganti dengan mesh potato.
Kaklong suka baked beans, namun begitu mesh potato tu pun sedap la juga.

Besar betul hidangan ni.
Kenyang giler dibuatnya.
Patutnya Kaklong tak order air coklat tu..
Minum mineral water dah okay untuk hidangan besar macam ni..

Kalau korang nak try, esok hari last tau e-voucher ni.
Cuma tunjuk poster kat atas tu kat mana-mana cawangan Kenny Rogers berdekatan lepas tu makan la kenyang-kenyang.

Kalau korang jenis perut kecik, order je la air mineral.
Memang kenyang sangat hidangan ni..

6 Sep 2017

Pengalaman guna Niagawan

Salam...

Kaklong guna Niagawan untuk rekodkan akaun perniagaan. Bapak senang keje saya.


Selama 7 tahun guna akaun yang create sendiri melalui excell. Bila bisnes makin berkembang, makin banyak pulak kolum kene pecahkan.

Awal tahun ni masuk kelas akaun dan cikgu bagi copy akaun format excell. Bole tahan juga la peningnya (mungkin sebab takde basic, banyak term tak jelas)
Kemudian jumpa kat fb ads orang jual software akaun. Beli!
Software apakebendanya, format excell jugak.
Tapi, memang la satu hape pun tak faham. Tutorial pun takde. Bila minta advice, katanya dia pun tak reti, nanti dia tanya bos. Sampai ceroh senyap.
Beberapa hari kemudian try niagawan.

Tu pun ragu2 juga pada mulanya (akibat dua pengalaman di atas).
Lepas dah try, BEST!
Awal2 dah diberi video tutorial cara nak guna. Takde la terumbang-ambing sorang2.
Dia dah sediakan senarai lejer.
Kat situ Kaklong baru faham, duit mana nak masuk dalam lejer mana. Patut la akaun Kaklong sebelum2 ni pening, lejer pun campur aduk.

Ada juga ruangan stok tau.
Kaklong tak guna function tu sebab dah buat dalam website.
Korang yg takde website bole la rekodkan inventori dalam tu. Nak letak gambo pun bole. Pastu bole print invoice dan receipt jika perlu.

Tak silap Kaklong bole print consignment poslaju juga. Kaklong tak guna function ni sebab dah pakai sistem lain sejak tahun lepas (atau dua tahun lepas?)

Pastu ada juga pengiraan zakat.


Salah satu sebab Kaklong suka niagawan ni, dorang ni terer buat website dan terer akaun, tapi dorang meletakkan diri mereka pada kita yang tak reti akaun. Penerangan mereka cukup ringkas dan mudah faham tanpa perlu menggunakan ayat bombastik dan term budak akaun je faham (merujuk kepada kelas akaun yang Kaklong kebingungan tak dapat nak digest aa benda yg dorang cakap. Bila tanya rakan kelas rupa2nya dorang pun tak faham. Sama hampeh macam aku..).
Pastu dorang slalu follow up dan tanya kalo ada apa2 yg tak faham. Concern sangat kan..

Korang yg berniaga dan takde basic akaun cam Kaklong bole la try.
Lagi awal start akaun lagi bagus.
Dah start buat akaun sebelum​ ada sale lagi bagus.

Ni bukan review berbayar yer.
Ni pengalaman sebenar Kaklong guna niagawan.

1 Sep 2017

Pemenang Kaklong Merdeka Giveaway!

Salam.

Alhamdulillah, berakhir sudah Kaklong Merdeka Giveaway.

Sebenarnya Kaklong takot sangat kalau-kalau takde orang join.

Alhamdulillah, ada juga yang sudi.
Terima kasih tau 

Aik, takkan abes cenggitu je, pemenangnya mana..?

Ye la. Nak bagitau la ni.

Untuk menambah kan lagi saspen, jom ikuti siaran tertunda secara live cabutan pemenang yang bertuah ini.

Berikut adalah senarai peserta
Kita lipat-lupast masukkan dalam bekas kedap udara
Kocok kocok
Cabut
Jeng jeng jeng!

Tahniah Noor Akma.
Andalah peserta bertuah di hari mulia ini, Hari Raya Qurban.

Sila email Kaklong kat asema84@gmail.com
Ataupun whatsapp kaklongchan.wasap.my

Bagi nama, alamat dan no telefon.
Nanti Kaklong akan maklumkan kepada penaja Giveaway kali ni iaitu Miss Ayuni Rafilah dari Blog Yunfila.com untuk hantarkan hadiahnya..

Jangan lupa ucap thanks pada beliau tau..

Thank you Ayuni!
Kepada peserta lain usah bersedih hati.
Semua peserta kali ni akan Kaklong senaraikan dalam Bloglist sepanjang bulan September.
Suka tak?

Kalau suka senyum sikit.. ^____^
Haa, camtu la..

Okay la, Kaklong nak prepare untuk Giveaway kat IG pulak.
Stay tuned!