Ubah Suasana Rumah

29.8.17

Salam..

Sambungan dari kisah semalam..

Time Kaklong dalam fasa depressed minggu lepas, rasa malas nak buat kerja dan asyik nak mengamuk je..
Kaklong tak bole menulis time macam ni sebab bahasa Kaklong akan jadi sangat dasyat..

Untuk elakkan murung berpanjangan, Kaklong pun cari jalan nak lighten-up the mood..
Akhirnya decide nak kemas rumah..

Bukan sapu-sapu, mop-mop macam tu..
Tapi nak susun balik perabot dalam rumah ni..
Ai. banyak betul kerja..
Dah ler rumah kecik je..

Dua hari juga Kaklong plan dalam kepala nak buat apa dan google susun atur kediaman yang comel-comel.

Akhirnya amik keputusan:

1. Pindahkan bilik kraf yang selama ni duduk kat master bedroom ke second bedroom.

2. Master bedroom tu guna sebagai bilik tidur

3. Kemas dan minimizing bilik stor

4. Kosongkan third bedroom (disebabkan stor tak muat, kitorang guna 3rd bedroom sebagai second stor. Teruk betul.

Sabtu lepas Kaklong start dengan kosongkan second bedroom.
Kemudian pindahkan semua barang craft ke dalam bilik tersebut..
Susah sangat sebab bilik tu kecik sikit dari bilik asal.
Susun punya susun akhirnya berjaya juga.
Yes!

sila abaikan sepah-sepah sikit tu 😜

sebenarnya satu kerusi je nak masukkan.
Barang-barang yang rasa tak perlu untuk kegunaan bilik tu, Kaklong letak luar dulu..
Nanti baru cari tempat untuk dia.
Kalau takde tempat untuk dia, buang!

Hari Ahad Kaklong susun bilik stor pulak..
Barang yang tak perlu semua masuk plastik sampah..
Ada 5 plastik sampah besar kesemuanya..
Macam tak percaya pula banyak macam tu, rumah kecik je..
Haha..

Teknik buang barang yang tak perlu ni ialah, buang je jangan tengok..
Kalau tengok, confirm nak simpan..
Ye la, kalo dah duduk bilik stor selama 2 tahun dan tak ingat dah pasal dia takkan la barang tu perlu pulak kan..

Kemudian kitorang masukkan cupboard besar dalam bilik tersebut.
Barang-barang yang nak disimpan taruk dalam kotak dan labelkan pastu susun tinggi -tinggi sampai ke siling. (siling rumah Kaklong rendah je).
Kaklong cuba minimumkan kegunaan ruang sebab barang dalam 3rd bedroom tu pun nak sumbat sini juga nanti..

Malu pula nak tunjuk gambar stor.
Tapi nanti korang tak caya pulak Kaklong mengemas 😜
Susun sampai siling

Selepas berjaya kosongkan master bedroom, kitorang pun masukkan katil.
Lepas masukkan katil, sapu lantai, pasang cadar, dan kitorang pun call it a day..
Time tu pun dah pukul 9.30 malam..

Baru ni je..
Ya, takde langsir, Kaklong suka cahaya masuk 💖

Almari pakaian masih dalam third bedroom.
Malas nak pindahkan sebab tak sentuh lagi third bedroom tu..
Lagipun banyak baju dan tudung nak sorting balik..
Nak buat harini ke..?

Weekday ni susah sikit nak buat kerja lain sebab nak layan order customer dan pos barang..
Kaklong ni nama je perempuan, tapi tak multi-tasking..
Pengalaman Kaklong bermulti-tasking, hasilnya semua kerja siap tapi Kaklong tak menikmatinya..
Bila fokus satu kerja dalam satu masa baru la rasa syok dan tak kelam kabut.

Itu Kaklong la..
Ada orang boleh multi-tasking dan hasilnya excellent.

Nak tunggu weekend, rasa cam lama sangat je..
Dah la tengah excited ni..

Camana ek?

Nanti Kaklong update.. :>

You Might Also Like

4 Geng Kaklong

  1. Cikla pun sekali kemas rumah memang berbeg-beglah plastik sampah... huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha sama la..
      Macma tak logik pula kan barang banyak macam tu. :D

      Padam

Sila tinggalkan jejak untuk Kaklong ziarah.

Tak tau nak komen apa..?
Komen je, "Wah, bagus la awak ni Kaklong, comel pula tu"
Kui kui kui... :D

AFB Blogs