Centerest.com: Menguruskan Jualan dengan Mudah

13.8.17 Kak Long 8 Comments

Salam..

Dalam dunia yang makin mencabar dimana setiap apa yang kita buat memerlukan wang, semakin ramai yang menjalankan perniagaan sebagai side income.

Malah ada antara kita yang ambil keputusan untuk berhenti bekerja dan serius dalam perniagaan apabila pendapatan sampingan telah melampaui gaji bulanan.

Bukan semua berjaya, tapi jika kena dengan produk, target market dan marketing; in shaa Allah berjaya.

Namun ada beberapa perkara penting yang selalu terlepas pandang dalam menjalani perniagaan :

1. Pangkalan Data Pelanggan (Customer Database)
2. Laporan Jualan (Sales Report)

Kenapa penting?

Customer database sangat penting dalam marketing..
Instead of kita cari stranger untuk ditukar kepada prospek dan ditukar pula kepada client/customer; kenapa kita tak jaga customer yang dah sedia ada supaya mereka repeat belian?

Tau tak, nak ajak stranger membeli tu susah.
Ajak customer yang pernah beli adalah lebih mudah.

Cuba imbas kembali, sejak mula berniaga dah ada berapa orang yang beli barang jualan kita?
Semua pembeli tu adalah customer.
Bukan prospek (prospek ialah orang yang nampak berminat dan mungkin akan membeli tapi tak beli lagi)
Bukan stranger (orang yang kita tak tau dia nak beli ke tak)

Persoalannya sekarang, macam mana nak ajak customer yang pernah membeli tu, datang beli lagi?
Next time Kaklong buat entry pasal tu pula k..

Namun begitu, macam mana nak ajak kalau kita tak tau pun macam mana nak menghubungi mereka?
Disinilah perlunya customer database.
Dengan adanya database ni, bila-bila pun boleh ajak.

Laporan Jualan pula penting untuk kita tau produk apa yang paling banyak terjual dan bila paling banyak buat jualan.
Nak buat akaun untung rugi pun senang.

Cara paling mudah ialah keluarkan resit dalam setiap jualan.
At the end of the day, terus kirakan jumlahnya dan masukkan terus dalam akaun.
Jangan delay.
Percayalah cakap Kaklong.

Ya, Kaklong pernah buat resit ni dalam bentuk hard copy; dan sampai satu masa Kaklong dah tak dapat update setiap hari.
Ye la, kalo dapat 3 order 1 hari okay la nak update kan..
Kalau 40 order 1 hari, kau mampu..?
Mampos ada la... T__T
Apalagi solopreneur cam Kaklong.

Macam mana kalau Kaklong kata korang boleh jimatkan masa dan tenaga dengan hanya sedikit bantuan?
*cing*

Ni nak citer ni.

Pada suatu hari Kaklong telah diperkenalkan dengan satu website ni,
Nama dia Centerest.com

Centerest ni unik tau, sebab ia bukan online shop atau online catalog.
Ia adalah satu ruang untuk kita uruskan jualan.
centerest.com
Disebabkan Kaklong duk cari cara nak uruskan bisnes T-shirt ni, so Kaklong pun try la Centerest ni.

Jom baca review Kaklong mengenai Centerest.

Centerest ni menyediakan tiga fungsi.
Kaklong cuma nak sentuh salah satu fungsi je iaitu Kit Urus.
Yang dua lagi tu Kaklong belum explore.

produk asemastyle
Kit Urus ni adalah ruang dimana kita uruskan produk jualan,  pembelian dan pelanggan.
Kat sini juga kita bole dapatkan maklumat Laporan Jualan dan Customer Database.

Contohnya dalam bisnes Kaklong, Kaklong jual T-shirt.
So Kaklong letak 4 produk je.
Detail T-shirt tu nanti Kaklong akan tulis semasa drop order.

Nak tulis semuanya satu persatu pun bole juga.
Tapi malas.
Banyak kot saiz dan design..
Kalau produk korang sesuai tulis satu persatu, silakan..

Order asemastyle
Ni pula ruangan order.
Ada ruangan untuk tracking number dan tukar status.
Bila klik tracking number tu ia akan bawa kita direct tengok kat mana barang tu berada sekarang.
Jadi tak perlu check kat website Poslaju. Jimat masa. :D

Icon whatsapp tu pula berfungsi untuk update tracking number kepada customer.
Cuma tambah lagi a few clicks and done!

Kat ruangan order ni la korang boleh buat laporan jualan.
Dengan sistem yang kemas macam ni, korang boleh jumlahkan berapa jualan pada bulan tersebut dan produk apa paling tinggi jualannya.

Sebulan sekali pun boleh update.
Jimat masa! :D

asemastyle customer database
Ini pula customer database yang Kaklong maksudkan.
Yang bestnya, setiap kali drop order, info customer akan tersimpan secara automatik.
Next time customer tu order, cuma perlu masukkan loyalty code dan nama, alamat no telefon beliau automatik dimasukkan.
Senang!

Sebelum ni database customer Kaklong salin semula ke dalam spreadsheet.
Tapi tu la, dua kali kerja pula.
Pastu susah juga la nak cari apabila jumlah customer cecah ribuan orang T__T

Dengan sistem Centerest ni, apa-apa hal, search je..
Senang sikit kerja.
I really like it. :>

Pada pendapat Kaklong, paparannya Centerest ni nampak kemas dan bersih.
Mudah digunakan dan mudah nak check balik order sebelumnya dan customer yang sedia ada.

Paling penting database customer disimpan secara automatik dan mudah urus jualan serta buat laporan jualan.

Kepada online seller yang tengah mencari sistem yang memudahkan kerja boleh cuba Centerest.com
Kaklong dengar dorang akan tambah beberapa function lagi.
Function apa agaknya tu..?

8 ulasan:

  1. bagus info ni untuk yang buat online business. tq share yer kaklong.

    BalasPadam
  2. Baru dengar pasal centerest ni. Bagus ye utk urusan perniagaan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Website baru ni. Dibina oleh anak Melayu.
      Banyak jimat masa kan.. :)

      Padam
  3. Saya dah kongsikan link entry ni ke gerup watsap saya. Mungkin adaa yg minat. Saya tak ada bisnes kalau ada beguna betul walau pun entry ni belum lengkap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi share.
      In shaa Allah Kaklong akan tulis sekuelnya dalam masa terdekat. :)

      Padam
  4. ehh..! bagus ni.. kenapa saya tak tahu pasal website ni dari dulu lagi...! hehehehehee.. okey lepas ni nak explore.. :)

    ...

    BalasPadam
  5. First time ana dgr psl web ni. Bgs utk keep record. Senang nak buat akaun dan audit nanti.

    BalasPadam

Tinggalkan jejak. Kaklong nak ziarah. :)