Balik Kampung 2 minggu

by - 1.8.17

Salam.

Kaklong dah 2 minggu duduk kat kampung. Balik sebab ada hal sikit. Ni dah masuk 3 minggu ni kena la balik ke pangkuan suami tercinta. Huhuhu..

Ikutkan hati malas je balik.
Seronok duk kampung dengan ayah, ibu dan adik2 serta anak buat yang comel dan banyak mulut tu.

Tapi mana boleh. Bisnes Kaklong tu Cik Abang yg tolong packing dan pos setiap hari selama Kaklong kat kampung ni. Stok pun dah kurang katanya. Kaklong kene check dan order stok baru la balik ni.

Sepatutnya dah balik minggu lepas, pastu Cik Abang berjaya apply cuti 3 hari, jadi 2 hari lepas dia balik kampung dan kitorang akan balik Penang minggu sama-sama hari esok.

FYI, kami ni sekampung. Rumah mertua cuma dalam 1 km je dari rumah orang tua Kaklong. Haha.. Hebat tak.?

Lagi hebat ayah n pak mertua tu sebenarnya kawan baik dan kami pun disatukan oleh mereka. Nampak sangat kami berdua ni anak yang baik gitew. Cewah minta puji.

Banyak keje nak buat balik ni.
Haaaa...
Malasnyaaaa... 😖

Balik ni Kaklong akan settlekan dulu bisnes online.
Pastu baru update Blog Kaklong.

Macam-macam idea nak tulis, cuma Kaklong malas nak edit gambar.
Kalau boleh nak semua entry yang ada tulisan je, takde gambar. Boleh tak?

Cam tak meriah la pulak kan.

Wassalam

You May Also Like

4 Geng Kaklong

  1. seronoknya kalau banyak cuti boleh balik kampung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok.. Kali ni dapat cuti 2 minggu :D

      Padam
  2. hahahahhaa model yang last tu amboi kemain sangat. Selamat bercuti kaklong! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Model tu memang suka selfie. Macam2 muka pulak tu.
      TQ Farhana ^^

      Padam

Komen la sikit ^^

recent posts