9 Tips Membida di Chilindo

by - 17.8.17

Salam..

Dah baca kisah Kaklong shopping di Chilindo?

Okay, kali ni Kaklong nak share 9 Tips Membida di Chilindo.

chilindo.com
Tips ni Kaklong guna-pakai time bidding.

Kenapa perlu tips ni?

Tips ni hanya peringatan supaya korang tak rugi membida di Chilindo tu nanti.
Bidding ni sangat addicting dan buat kita over-excited tau..
Sebelum rugi, better peringatkan diri sendiri..

Apakah 9 Tips Membida di Chilindo?


1) Tetapkan maksimum bid

Sebelum mula membida korang tetapkan harga maksimum yang korang sanggup bayar untuk barang tu. Contohnya : max nak bayar adalah RM5 je untuk screwdriver ni.

Lepas set harga tu, baru start bid. 
Bila harga tu dah lebih RM5, berhenti membida.Tunggu next bid. 

Selepas 3x bid screwdriver tu, korang akan dapat harga average yang orang sanggup bayar. Contohnya RM8 untuk screwdriver tu.
Pastu korang decide, berbaloi ke bayar RM8 untuk scredriver tersebut?

Kalau berbaloi, naikkan max bid kepada RM8 dan dan bid sekali lagi.
Kalau ta berbaloi, lupakan screwdriver tersebut dan beralih ke barang lain.


2) Compare dengan harga paling murah korang boleh dapat.

Sebelum bid cuba ingat kat kedai paling murah korang boleh dapat berapa.
Ada tak jual kat kedai RM2? Ada tak kat Daiso? Ada tak kat pasar malam. Berapa harganya kalo beli kat sana?

Kalau tak tau harganya (contohnya beg tangan, kasut sukan, basikal), cuba search kat marketplace lain harganya berapa.

Kemudian tetapkan maksimum harga seperti tip pertama tadi.


3) Nak pakai ke tak?

Sebelum bida tanya diri sendiri nak pakai ke tak barang tu?
Kalau taknak pakai, jangan beli.. Rugi je..


4) Elakkan Barang Elektronik

Ramai yang komen barang-barang tu kualiti pasar malam.
Oleh itu ada kemungkinan barang-barang elektronik dia murah rosak atau tak tahan lama.
Warranty pun mungkin tak ada.

Mungkin dia ada polisi pemulangan semula dan sebagainya, tapi leceh la..
Apalagi kalo barang tu dalam 5 ringgit camtu..

BArang elektronik better beli kat kedai elektronik dan berkualiti.
Nak pakai lama kan..


5) Stop bila over-excited

Selepas membida beberapa barang, korang akan rasa seronok dan over-excited.
Terutama bila last-last minute orang lain pula dapat..
Apalagi masa bida tu 15 minit, setengah jam gitu..
Rasa geram je bila kena start balik..

Bila dah over-excited macam ni, better stop kejap..
Kembali semula ke realiti.
Lepas bertenang dalam setengah jam camtu, baru bid semula.

Kenapa kena bertenang setengah jam?
Sebabnya, pada awal bid tu niat nak dapatkan barang murah.
Bila over-excited niat tu dah berubah kepada nak menang.
Terutama apabila tengok orang yang sama tu je duk lawan bid.
Geram tau...
Tak puas hati kalau tak menang..

Last-last menang dengan bayar RM39, padahal kat kedai RM9 pun boleh dapat.
Jangan jadi macam Pak Kaduk. 
Menang sorak, kampung tergadai.


6) Jangan lawan bidder Thailand

Tengah-tengah syok bid tetiba muncul bidder dari Thailand bid harga tinggi-tinggi. 
Lagi kita bid, lagi dia lawan.
Terutama jenis yang auto-bid tu..

Jangan layan sangat... Jangan lawan..
Bagi je dia menang dan tunggu next bid.


7) Jangan bid pada saat-saat akhir

Nampak ada 5 saat lagi nak abes bid, tinggi pulak tu harganya..
Time ni jangan bid.

Sebabnya ada kebarangkalian korang bid serentak dengan sorang atau dua orang lagi bidder.
Time klik tu korang nak bid RM15.
Lepas refresh, tengok-tengok harganya jadi RM24.
Dah la korang pulak highest bidder tu.

OMG! Kenapa macam tu..?
Sebab kebarangkalian RM15 tu dapat kat Si A, RM19 dapat kat Si B dan RM24 dapat kat korang..
Percayalah, Kaklong dah kena..

Tinggal 5 saat lagi, biarkan je dia pergi.
Tunggu next bid.


8) COD

Dah berjaya dapat 20 barang dengan harga rendah?
Tahniah!

Kena bayar berapa? 
RM124+RM8(kurier)

Jangan kurier, guna COD. BArang sampai baru bayar.
RM124+RM12 (COD). Bayar je extra RM4 tu.

In case barang tak sampai takde la rugi.


9) Sila bayar, Jangan buat don't know je.

Ada juga orang bagi tips, "bid je pastu jangan bayar. Nanti barang dalam cart tu akan hilang. Hihi."

Jangan buat macam tu.
Walaupun dia tak kenal kita, Allah tau apa kita buat kan..
Perbuatan kacau bid tu dah buang masa dan tenaga orang lain yang serius bidding..
Dalam dunia yang tak cukup masa ni, ada saudara kita yang curi masa bidding barang murah untuk kegunaan asas.
Dan disebabkan kita yang "suka-suka bid tapi taknak bayar pun" ni dorang dah rugi banyak masa dan data internet.

Tolong jaga akhlak.
Jangan sampai orang Thailand anggap, "Orang Melayu Islam Malaysia ni 80% bid tapi tak bayar. Teruk betul orang Melayu Islam Malaysia."

Tak pasal-pasal dah Melayu kena, Islam kena, Malaysia pun kena; hanya kerana kita "suka-suka".
Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Semoga tips ini bermanfaat.. 
Happy bidding :>

You May Also Like

18 Geng Kaklong

  1. Nasib baik tak terjebak. Pernah sekali try2 tapi tak reti pun pasal bid2 ni. Rasa boring sungguh duduk dalam tu. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Bagus2. Better jangan terjebak nanti susah nak berhenti.. :D

      Padam
  2. Mama pun terjebak kaw2 dah ni haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. COntrol sikit mama..
      Memang addicting :D

      Padam
  3. Okay tips yang bagus la kaklong ! Nanti kin nak cuba. kot2 dapat bid brg harga murah kan.

    BalasPadam
  4. Betul info yang diberikan... sama jugak macam yang selalu dibuat masa membida... kalau dapat bid sama dengan org thailand bagi jerlah... kat dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. KAn.. Kalau dilayan sangat kita yg rugi nanti..

      Padam
  5. suami cik ash dah terjerebak beli barang tapi lambat sampai dah seminggu lebih.. emmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lamanya..
      Ada juga terbaca dorang cakap barang takde stok..
      Takde stok kenapa listing. Penat kita tunggu.. :(

      Padam
  6. LZ dah banyak berhabis kat Chilindo ni.. Mmg harus elak lepas ni sbb byk sangat belanja tanpa perancangan.. Chilindo really addicted Kak Long.. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..
      Kaklong pun ada ushar2 lagi minggu lepas..
      Kena betul2 kawal ni kalau tak tiap2 minggu la membeli :D

      Padam
  7. Masih belum membeli dr chilindo ni. Maybe sebab takde rasa keperluan utk membeli. Tp ramai yg dh beli dan harga semua berbaloi2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus la.. Kaklong pun menahan diri dari membeli ni. :D

      Padam

Komen la sikit ^^

recent posts