Search

Review Lipstick IN2IT

15.6.17


Salam..

Semalam dah review lipstick pink yang terang dan cute tu yang Kaklong beli masa shopping kat Watson haritu.

Kalo lipstick Maybeline semalam tu jenis matte dan kaler pink; lipstick kedua ni Kaklong nak cari jenama lain pula jenis glossy.
Warna pun taknak pink. Nak cari colour natural ala-ala coklat sikit nak bagi bibir nampak kurang pucat dan enhance my beauty.
Ye la tu beauty sangat. Haha..

Bole la pakai masa pergi kedai runcit, buang sampah, sidai kain dan sebagainya..
Ceh, buang sampah pun kene pakai ke.. Kikiki..

Pilih punya pilih, akhirnya Kaklong amik lipstick IN2IT Moisture Intense Lipstick.
Dari namanya dah tau ia jenis lembab dan glossy gitew,
Range harga dia pun lebih kurang macam Maybeline (maybe murah sikit).

Amik masa juga la nak pilih warna, sebab Kaklong tak biasa dengan warna coklat.
Ditambah pula lampu kat situ warna oren-oren sikit; maka warna dia tu nampak kurang jelas..
Takot teramik yang gelap sangat, atau yang pucat sangat.
Selepas pilih dan minta pendapat Cik Abang, akhirnya Kaklong pilih warna Cognag

Review LipstickIN2IT Cognag
Lawa kan warna dia ♡
Bila sampai rumah, nampak macam warna coklat kemerah-merahan pulak..
Kat Watson tadi nampak macam coklat.
Takpe la. Jom kita try..
Trying LipstickIN2IT
amacam?
Nampak macam merah gelap kan..
Warna dia pun lawa..
Warna dia menonjolkan personaliti yang matang, serius dan berkuasa. Cewah ayat.
Okay Kaklong bayangkan warna ni sesuai untuk lady boss, wanita korporat, doktor, peguam; pendek kata mereka yang profesional, berkeyakinan tinggi dan tak teragak-agak dengan apa yang mereka buat.

Satu lagi yang Kaklong suka ialah bekas dia yang cantik.
Berwarna perak berkilat dan almost plain.
Nampak sangat minimalist dan exclusive.
Dan masa korang putarkan lipstik tu, dia punya feel tu macam mahal beb.
Seolah-olah macam ada roda/hidraulic dalam tu.
Ntah la nak cakap, dia bukan macam Myabeline semalam.
First time merasa putaran yang macam tu. Tak reti nak explain.

Memandangkan lipstick ni jenis moist, maka ia tak kekal lama terutama selepas makan,
Kene re-touch untuk kekalkan warnanya.
Namun bibir kita nampak berkilat dan beri aura yang segar.
Nak bersihkan pun senang.

Kalo korang nak people take your seriously boleh la try pakai warna ni.
Mana la tau cepat naik pangkat dan lelaki2 gatal tu tak berani nak lebih-lebih kurang ngan korang.
KAdang2 pakai pinky ni orang akan ingat kita ni kebudak-budakan..
Pakai red pulak orang ingat kita ni flirty..
Padahal kita saja je suka kaler-kaler tersebut.

Apa warna lipstick kegemaran korang?

You Might Also Like

10 Geng Kaklong

  1. sy dulu2 x penah pakai warna merah terang. Selalunya kaler nude atau pink. baru2 ni beli merah terang bila pakai terus Nampak muka lagi ceria sampai kawan2 pon suka bila saya pakai lipstik merah dari kaler nude/pink

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah! Seronoknya.
      Mesti rasa lebih bersemangat setiap hari. Yosh!

      Padam
  2. Nurul ada lipstik ni.. sangat cantik warna dia.. :D

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/06/petua-hilangkan-jeragat-secara.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantek kan.
      Kaklong pun bole kata hari2 pakai lipstik ni. :D

      Padam
  3. Cantik color Tu. Mama mmg suka in2it

    BalasPadam
  4. Takde coklat sangat la kak. Nampak merah mengaum jugak. hihi. Cantik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak merah juga ek.. Alaaa.. Kene beli baru lagi la ni..

      Padam
  5. Cikza pakai pink alarm huihh! Cantikk tau! Skang ni kengkawan duk sibuk nk kirim

    - www.cikza.com -

    BalasPadam

Sila tinggalkan jejak untuk Kaklong ziarah.

Tak tau nak komen apa..?
Komen je, "Wah, bagus la awak ni Kaklong, comel pula tu"
Kui kui kui... :D

AFB Blogs