22 Mei 2017

Ulasan Filem : Alien Covenant

Salam.

Artikel ni ada spoiler yang berlambak-lambak.
Kali ni Kaklong tak pink-kan spoiler.


Alien Covenant 2017

Sinopsis Alien Convenant

Mengisahkan sebuah kapal yang bawa satu koloni besar termasuk sebuah/seorang android untuk ke planet lain untuk meneruskan hidup. Satu kemalangan telah berlaku yang telah membangunkan anak kapal. Kemudian mereka menjumpai sebuah planet yang seakan-akan bumi dan boleh didiami. Disebabkan ramai anak kapal tak berani nak tidur semula, mereka pun pergi ke planet tu untuk explore dengan lebih lanjut; mana la tau kot-kot boleh hidup kat sana? Apakah yang menanti mereka di planet tersebut?

Plot :

Mulai dari sini Kaklong akan bongkarkan plot dari awal hingga akhir. Spoiler pun penuh takde cover-cover. Oleh itu sila fikir masak-masak sebelum baca.

Kapal angkasa yang mereka naiki tu, semua manusia termasuk anak kapal pun tidur berpuluh-puluh tahun. Kapal tersebut dikendalikan oleh android bernama Walter (sama seperti David kalo korang tengok Promentheus). Namun kemalangan yang tak semena-mena tu membuatkan Walter terpaksa mengejutkan anak kapal, malang sekali kapten dia mati terbakar semasa kapal tu mengalami kerosakan, maka penolong kapten yang kelihatan lemah jiwa tu menggantikan tempat kapten.

Tiba-tiba mereka menerima satu signal berbunyi lagu orang putih. Pelik tu, cari punya cari akhirnya jumpa pun punca signal. Ia dari sebuah planet yang seakan-akan bumi dan sesuai didiami manusia. Kapten mengarahkan mereka ke sana, tapi pegawai tertinggi tak bersetuju, patut teruskan sahaja perjalanan seperti yang dirancang; namun ramai anak kapal rasa risau nak tidur balik selepas kemalangan tadi dan kes kematian kapten asal mereka. Akhirnya mereka pun bersetuju pi jenguk je planet tu.

Sesampainya ke planet tersebut menaiki kapal kecil mereka pun memulakan eksplorasi dan menjumpai ladang gandum. Semangat mereka membuak-buak dan tak sabar-sabar nak cari penduduk planet tersebut, Akibatnya 2 dari mereka telah terkena jangkitan habuk terbang. Sorang masuk melalui telinga, sorang masuk melalui hidung.

Salah seorangnya berjaya dibawa kembali ke kapal untuk dirawat. Malangnya, tiba-tiba tubik seekor makluk aneh dari badan pesakit. Salah seorang anak kapal terkejut gila babeng lalu kuncikan bilik tu bersama-sama dengan perawat yang tidak bersalah. Ntah dari mana datangnya keberanian dia pun masuk balik ke bilik tersebut untuk tembak makluk tu. Malangnya akibat kepanikan yang tak terkawal dia pi tertembak gas ke apa ntah, terus meletup kapal tu.

Satu kumpulan lagi yang on the way ke kapal terkejut tengok kapal dorang meletup dan salah sorang lagi anak kapal yang terjangkit tu pun keluar juga makluk asing dari tubuhnya. Tengah duk menembak makluk asing yang melocat-loncat tu, tetibe muncul sorang manusia menyelamatkan mereka. Orang itu adalah android bernama David (rujuk Promentheus). David bawa mereka ke tempat perlindungan dan menceritakan tentang peristiwa 10 tahun lepas dimana beliau dan Dr Shaw datang ke planet ni malangnya alien dan membunuh semua makhluk hidup dan Dr Shaw telah meninggal dunia. 

Kemudian alien yang meloncat-loncat tadi telah menyusup masuk dan membunuh seorang demi seorang dengan brutalnya. Akhidnya David mendedahkan bahawa beliau lah yang telah membuat penyelidikan terhadap makhluk ni dan akhirnya mencipta makluk alien yang ganas tu. Memandangkan David hanya android, maka dia takde perasaan dan menganggap manusia ni hanya bahan eksperimen biologi, tak ubah seperti kita manusia yang bereksperimentasi terhadap haiwan, serangga, bakteria dan virus. David juga yang telah mempergunakan biologi Dr Shaw untuk kajiannya. Kini beliau seolah-olah berminat dengan heroin tu pula mungkin sebagai pengganti Dr, Shaw.

Sedang Walter berkarate dengan David, kapal besar pun sampai dan mereka berjaya menyelamatkan diri; Walter pun sempat masuk. Alien yang degil tu cuba juga masuk, namun gagal dan mati di tangan heroin. Mereka berjaya meninggalkan planet tersebut.

Namun begitu (tak abes lagi rupanya) tengah sedap-sedap tidur, mereka dikejutkan dengan kehadiran alien yang sempat menjangkiti sorang lagi anak kapal. Sempat alien bunuh 2 orang. Mereka pun berhempas pulas menyingkirkan dia.

Akhir sekali, dua orang yang tinggal ni pun masuk tidur semula hingga sampai ke destinasi kira-kira beberapa puluh tahun lagi.

Review:

Tak best.
Perdictable dari awal hingga akhir.

Byk kelemahan kat plot.
Scene panik pun tak menjadi. Pelakon2 tu je yg panik, kita yg tonton ni tak rasa pun kepanikan tersebut. Tak rasa takut, tak rasa cemas, cuma tengok je.

Menyampah jugak tengok anak kapal tu panik sampai letupkan kapal sendiri, dan tindakan dia yg nampak sangat tak layak mengikuti ekspedisi ni sebagai anak kapal. Awal-awal lagi dah terpekik-pekik panggil kapten, pastu pergi lock kawan dia dgn mangsa alien tu. Lepas tu bole pulak buka balik pintu tu nak tembak alien. Dah lock, lock je la, pegi buka pulak. Bodoh betul. Sape approved dia join anak kapal? Ni mesti pakai kabel ni.

Pasti ada yang backup "ala, dia terkejut tengok alien, ganas pulak tu alien. Tu yang panik tak tentu pasal sampai letupkan kapal. Kalau kita pun gitu juga." Yer.. Memang la kita orang biasa-biasa ni akan terkejut gila nampak benda tu. Tapi mereka yang duk dalam kapal angkasa untuk berhijrah ke planet lain sambil bawa 2000 orang koloni bukan orang biasa-biasa. Mereka kan insan terpilih dan terlatih. Dah tau mendarat kat planet asing, of course la ada makhluk asing. Takkan la tak tau benda ni dan takde SOP untuk handle benda camni, Geram pulak aku tengok.

Kapten tu pun lemah sangat jiwanya (kapten yang sebenar tu awal-awal lagi dah mati, maka dia gantikan la. Maybe dia penolong kapten kot) Apa hal la penolong kapten lemah sangat macam ni? Time suami anak kapal bersedih pandai pulak dia suruh calm down. Tapi bila bini dia mati tau pulak dah trauma berjam jam. Sape la yang appoint dia jadi kapten.

Heroin tu pun nmpak takde sifat hero. Nampak sedih je 24 jam, langsung tak memberi semangat kpd penonton dan anak kapal. Lakonan yang mengecewakan; nampak macam memang berlakon. Kita yang menonton ni pun takde feel. Better lagi watak juruterbang senior tu; nampak gak karakter heroic dia tu.

Ada juga kesilapan yang sesaja je pi buat. Sebab kalo takde silap tu tak jadi la cerita. Logik la kan, dah sampai kat planet lain, walaupun sensor cakap environment ni sesuai untuk manusia, tapi takkan la keluar kapal tak pakai penutup muka / helmet angkasa tu kot. Walaupun ada oksigen semua, namun kita masih lagi kat planet yang tak tau didiami oleh siapa; mikroorganisma jenis apa. Nampak sangat cetek ilmu kat situ. Dah ler cetek ilmu, lagi berani nak bawa koloni pi planet yang tak tau asal usul.

Kaklong ada tengok dokumentari arkeologi yang jumpa makan Firaun kat Mesir tu mati akibat jangkitan paru-paru sebab terhidu kulat masa menjumpai makam tersebut. Itu yang berlaku kat planet bumi, tahun 60-1n atau 70-an kalau tak silap dan dia tu arkeologis, bukan biologis ke apa. Ni pergi planet lain boleh pulak selamba badak tak pakai protection apa semua. Nak je aku tampor sorang-sorang. 

Tak excited menonton filem ni sebab dah dapat agak dah apa akan jadi. Mengecewakan.
Ingat ada la juga scene atau flashback kisah David n Dr Shaw, rupa-rupanya dia bercerita dan scene berbual-bual je. Panjang pulak tu dia bercerita. Plot pun tak banyak dalam ni. Boring la sikit.

Scene last tu ada plot twist, tapi ntah kenapa kaklong dapat agak tu ialah David bukan Walter. Kenapa dapat agak? Ntah la mcm nampak sangat kot.

Scene last sebelum tidur ni macam sesaja je tanya pasal nk bina kabin tu. Elok pulak tu masa dah lock baru terfikir nak tanya. Bila Walter tak respon  baru tau itu adalah David. Cisss.. aku dah tau sejak dia naik kapal tu lagi. Tak tau la kenapa bole tau. Predictable sangat kot. Terutama time dia stapler-stapler muka tu. Nampak sangat kot dari reaksi muka dia tu.

Lagipun apahal tak pasal-pasal je tanya pasal kabin tu sebelum tidur? Macam takde apa-apa perbualan atau perkara yang menjurus kepada soalan yg tak pasal-pasal tu. Nampak sangat pakai tangkap muat je nak jadi plot twist konon. Soalan tu macam tak pasal2 je. Kaau pementasan sekolah buat skrip gitu bole diterima la kot. Cari la idea lain yg buat dia tau itu bukan Walter.

Tak baca sebarang review pun sebelom tengok filem ni sebab nak tengok dengan penuh excited.
Last last hampeh je dapat.

Kaklong bagi 4/10 je sebab tak best!

Wassalam

4 Geng Kaklong

Hahaha.. nak tergelak baca review kak long.. ohsem..

elsa tengok movie nie tapi susahnya elsa nak faham haha. sebab tak fokus kot

Haha. Macma kejam sangat.
Tu la tulis dalam keadaan geram. XD

Kan...
Rasanya dia ada kaitan dengan filem2 alien yang lain (macam sekuel prekuel macam tu). Kurang syok kat situ.

Tinggalkan jejak. Kaklong nak ziarah. :)