Review : Sebulan guna set kurus, naik sekilo lebih

by - 10.5.17

Salam...

Ingat tak Kaklong ada beli set kurus haritu..
Malas nak sebut nama,  kalo rajin belek korang jumpa la..

Genap seminggu Kaklong consume, naik sekilo..

Minggu kedua kekal..

Minggu ketiga kekal..

Minggu keempat kekal..

Minggu kelima kekal..

Wow!

Hebat kan kesan dia..

Semasa minggu pertama tu naik sekilo, seller cakap ada banyak reason antaranya bla bla bla..

Pastu Kaklong respond (kalau tak respond macam kurang sopan pula kan)

"Mungkin juga sbb saya selalu tido lewat. Biasa pukul 2 baru tido."

Seminit kemudian dia pun naik satu post kat FB:

"Tau tak? Tidur lewat pun boleh gemuk. 
Dah tidur lewat tu mesti nak makan itu ini. Insoflah!"
Lepas tu taruk smiley ketawa sampai nanges..

Post ni dia up pada pukul 1 pagi..

Erm...

Aku kenal ramai je orang tido lewat, kurus kering je dorang..

Aku kenal ramai je tido pukul 10, gemuk2 je dorang..

Makan macam-macam kalo tido lewat..
Tak tau la orang lain, kalo ditujukan untuk Kaklong, itu fitnah.

Dah 3 tahun rumah Kaklong takde kudapan (kacang, snek, roti, biskut dll)
Dah 3 tahun rumah Kaklong takde minuman lain kecuali air masak dan kopi teh untuk Cik Abang, itu pun dia bancuh sendiri sebab tau Kaklong tak minum manis dah..

Okay, langsung tak minum manis tu tipu la kan..
Makan luar minum je manis, kadang2 beli wonda coffee..
Ada la seminggu sekali dan makan sedap..

Setiap kali rasa lapar Kaklong togok air masak je nak bagi hilang lapar, punya la nak elak makan dan gula..

Pastu orang cakap macam ni pula semata-mata Kaklong gemuk dan tak turun walaupun diet, walaupun makan ubat kurus..

Sedap kan mulut dia..

Ni review Kaklong selepas consume setiap produk tu..

Minuman soya tu Kaklong minum 2x sehari..
Lepas minum pagi perut Kaklong jadi lapar sangat..
Lapar sampai menggigil, last2 kene masak untuk lapik perut ni..
Rasa macam rugi pulak..
Ingatkan ia boleh mengenyangkan selama beberapa jam, sementara tunggu tengahari..
Rupa-rupanya minum soya segelas, pastu makan pagi pulak..
TwT

Ubat pelawas tu baunya sama seperti teh detox yang pernah Kaklong minum..
Kesannya?
Pada Kaklong teh detox tu lagi lawas..
Dua-dua pun buat sakit perut, tapi teh detox lebih lawas.
Macam kurang berbaloi sakit tapi keluar sikit..
Better sakit dan keluar banyak..
Kalo korang faham la maksud Kaklong..

Dan pelawas yang terbaik yang pernah Kaklong consume ialah..
Detox water yang buat sendiri..
Perut tak sakit, cuma rasa nak membuang dengan kerap (2 3 kali juga la sehari)
Dan dia keluar dengan lembut dan habis..
Tak terputus dan tak cair serta tak menyakitkan...

Kalo korang nak try, ni resepi dia:

1.5 liter air panas
1 uncang teh hijau
Sebiji lemon (dihiris bulat2)
Sebiji oren (dihiris bulat2)

Lepas sejuk tu, simpan dalam peti..
Esok pagi minum la sikit2 sampai abes..
Lepas abes tambah air biasa dan simpan lagi semalaman.
Esok tu minum lagi sampai abes..
Pastu buang la sisa oren dan lemon tu..

Buat yang lain pula..

Kaklong pun dah start balik semalam..
Ni bukan untuk kurus, tapi untuk cuci perut..

Yang satu lagi tu cuma minyak ikan..
Dia memang bagus sebagai sumber omega-3.
Tapi bukan penyumbang utama utk kurus.
Kalo tak pasti Kaklong dah turun dah at least sekilo..

Ni stagnant je..

Kesimpulannya:

Kalo makan ubat kurus dan berjaya kurus, thanks to ubat tersebut,

Kalo tak berjaya, bermakna kita yang salah, maka kita perlu makan lagi dalam seratus botol baru kurus.. Kalau gagal juga walau selepas 100 botol, memang kita salah la..

Set kurus tu masih ada sikit lagi..
Kaklong akan habiskan..

Tak tau la lepas ni nak cari ubat lain lagi atau..
Atau apa...?
Hahaha..

Diet dah..
Senaman pun dah..

Mungkin kene buat workout dengan profesional trainer barulah menjadi kot..

Spend Rm400 utk ubat kurus vs RM400 utk trainer..

Trainer RM400 sebulan ke? Ntah..

Wassalam..

p/s : Nak baby..

You May Also Like

4 Geng Kaklong

  1. Mkn secara sihat je kaklong..portion syur2an lebih2kn..nasi tu kurang2kn portionnya..senaman n kawal stress..hehe..takut la mkn ubt kurus bgai nie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la Kaklong dah diet dan workout bertahun-tahun, maintain je tak turun.
      Ingat dapat la turun sekilo dua guna ubat ni.. Nan hado :(

      Padam
  2. Kak long.. boleh kuruskan badan dengan cara sihat. Kawan Siqah amalkan pemakanan sihat je. Nasi segenggam, malam makan lauk je, jadikan buahan snacks dan turun juga berat dia. Haa satu lagi, kena exercise jugaklah. Janganlah makan ubat kurus lagi kak long. Seram dengar. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kene cari cara lain la ni. Mungkin kene workout lebih lagi. Sejam sehari kot, tiap2 hari.
      Maybe memang tak wujud kot ubat kurus ni. :(

      Padam

Komen la sikit ^^

recent posts