Review Filem : Split

by - 13.5.17

Salam..

Korang mesti dah tengok cite Split haritu kan..
Siapa belom tengok, spoiler tulisan pink 

Filem Split

Tengok poster dia pun Kaklong takde rasa nak tengok..

Tapi dapat banyak juga feedback positif.
Semalam, lepas abes buat kerja semua, Kaklong pun spend 2 jam menonton filem ni.

Filem Split ni diarahkan oleh M. Night Shyamalan dan teraju utamanya James McAvoy (Professor X versi muda tu)

Ia mengisahkan seorang lelaki yang ada variety identity.
Kita pernah dengar kan tentang split personality, iaitu seorang individu mempunyai dua personaliti yang bertukar-tukar. Dalam filem ni sorang lelaki ni ada 23 identiti..

Perghhhh!
Camana la boleh ada banyak sampai macam tu..?
Lelaki ni dibantu/dipantau oleh seorang doktor ni yang percaya dia memang ada 23 identiti; malangnya doktor lain tak percaya.

Kisah bermula dengan salah satu identiti tu telah menculik 3 gadis remaja yang jelita.
Gadis ni dan para penonton juga tak tau tujuan penculikan ni; sebab dia tak mengapa-apakan pun gadis-gadis tu...
Dalam duk cuba melepaskan diri tu, gadis-gadis ni jadi keliru dengan kemunculan orang yang sama tapi identiti lain-lain.

Identiti 1

Identiti 2


Ni semua identiti yang berbeza

Ada beberapa identiti yang gelap dalam diri lelaki ni telah menjadi lebih dominan sehingga ke tahap dia menyamar jadi identiti lain; namun doktor tu dapat detect akhirnya.
Dalam beberapa tempoh, doktor tu terima email dari identiti lain minta tolong; emergency.
Ini menambahkan lagi rasa curiga doktor tersebut.

Haaaa..
Nak tau apa jadi kene la tengok..

Review:

Bagi Kaklong jalan ceritanya biasa-biasa je..
Simple dan straight to the point..

Apa yang membuatkan filem ni menarik dan lain dari yang lain ialah lakonan si McAvoy.

Mimik muka, gaya percakapan, body language dia berubah-ubah ikut personaliti yang dilakonkan..
Dan ada beberapa babak yang identiti tu bertukar dalam waktu tu juga, mimik dia pun terus berubah..
Memang psiko la aku tengok dia tu..
Sampai Kaklong pun naik takot..
Susah dah nak percaya kat dia.. Haha..

Semasa menonton, Kaklong duk fikir, "kalau orang lain yang pegang watak ni; adakah ia akan jadi menarik macam ni juga?"; pastu duk pikir siapa lagi yang sesuai bawa watak macam ni.

Lakon layar dia pun bagus; susunan plot pun okay..
Pandai dia buat flash back yang dapat relate kenapa dia jadi camtu;
Kenapa watak gadis tu pun jadi camtu..

Adegan cemas dia pun menjadi..
Kaklong pun takot-takot kalo kene bunuh ke, kene attack pada bila-bila masa..
Ye la kan, split personaliti...
Sekali dia tukar on the spot dan bunuh-bunuh orang macam mana?
Dub dab dub dab la juga.

McCoy punya pasal Kaklong bagi 8/10 bintang.

Wassalam..

P/S: Pada akhir filem tu ada satu scene yang menjadi tanda tanya..
Apapun, tanda tanya tu dah terjawab dan ya akan ada sekuel pada tahun 2019 nanti.

Nak tengok!

You May Also Like

6 Geng Kaklong

  1. Aik kenapa cerita ni makin ramai yg baru tengok, hehehehehehe, mai dah tengok lama, best kan kak Long. Mai suka cerita split2 ni, hahahaha, terpengaruh masa form 3 dulu baca buku mr Hyde & dr. Jekyll tu... pastu tengok kill me heal me korea tu pula, menarik pula dengan cerita2 mcm ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, Best citer gini. Ada banyak misteri n buat kita berdebar-debar

      Padam
  2. Jalan cerita boleh tahan, cuma bila dia dah jana expectation yang membuak-buak tiba2 ending yang dinanti-nantikan tak cukup menakutkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la. Ending dia tu patut bole dark lagi. Perempuan tu mati juga ke. Tak pun perempuan tu punya identiti pun splited juga masa dia tengah takut gila. Baru mind blowing. :D

      Padam

Komen la sikit ^^

recent posts