Review Filem : Guardian of the Galaxy Vol 2

by - 8.5.17

Salam..

Citer ni memang best dan popular.
Tak buat review pun takpe kan..
Tapi nak jugak. Haha

Ada spoiler..
Jangan baca kalau belom tengok
Cam biasa spoiler tulisan pink

Guardian of the Galaxy Vol 2

Sinopsis:

Okay, Kaklong citer yang ikot pemahaman Kaklong la ya..
Sebab banyak karakter, banyak peristiwa dan tak pernah baca komik ni, mungkin ada benda yang Kaklong silap faham.

Ini ialah kisah kedua selepas Guardian of the Galaxy tahun 2014.
Kali ni mereka berlima (berempat je, baby groot cuma buat comel-comel je) ditugaskan untuk menjaga bateri planet makluk berwarna emas (sorry lupa nama). Sebagai balasan, makluk emas tu akan bagi Nebula (adik kepada Gamora) kepada dorang.
Selesai tugasan tu dorang pun balik, tapi rupa-rupanya si Rocket (musang garang tu) pergi curi bateri tersebut. Makhluk emas tu marah la..

Dalam proses kejar mengejar tu dorang terserempak dengan sorang pakcik misteri yang bawa dorang pergi ke planet pakcik tersebut yang diberi nama Ego.

Dalam masa yang sama makluk emas tu upah Yondu untuk tangkap dorang Geng Starlord ni tadi.

Dapatkan Yondu menangkap mereka?
Siapakah Pakcik mister planet Ego itu?
Dapatkan merek melepaskan diri dari makluk emas tersebut?

Kene tengok kat pawagam, berhampiran anda ^_^

Review

BEST GILER!

Secara peribadi, filem pertama dorang tu biasa-biasa je bagi Kaklong..
Sekali tengok, tak rasa nak tengok dah..

Filem kedua ni Kaklongf nak tengok sebab minat kat Chris Pratt ni.
Kaklong minat dia sejak dia gemok macam panda.
Time tu dia berlakon sebagai supporting actor dalam filem Delivery Man (sbg peguam yang ntah hape2), Bride Wars (sebagai pengantin lelaki), Moneyball (sebagai pemain baseball), Wanted (sebagai co-worker yang annoying) dan banyak lagi la.. Watak dia semua kelakar2 je.

Kalo korang perasan, suara dia best sangat.
Cuba tutup mata dan dengar suara dia..
Uuuu.. Rasa macam nak terbang-terbang kejap.. <3

Okay la, back to the review..
JAdi bila pergi wayang haritu tak expect yang filem ni best..
Semasa tengok tu membuak-buak seronok sebab bagi Kaklong best sangat.

Best.. best..
Apa yang best tu..?

Best yang pertama ialah kelako..
Banyak skrip yang kelako..
Dan kelako dia pula sangat komik la..
Macam tak expect kelakar akan muncul..

Paling kelako watak Draxx. Nampak cam ganas kan, tapi kelako macam apa je..
Paling ingat part dia ketawa berbahak-bahak, waktu dia suruh mantis tidurkan dia, waktu dia cakap mantis hodoh, dan satu waktu tu masa mantis kene bebola api ke apa ntah; lepas kene baru dia cakap "look out!". Pastu salah sorang mengeluh (Starlord kot kalo tak silap), bole pula Drax cakap, "aku tahu, nasib baik tak kena aku." PAdahal orang mengeluh pasal lain. Hampeh!

Babak Baby Groot nak pasang bom tu jangan cakap la..
Memang satu pawagam gelak..

Pastu ada satu lagi babak masa baby groot nak lepaskan rocket dan yondu dari penjara.
Orang suruh pi amik fin, dia pi amik barang yang ntah hape2 je..
Sampai jari orang pun amik, meja pun amik..
Aku dah guling-guling dah dalam pawagam tu.. 
Naseb baek gelap, takde orang nampak kita.

Pastu banyak lagi lawak dari orang jahat, orang baik..
Ada juga skrip lawak tapi masing-masing muka ketat je..
Namun begitu, menjadi beb lawak tu..

Best yang kedua ialah Visual dia cantik..
Masa opening pun dah nampak menakjubkan..
Part Yondu bunuh orang pun style beb! Takde yang lebih style dari tu..
Yang menakjubkan juga ialah pakcik misteri versi muda (flash back); macam tak percaya je dorang bole buat jadi gitu.. Perghhhh..

Best yang ketiga pula ialah storyline dia best..
Selain kelakar, dorang juga masukkan banyak unsur kasih sayang dan kekeluargaan..
Terutama sekali tentang hubungan ayah dan anak serta adik beradik; kawan-kawan pun sama..
Terkesan betul.
Sampai Kaklong pun nangis..

Banyak juga Kaklong nak cerita tapi tak mau la, nanti tak syok pulak korang nak tengok..
Jangan lupa tau tengok kat pawagam..
Berbaloi sangat..

Nak pi lagi ni, tapi takot Cik Abang tak bagi..
Ye la, nak pi mesti la dengan dia..
Mana dia lepas kekasih hati dia sorang diri (haha.. poyonya saya..)

Best punya pasal Kaklong bagi 5/5 bintang.

Wassalam

You May Also Like

4 Geng Kaklong

  1. Yang PC kagum...semangat setia kawan...yang salah tetap perlu dimusnahkan walau darah daging sendiri..satu keputusan besar yang berat bagi seorang anak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Dorang pun tak teragak-agak buat keputusan.
      Kalau tengok 1st film dorag asyik gaduh je. Sekarang dah jadi famili.. <3

      Padam
  2. Guardians Of The Galaxy Vol. 2 memang best giler ! Baby Groot awal-awal lagi dah buat hal...HAHA

    Drax memang cakap tak reti nak tapis...direct je...HAHA

    Rasanya GotG2 ni antara filem MCU paling best dan kelakar...dan paling banyak credit scene...rasanya ada lebih daripada 5 credit scene di hujung movie ni...siapa keluar awal memang rugi....hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..
      Geram giler kat Bagu Groot tu, nak je bawa balik rumah :D
      Memang lain dari filem MCU lain.. Tetibe Kaklong dah jadi peminat pula. Haha..

      Padam

Komen la sikit ^^

recent posts