18 Mei 2017

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer

Salam..

Kaklong nampak kisah ni viral dengan #copypaste kat facebook.

BENARKAH????
Hari jumaat lepas akaun cimb isteri aku ditutup oleh pihak bank tanpa sebarang notis. Aku call ke hotline dan depa suruh terus ke cawangan dan berbincang dengan pegawai di cawangan tersebut.
Jadi hari ini aku dan isteri ke cimb kepala batas untuk bertanya alasan yang akan depa bagi. Bila Berjumpa pegawai dan dia macam dah jangkakan ketibaan kami. Bila isteri aku bagi ic dia,terus dia buka laci dan keluarkan surat siap dengan cek,katanya dari bank negara.
Aku tanya sebab apa akaun tu ditutup,pegawai berkenaan terangkan panjang lebar,cuma aku nak senarai pendek disini :
- Mulai 2017 bank negara tak benarkan lagi mana² akaun simpanan buat bisnes (Bisnes online).
- Tidak boleh ada transaksi yang banyak setiap hari,walaupun tak berniaga online.
- Akaun simpanan cuma boleh guna untuk terima gaji,bayar bil etc
Jadi aku nak pesan mana² peniaga online yang masih guna akaun simpanan (Akaun personal) silalah tukar ke akaun semasa (Akaun syarikat). Sebab kalau dah kantoi dengan bank negara,nama tu nanti tak boleh dah buka akaun cimb sampai bila².
Panjang juga aku persoalkan pegawai bank tu sampai dia mintak maaf 4 kali pada aku. Alhamdulillah!
Dan seperti biasa sempat juga aku cakap babi (perlahan) .
Alhamdulillah!

Betul ke tak betul?
Tak tau la..
Memandangkan tak dikreditkan kepada tuan empunya diri, Kaklong sendiri pun tak tau betul ke tak kisah ni..

Namun ia cukup mengundang rasa gundah gulana di hati ini kerana dah 7 tahun kot Kaklong berniaga guna akaun simpanan.

Sebenarnya Kaklong dah buka current account Maybank, guna adik sebagai introducer.
Sepanjang pengetahuan juga, CIMB pun nak ada introducer.
Tapi Kaklong takde kenalan yang ada current account bank ni?

Kenapa CIMB dan Maybank?
Sebab customer ramai guna kedua-dua bank ni.. Tu je..
Hehehe..

MyDebit CIMB

Semalam Kaklong redah je pi cawangan CIMB Chai Leng Park, Perai kat Jalan Baharu tu..
Kaklong bawa:

1) SSM terbaru yang 3 keping tu
    - lagi 2 keping korang boleh print kat pejabat ssm. Bagitau pegawai ssm tu yang korang nak guna untuk bank. Sebab pegawai bank tu cakap ada sejenis salinan tu tak boleh guna untuk urusan bank. Katanya yang bayar RM30 tu, yang Kaklong bayar RM13 ni bole guna sebab ada satu cop tulis yang ianya printed secara online. Untuk elakkan korang tersilap print dan kene buat keje berkali-kali (cari parking lagi, tunggu giliran lagi), better tanya betul-betul kat pejabat ssm tu.

2) MyKad

3) RM1000 cash

Masuk tu bagitau guard tu nak buka current account,
Terus direct berjumpa dengan pegawai dan dia buat semuanya..
Rasa macma terpinga2 juga. Kaklong dah bersedia untuk direject sebab takde introducer..
Tak sangka pula semuanya berjalan lancar.
Rezeki Kaklong la kot..

Proses isi dokumen tu amik masa dalam setengah jam juga la..
Sebab dia ada mention nak check CCRIS dan CTOS.

Selepas selesai dengan semua dokumen, pi amik nombor dan bankin RM1000 tu dalam no akaun yang diberi (no akaun kita la tu)

Kemudian amik nombor lagi untuk buat kad ATM.
Owh, ada kad ATM rupanya, Maybank punya takde.

Semasa isi dokumen tu dia ada tanya nak buka akaun ni untuk tujuan enquiry atau transaksi?
Kaklong sebut transaksi.
Tak tau la betul ke tak Kaklong sebut tu..

Mungkin sebab tu dia bagi kad ATM kot..
Kot2 je la.. Bukan reti sangat pasal bank ni..
Kalo silap betulkan Kaklong ya..

Lepas dapat kad, tukar number pin dan isi no telefon untuk tujuan cimbclick.
cimbclick katanya kene tunggu dalam seminggu baru dia akan maklumkan detail ke email..
So, Kaklong kene tunggu la kejap..

Itu la prosesnya.
Cukup senang..

Tapi rakan-rakan facebook kata dorang tak dapat buat macam tu.
Cawangan yang dekat denagn rumah dorang semua nak guna introducer.
Kaklong pun tak tau nak cakap camana..

Apapun, korang try la cari cawangan lain.
In shaa Allah akan dipermudahkan urusan..

Wassalam...


2 Geng Kaklong

terima kasih atas perkongsian.

Esok pisyek nak try tanya cimb yg dekat rumah ni. :)

www.pisyek.com

Tinggalkan jejak. Kaklong nak ziarah. :)