Juara Maharajalawak Mega 2017

by - 6.5.17

Salam..


Dah tengok Maharajalawak Mega 2017 final semalam?

Kaklong dah berminggu2 kot tak tengok, sebab takde perasaan nak tengok.
Semalam Cik Abang ada kat rumah, dia yang buka TV..
Dapat la tengok yang final..

Juara MalaharajalawakMega 2017 jatuh kepada ---> BOCEY!

gambar dari astrogempak.com.my
Yay!
Tahniah Bocey... <3

Memang layak pun..
Kedua-dua persembahan dorang pun best..

Keputusan Penuh MLM 2017:

Juara : Bocey
Naib Juara : Shiro
Tempat ketiga : Dzawin
Tempat keempat : Zero
Tempat kelima : Puteh

Ada juga kawan-kawan Kaklong yang kecewa sebab dorang nak Shiro juara..
Persembahan Shiro best, cuma penjurian perlu fokus pada lawak..
Shiro ada banyak element sedih dan pengajaran yang beri impak dalam jiwa..
Persembahan pertama pasal YB gila yang turun padang masa dekat-dekat pilihanraya.
Yang kedua pasal anak yang nak jual tanah tapi bapak tak mau..
Banyak pengajaran untuk kita..

Namun, juri perlu beri markah pada komedi..
Nama pun maharajalawak kan..

Kaklong paling minat Zero..
Namun Zero amik keputusan beri kata-kata terakhir dalam persembahan kedua..
Katanya dorang taknak masuk dah lepas ni..
Urmm.. sedih...

Itu yang kurang lawak kat situ..
Mungkin dorang pun dah rasa cukup kot..

Kaklong suka Zero sebab content dia simple-simple je..
Persembahan dorang yang menarik dan menjadi..
Macam semalam, kisah dinosaur menari je pun..
Tapi gelagat dorang tu yang mencuit hati..

Kebanyakan lelaki yang Kaklong kenal tak minat lawak Zero..
Citarasa masing-masing kan..

Dzawin Kaklong tak minat..
Mungkin sebab suara dia yang membingit.
Namun pengisian dia bagus sangat..
Cara persembahan dia pun santai.
Dan paling suka dia tak mengejek-ngejek orang.

Stand-up comedy bukan senang kan.
Mesti flow nya cantik.
Mesti nampak macam berbual-bual dan ada connection dengan audience..

Hebat Dzawin ni..
Cerah masa depan, in shaa Allah.. 

Lepas ni nak tengok Gema Gegar Vaganza pula..
Kaklong tak pernah tengok pun..
Cuma baca update kat facebook.

Ingat minggu ni nak tengok..

Wassalam..

You May Also Like

0 Geng Kaklong

Komen la sikit ^^

recent posts