Tutorial Blog : Cara nak Disable Select Text dan Copy Paste

by - 6.2.17

Salam..

Kaklong selalu baca blogger mengeluh pasal ada blog lain tulis entry yang sebiji sama ngn blog dorang..
Pendek kat blog A tu, copy paste entry kita yang best2 masuk dalam blog dorang..

Hasilnya blog A akan dapat up 2 ke 10 entry setiap hari (nampak macam aktif giler) dengan setiap entry yang penuh informasi serta keyword yang kaw kaw. Walhal nak tulis entry yang macma tu kekadang amik masa satu hari malah ada yang 2 hari baru siap..
Macma tak percay aje 2 hari baru siap kan..
Tapi memang pun.. T___T

Blog kraf Kaklong pun amik masa lama nak buat satu entry tutorial..
Start dari plan, pastu buat kraf tu sambil amik gambo, pastu upload gambo dan edit setiap gambo, pastu baru la tulis.. Lepas tulis, baca balik dan betulkan mana2 yang kureng.
Pastu baru la published..
Rasa puas... Yeah!

Tetibe orang lain pakai copy paste je?

Yang lagi best, disebabkan blog A tu sangat aktif (10 entry sehari) dan setiap entry penuh dgn keyword, akhirnya ranking mereka sangat tinggi. Asyik duduk tempat pertama dalam pencarian Google.. Padahal tu entry kita..
Kornag rasa camana..?

Okay la..

Orang macam ni kita tegur pun dia bukan peduli..
Apalagi mereka takde identiti pun..

Salah satu cara yang bole kita buat untuk mengurangkan aktiviti yang tidak sehat ni ialah buat supaya "orang tak boleh select perkataan dalam entry kita"

Nak buat macam ni kan? Tak nak bagi!
Atau dalam bahasa orang putihnya "How to disable select text in blog"
Yeke?
Macam salah je.. Haha..

Biasanya kan, bila nak copy kita akan select perkataan seperti gambar kat atas ni..
Kemudian copy lalu paste kat mana2 kan..

Camana tak nak bagi orang buat macam tu?
Senang je...

Mula-mula pi kat DASHBOARD > LAYOUT > ADD GADGET > HTML/Javasript

macam ni
Pastu pastekan kod ni kat dalam tu:



Klik saved.

Cer check, dapat tak?
Yay! Tahniah diucapkan.. ^___^

Benda ni tak wajib k..
Jangan ingat Kaklong suruh letak pulak.
Nak buat, buat. Takmo buat takpe..

Kaklong sendiri pun tak buat untuk blog ni; tapi buat untuk blog kraf..

Satu lagi, kalo korang nak "disable select" untuk blog ni, tapi ada benda-benda yang nak bagi pembaca select/copy; contohnya:

  • macam tutorial Kaklong ni kan; tak nak bagi orang copy entry tapi nak bagi copy code;
  • buat giveaway; taknak bagi orang copy entry tapi nak bagi copy ayat atau url/link dan sebagainya
korang bole buat text box macam kat atas tu dan taruk benda yang bole copy kat dalam tu..
Tutorialnya kat SINI.


Semoga bermanfaat.. ^_^

Wassalam...

You May Also Like

6 Geng Kaklong

Komen la sikit ^^

recent posts