Review Secret Skin White Kawaii Collagen

14.2.17

Salam..

Korang tau tak Kaklong pernah consume Secret Skin White Kawaii Collagen..
Yang Jihan Muse jadi duta tu..

Tapi dah lama dah.. November 2015 dulu..
Ni baru terpikir nak tulis review.

Kaklong amik sebotol KAWAII COLLAGEN WHITE MAXX EXTRA (putih) dan sebotol Secret Skin White Kawaii Collagen SSWKC (hijau)

gambar cedok : http://www.lazada.com.my/secret-skin-white-kawaii-collagen-set-jihan-3878123.html

Ni gambo amik kat internet je..
Botol dia Kaklong dah lama dah buang.. 2015 kot..
Sebelom Kaklong start blog ni lagi..

Jumpa ejen pun kat website dorang..
Lepas whatsapp 2 hari kemudian dia hantar ke rumah.
Macam convenient sangat kan..

Tapi lepas tu Kaklong ada baca ejen lain ada bag free gift sabun muka..
Alaaa, sayangnya.. :(

Okay la...

Nak consume dia ada 2 cara:

1) Letak bawah lidah

2) Bancuh ngn air kosong

Bila letak bawah lidah kan, rasa dia macam-masam manis..
Yang hijau tu sedap, rasa macam berry dan cepat cair...
Yang putih tu kurang sedap.. Rasa dia lebih masam dan lambat nak cair, likat pulak tu..
Bila bancuh ngn air baru okay rasa dia..

First week Kaklong consume tu boleh dikatakan takde apa-apa perbezaan..
Pastu masuk second week Kaklong perasan ada jerawat besar2 kat muka.. MUngkin hormon kot..

Produk ni memang ada kolagen tapi dari ikan talapia dan tak beri kesan pada pengidap resdung..
Jadi Kaklong pun konfiden giler la...
Masuk minggu ketiga jerawat besar-besar ni makin mengganggu so Kaklong decide nak stop seminggu..
Bila stop kan, jerawat beranur-ansur hilang..
Pastu Kaklong consume semula dan jerawat beransur-ansur naik..

Haaaaa..
Apa ni.. Tak sukanya....

Kadang-kadang Kaklong fikir gak, adakah Kaklong seorang pengidap resdung yang kronik?
Sampai produk yang sepatutnya tak beri kesan negatif pun Kaklong kene juga..
Tak seronok kan jadi Kaklong... :(

Dah pernah jumpa doktor.
Doktor sahkan Kaklong memang ada resdung..
Bila Kaklong tanya "macam mana nak kurangkan resdung ni doktor? Nak tukar tabiat pemakanan ke?"
Tau doktor cakap apa?

Doktor cakap:
"Makan la apa-apa pun, Nanti resdung datang lagi, datang jumpa saya amik ubat."

Erm... apa ni?
Nak jual ubat je ke?
Bila jumpa pakar, pakar takanak citer pulak..
Bila kita google, dorang cakap, "percaya sangat doktor google tu."
Erm...

Walaubagaimanapun ada juga POSITIFnya tau..

Lepas sebulan Kaklong nampak kulit macam cerah sikit...
Pastu time mandi pun, masa gosok2 badan rasa macma gebu je kulit saya..
Alahai, perasan betul tu..

Tapi yang paling ketara la kan..
Masa buat keje kat laptop ni, kaki Kaklong biasanya bersilang kat bawah kerusi tu..
Rasa tapak kaki macam smooth je..
Bukan la tapak kaki Kaklong ni merekah-rekah sangat, cuma takde la gebu..
Tapi macma ketara sangat la kelembutan..
Cewah.. Gituuuu...

Hahahha..
Macam rasa segan pula nak puji diri sendiri..

Namun begitu Kaklong stop consume disebabkan masalah jerawat tu..
Ntah la..
Tak tau nak kata disebabkan resdung ke..
Atau ada masalah alergic yang lain menyebabkan hampir semua produk Kaklong takleh pakai..

Nampak sangat kan..

Korang yang takde masalah alergic cam Kaklong mungkin okay kot..
Rasa cam seronok pula dapat kulit gebu gebas macam haritu..
Haha..

Sekarang Kaklong tak amik apa-apa suppliment dah..
Kecuali Kacip Fatimah yang Kaklong kaklong citer haritu
Bukan tak mau, tapi kebanyakannya mengandungi kolagen..
Dan Kaklong macma dah fobia dengan kolagen ni..
Hahaha..

Korang ada makan produk macam ni tak?

You Might Also Like

6 Geng Kaklong

  1. Mungkin hormon dalam badan tidak boleh terima...

    BalasPadam
  2. sy amalkan air lemon ja setiap hari untuk kesihatan dan kecantikan :)

    BalasPadam
  3. cologen mmg bagus utk kesihatan
    amalkan

    BalasPadam

Sila tinggalkan jejak untuk Kaklong ziarah.

Tak tau nak komen apa..?
Komen je, "Wah, bagus la awak ni Kaklong, comel pula tu"
Kui kui kui... :D

AFB Blogs