Cara Mudah Menguruskan Order Online

by - 23.2.17

Salam.

Haritu ada kawan bebel2 kat Facebook.

Dia terlepas pandang satu order dan tak pos pun order tu.
Abes kene marah ngn customer.
Dia tanya camana nak buat supaya order tu organized dengan elok.

Ramai orang komen dan bagi pendapat, termasuk la Kaklong (haha.. sebok je nak juga)

PAstu dia up satu lagi status, dia nak buat macma Kaklong sarankan..
Huuuu.. Kembang hidung saya dapat tolong orang..

Oleh itu Kaklong nak share kat sini cara Kaklong, mana la tau kot2 korang pun ada masalah yang sama.



Cara Kaklong senang je.

Order Kaklong masuk melalui 3 sumber iaitu:
  1. website
  2. whatsapp
  3. facebook
Apa yang Kaklong buat ialah:

1. Buka 1 group whatsapp bernama : ORDER

2. Add 2 number Kaklong yang lain (termasuk phone peribadi) serta nombor kekasih hati (sebab dia suka packing barang)

3. Tiap kali orang dah bayar terus tulis dalam group ORDER tu maklumat order tersebut.
  • website 
    • no order (cthnya : #3785)
    • nama, alamat dan no tepon semua ada dalam website, jadi tak perlu tulis kat grup whatsapp ni
  • whatsapp 
    • 4 number terakhir no tepon dia, nama, alamat, senarai order, jumlah, baki (jika ada)
    • cthnya order dari number whatsapp: 0123456789,

      Order 6789

      Minah
      No 3 Jalan Budi, 00000, Selangor
      0123456789

      2 biji item A
      1 biji item B

      RM30
    • 4 number terakhir tu sebagai id customer supaya senang nak update tracking number nanti
  • facebook
    • FB nama user, nama, alamat, senarai order, jumlah, baki (jika ada)
    • cthnya:

      FB Cahaya Mahligai

      Mahmud
      No 8, Taman Indah, 00000 Selangor
      011111111

      3 item C

      RM48

      baki RM2

4. Bila lapang, terus tulis alamat customer kat consignment note Poslaju hanya dengan merujuk kepada group whatsapp ORDER tadi. Tak perlu buka atau cari satu persatu customer yang order tadi.

Memandangkan Kaklong guna Easyparcel, jadi Kaklong buka whatsapp web dan copy paste je alamat customer tersebut untuk create consignment note secara online. 

5. Time packing pun senang, hanya rujuk pada group whatsapp ORDER tu je; tak perlu cari.

Tu je la cara Kaklong..
Senang kan..

Semoga bermanfaat

Wassalam...

You May Also Like

8 Geng Kaklong

  1. bagus info ni..
    semoga bermanfaat untuk mereka diluar sana

    BalasPadam
  2. ya bagus untuk orang buat bisnis (^_^).

    BalasPadam
  3. bagus ni...boleh buat rujukan jika berniaga online

    BalasPadam
  4. wahhh.. bagus tips ni...

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #28. blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2017/02/senarai-url-blog-28.html

    pemenang akan diumumkan pada 28/2/2017

    BalasPadam

Komen la sikit ^^

recent posts