Cara Jadualkan Post di Social Media supaya Update Secara Automatik

by - 28.2.17

Salam...

Sebagai peniaga online, salah satu benda yang perlu dibuat secara konsisten ialah update media sosial for the rest of your business life...

Meng-update social media ni memang membuang banyak masa tau..

Kita perlu rancang masa untuk publish, amik gambar yang cantik dan edit jadi lebih cantik, fikirkan caption yang menarik perhatian, fikirkan hashtag yang buat potential customer nampak dan proses itu berulang-ulang setiap hari. Malah ada yang update 3x sehari.

Yang paling teruk ialah kita update 10x sehari (pada satu masa yang sama - cth pukul 10pagi spam terus 10 gambar) dengan gambar dan caption yang lebih kurang sama sampai follower kita bosan sebab balik2 tengok benda ni; lalu  dorang pun unfollow. Yay!

Naseb baek, kaklong tak perlu update media sosial setiap hari..
Kaklong tak teringat nak buat setiap hari dan selalu je blank tak tau nak update pada waktu tu..
Yang dimaksudkan kat sini ialah social media bisnes Kaklong la..
Yang kat FB tu personal punya memang jarang pun update, suka baca status orang je. Haha..


Untuk bisnes, Kaklong cuma luangkan masa untuk update media social seminggu sekali atau dua minggu sekali je..
Pastu terus schedulekan dia supaya automatik muncul pada waktu-waktu tertentu selama seminggu tu..
Best kan..

Kalo nak schedule direct dari facebook, twitter dan IG memang tak bole.

Namun begitu  Facebook Page memang ada function tu..
Tapi kan.. Facebook page tu memang bukan tempat yang sesuai untuk menjual..
Hanya 1% dari follower korang je yang akan nampak status tu nanti.
Kalo nak ramai kene bayar (boost post dan promote).
Ramai juga seller komplen FB Ads sekarang pun dah kurang berkesan.
Kalo nak berkesan korang bayar la RM500 sehari, baru ramai orang nampak iklan/status tu.

Maksud Kaklong kat sini; tak perlu la korang luangkan masa pergi schedule kat fb page tu.
Sebaiknya korang terus connect dengan IG dan share time nak publish IG post tu.
FB page perlu sentiasa update supaya orang tau korang masih beroperasi. Itu aje.
Nak convert kepada sale tu sangat low.
Tak payah la abeskan banyak masa kat sana..

Okay siapa yang belom tau cara nak schedule social media ni, meh Kaklong share.

1) Hootsuite.com
  • Guna website ni utk schedule melalui lappy dan download app dia kalo nak guna kat smartphone.
  • FREE PLAN dia bagi guna untuk 3 social network je. Kalo nak lebih ada plan lain yang kene bayar bulanan
  • Social network yang available ialah Twitter, Facebook, Google+, LinkedIn, Wordpress, Instagram dan Youtube
macam -macam social media ada
  • Cara guna pun senang..

  • Later ni pun bole guna kat laptop atau download app dia.
  • FREE PLAN dia bagi guna 1 je media social dan limited untuk 30 post sebulan utk IG, dan 50 post utk Twitter dan FB
  • Social Network yang dia ada ialah IG, Twitter dan FB

3) Set Reminder
  • Disebabkan Instagram tak bagi mana2 third party tolong post-kan secara automatik, maka kita kene la post sendiri secara manual... -__-"
  • Lepas tulis post dan schedulekan selama seminggu; Kaklong pun set reminder kat phone supaya berbunyi tiap kali perlu post kat IG
  • Contohnya, set IG pukul 8pagi, 1tghari dan 3ptg; kat phone set alarm akan bunyi pada pukul 8pg, 1thari dan 3ptg juga.
  • Nak post tu pun tak sampai 10 saat, memang bole sangat berhenti buat keje kejap.

4) Connect IG dengan social network lain
  • Seperti yang Kaklong bagitau sebelom ni, nak senang korang bole terus connect IG ngn FB page dan twitter, sekali tekan terus muncul kat 2 social media.
  • Twitter Kaklong kurang aktif sebab tak brape pandai nak guna. Huhuhuuu..

5) Luangkan satu masa khas
  • Supaya dapat fokus dalam menghasilkan post yang berkualiti, luangkan satu masa khas untuk plan dan create post-post tersebut.
  • Kaklong buat seminggu sekaliatau dua minggu sekali. Korang bole buat sebulan sekali atau tiga hari sekali depend individu.
  • Cara ni sangat menjimatkan masa kerana tak perlu fikir pasal "nak post apa harini?" pada setiap hari. Hari2 lain tu bole fokus buat kerja lain yang lebih urgent.
Walau bagaimanapun, jika bisnes korang dah besar giler, tak perlu la buat semuanya sendiri. 
Sebaiknya hire sorang dua untuk update media social.

Sebabnya?

Sebab mereka ada idea yang berbeza dan mungkin lebih fresh dari kita.
Kita sebagai bos, bole buat kerja lain yang lebih.

Semoga bermanfaat,

Wassalam..

You May Also Like

4 Geng Kaklong

  1. wahh..tak pernah cuba lgi..lpas ni boleh try..

    budakbuzy.blogspot.com

    BalasPadam
  2. LZ pun belum pernah cuba.. Kena explore banyak apps lps ni untuk memudahkan blogging..

    Thanks KakLong 😍

    BalasPadam

Komen la sikit ^^

recent posts