Tutorial : Cara Buka Whatsapp kat Laptop / PC

by - 19.1.17

Salam..

Tau tak kita boleh buka dan guna whatsapp direct kat laptop ataupun komputer rumah anda?

Ramai juga yang dah tau.
Yang belum tau, meh Kaklong tunjukkan caranya..

Mula-mula pegi kat website web.whatsapp.com

Akan nampak muka macam ni..
Kat situ dia dah explain cara untuk os yang berbeza..

Yang Kaklong nak tunjukkan ni guna os Android ya..
Sebab phone Kaklong Android je.. Hihi..

Mula-mula, pegi kat phone, buka app whatsapp pastu tekan 3 titik yang sebelah kanan atas ni..


Pastu dia keluar macam ni..


Klik "Whatsapp Web"

Dan sepantas kilat akan keluar scanner..

Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah scan QR code kat muncul kat website tadi..

Macam mana nak scan QR Code?
Cuma letakkan scanner ni kat gambar code..

Macam ni..

Sepantas kilat juga dia akan detect, pastu automatik keluar benda ni kat laptop korang..


Yay!

Sekarang dah bole taip apa saja yang korang nak... 
Best tak?

Erm.. apa yang bestnya?
Guna phone lagi senang..

Itu terpulang pada keperluan masing-masing..
Bagi Kaklong whatsapp web ni memudahkan Kaklong menguruskan bisnes online..

Update blog, update post kat media sosial, update barang yang dah abes, barang yang dah restock, barang yang kurang, check pembayaran kat online banking, order barang, bookkeeping semua Kaklong buat kat lappy..

Kejap-kejap customer whatsapp, kene stop kejap keje dan reply whatsapp.
Lepas reply, dia tak respond.. Letak phone dan sambung keje..
20 saat kemudian dia reply, stop keje balik dan buka phone..

Bagi Kaklong proses tersebut yang berulang-ulang dari pagi sampai petang selama 7 tahun ni sangat memenatkan.. T___T

Lepas dapat buka whatsapp kat lappy ni, bapak senang jadinya..
Kaklong cuma perlu buka satu tab whatsapp kat chrome, pastu setiap kali mesej masuk dia akan bunyi dan muncul mesej pendek kat tepi sebelah kanan (ala-ala kat facebook bila notification masuk. CUma bezanya facebook mesej tu muncul sebelah kiri)
Jadi Kaklong cuma perlu scroll mouse dan taip untuk reply pertanyaan kastemer tersebut..

Satu lagi yang best, masalah typo dan delete perkataan yang salah eja (terutama bila on dictionary) dah takde lagi.. Dapat taip dengan lebih cepat dan confident giler..

Satu lagi senang nak hantar gambar bila customer minta..
Kat phone gambar dia bole tahan gak bersepah (mungkin sbb Kaklong tak pandai susun folder - bole ke susun folder ikot suka hati kita?); kat lappy ni senang..
Gambar barang2 jualan Kaklong dah letak ka satu folder kat desktop. Nak gambo apa semua bole send dengan pantas..

Ini bagi Kaklong sebagai pengusaha bisnes online la..
Kalo sekadar nak berbual2 kosong dgn famili, guna phone je..
Sambil baring2, guling2, masak2 pun bole..
Hahhaha...

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Wassalam..

You May Also Like

8 Geng Kaklong

  1. tq for sharing this information sis...will try later :)

    BalasPadam
  2. dulu pernah juga nak pasang kt laptop tp mcm susah je tapi skrang nampak mcm senang pula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh, dulu lain ya?
      MDorang dh upgrade kot.. :)

      Padam
  3. Saya rasa saya tak install watsap kat lappy.
    Apa2 pun terima kasih sebab sudi brrkongsi pengetahuan.

    Thanks again.

    BalasPadam
  4. laa...tak tau pulak boleh buka kat pc...thanks sbab kongsikan

    BalasPadam

Komen la sikit ^^

recent posts