31 Jan 2017

Cara Menjimatkan Kos Poslaju untuk Peniaga Online

Salam...

Siapa sini berniaga online angkat tangan...?

Bagus... Sama la kita...

Korang pos barang guna kurier mana ya..?

Poslaju.... Yay, sama lagi... ^_^

Poslaju.com

Kebanyakan peniaga online guna Poslaju sebagai kurier tetap..
Sebabnya banyak cawangan jadi in case korang berpindah atau on the road pun bole cari cawangannya kat mana2 untuk pos barang (macam Kaklong la hahaha..).

Satu lagi dorang akan hantar ke mana-mana ceruk pun.
Sebab ada kes yang kurier telefon suruh amik sendiri..
Kaklong pernah kene dah dengan Kangaroo. Dia kol suruh amik sendiri. Dah la cara kol tu macam orang pasar je.. Kaklong ingat makcik mana la kol..

Kepada korang yang duduk bahagian customer service, cara yang betul untuk kol orang, mula2 sekali bagi salam atau greet pastu tanya ni Encik X ke, pastu perkenalkan diri tu siapa pastu baru la bagitau tujuan kol.. Takde la terpinga2 macma Kaklong.. Ni tetibe kata "Asma ke ni? Ada barang kat ofis mari la amik." Aku macam terpinga2 disitu.. Ofis dia pun tak tau kat mana, penat giler cari kat tengah2 shoplot yang duduk belakang2..

Nationwide lagi best, senyap terus sampai seminggu, peram barang Kaklong kat situ..
Bila call, dia cakap dah sampai kat ofis, boleh datang amik..
Aik, gitu je..
Kalo tak kol tak bagitau la ek..
Bagus2, amalkan selalu..

Kos poslaju juga lebih murah berbanding kurier lain..
Tapi jangan tak tau, untuk barang ringan je Poslaju murah.
Untuk barang berat, kurier lain lagi murah dari Poslaju tau..
TAk caya gi check balik..

Okay la..
Panjang pulak mukadimah..

Harini Kaklong nak share Cara Nak Jimatkan Kos Pos Korang..
Ada ke cara nak jimatkan kos pos?
Ada.. Percaya la.. Kaklong dah setahun duk amalkan..
Saved banyak juga la kat situ..

Sape belom tau, ni la caranya..

Jangan pos direct kat Poslaju, tapi pos melalui easyparcel

klik gambar
Easyparcel ni bukan kurier tapi dia orang tengah antara kita dan courier

Yang bestnya, perkhidmatan dia ni PERCUMA je..
Lagi best, semasa daftar dia akan bagi kita kredit bernilai RM25 untuk try test.
Yaaa... RM25..
Dapat hantar 4 barang dalam semenanjung secara percuma.. Best kan.

Kaklong dulu pun ragu2 juga, pastu try je la..
The worst scenario pun, tak keluarkan 1sen dan bole abaikan je sebab tak best..

Alih2 best la pula.. Haha..

Kalo nak, daftar kat sini

Cara menggunakan easyparcel:

1) Booking penghantaran melalui website dia

2) Tunggu kurier amik barang kat rumah /alamat pengirim

3) Kurier datang amik.. Abes citer...

Haaa? Itu je ke..
Macam tipu je kan.. Hahahhaa... Betul... Tak tipu..
Kan Kaklong tengah duk guna ni...

Kelebihan easyparcel:

1) Poslaju dan pelbagai kurier dalam  tempat
Bukan sahaja poslaju, ada skynet, GDex, Airpak, Nationwide, DHL dan beberapa lagi yang Kaklong tak ingat nama.

kurier yang available

JAdi in case korang ada 2 barang guna poslaju, dan 1 barang guna Airpak, booking satu tempat je kat sini. Nanti dorang mai amik..

2) Murah
Okay, ni yang best dan menjadi penyebab utama kita perlu join. Kos pos easyparcel ialah RM6 untuk 1kg yang pertama.. Owh yeah bebeh!
Suka tak...?
Sebelom ni RM5 je tau.. Dalam beberapa bulan ni je dah naik kepda RM6. Tapi masih murah.. ^_^

Owh, ni kos untuk semenanjung je tau. Sabah Sarawak kosnya masih sama..

3) Check dan Compare harga sebelom booking


check kos pos kat sini

Tak perlu lagi tertanya-tanya tau teragak2 berapa harganya.. Tekan je berapa kilo berat barang tu nanti terus keluar harga untuk kesemua kurier yang ada dan korang decide la nak guna yang mana satu...

4) Bulk Upload untuk order banyak
Ada 100 order harini? Don't worry.. Korang bole guna sistem bulk upload yang dorang sediakan. Kaklong tak pernah guna ni, sebab setiap kali close sale Kaklong terus booked. Takot terlupa atau tertinggal.. Jadi tak terasa sangat kalo banyak..

5) Tunggu kurier datang amik barang atau hantar sendiri.
Mana-mana pun bole. Kalo senang hantar sendiri, hantar sendiri..
Kalo rasa senang duk rumah je tunggu datang amik, tunggu je kat umah sambil jaga baby..
Ikot kita la mana sesuai..

Kaklong hantar sendiri sebab... owh, sebabnya nanti Kaklong explain kat bawah.

6) Online tracking yang automatik
Semua tracking number dah direkodkan, jadi senang kita copy paste bagi kat customer. TAk perlu taip pastu tersilap satu nombor (kadang2 benda ni jadi kat Kaklong.. Huuuuuu T__T)

chech status barang

Satu lagi kita bole terus tengok proses barang tu serta kat mana dia berada sekarang..
Contohnya kan kita klik satu tracking number, akan keluar macam ni:

Check status dengan lebih detail

Kat sini customer bole tengok bila barang tu dipos, dan proses dia dari pengirim kepada penerima.
Tak perlu copy dan paste kat website poslaju..
Senang kan... ^_^

7) Online Statement
Ni la salah satu benda yang Kaklong paling suka untuk meminimumkan kerja buat akaun.

ini la statement tu
Kalo sebelom ni akaun Kaklong ada satu kolum dimana jumlah barang yang dipos dan kos pos ditulis pada setiap tarikh. Kali ni kolum ni boleh diabaikan kerana ia dah ditulis automatik kat easyparcel..
Senang giler la untuk solopreuner cam Kaklong.. Alhamdulillah.. ^_^

7) Integrated dengan beberapa e-commerce
Ni lagi best dan memudahkan kerja Kaklong..
Disebabkan dia dah synchro dengan e-commerce yang Kaklong guna; secara automatik semua nama, alamat dan no tepon customer akan dia copy terus ke consignment note tu. Tak perlu Kaklong tulis, atau taip atau copy paste lagi... Havennnn...

ini e-commerce yang dia support
Korang ada guna tak e-commerce ni
Kalo ada best dah tu...
Cuma ada sikit setting je, pastu dah bole terus guna,.. ^^

Apapun, kalo yang order melalui Whatsapp dan Facebook tu, nak taknak kene la copy paste juga alamat dorang..
Kalo guna whatsapp nak copy paste camana? Buka je whatsapp kat pc untuk memudahkan proses. Caranya kat sini : https://diariasma.blogspot.my/2017/01/tutorial-cara-buka-whatsapp-kat-laptop.html

Tu yang best la.. Tapi ada la sikit yang kurang best sikit..

Kelemahan easyparcel:

1) Kene print sendiri consignment note
Haaaa... Ni la kelemahan dia.. Korang perlu ada printer untuk print sendiri setiap order yang dah booked.. T___T
Kalo poslaju, 1 order perlu 2 helai kertas A4. Bole print colour ataupun hitam putih, tak kesah..

macam ni..
Kalo dah ada printer okay la kot..
Yang belom ada printer tu korang perlu kira balik costing dia..
Berapa harga printer, berapa harga cartridge, berapa harga kertas dan berapa helai agak2 bole print dan berapa banyak barang korang pos sebulan..
Buat congak2 dan tengok berbaloi ke tak kalo tambah kos printer dalam kos operasi ni..

Bagi Kaklong berbaloi sebab memang dah ada printer kat umah..
Dengan sedikit penambahan kos, dah banyak sangat kerja Kaklong dikurangkan dan risiko pun diminimumkan..

Kerja apa tu?
Kerja tulis alamat, taip tracking number kepada customer dan buat akaun poslaju

Risiko pula, risiko silap tulis alamat, tu je.. Hehehe...
Oooo.. Jangan main2, kalo tersilap satu nombor je terus barang dihantar ke rumah lain..

Dan walaupun kos pos RM6, Kaklong tetap quote RM7.20 kat customer.. Lagi RM1 tu kira dapat cover semua kos print dan packaging.. Kalo yang beli banyak tu senang nak bagi diskaun.

2) Booking sebelom 12 tengahari untuk pickup harini.
Ni tak best..
Semua order yang korang masukkan sebelom 12 tengahari, dorang akan pickup harini..
Yang pukul 12.10 tengahari pickup esok..

Dalam rutin kerja Kaklong consignment note ni Kaklong tulis pukul 2petang dan pos pukul 4ptg.
Memang tak sempat pickup. Jadi solutionnya ialah kitorang gi hantar sendiri pukul 4 ptg tu..

Tapi the bright sight is; tak perlu beratur.. Yay!
Cuma letak je kat situ sebab kita dah bayar kan.. Ewah ewah *joget Hawaii*

Kalo banyak barang terpaksa hantar pukul 6 pula, kitorang lagi la cuma perlu pegi kat luar bangunan dan bagi kat Encik Posmen Kacak dan haritu juga dorang masukkan dalam van dan hantar ke negeri yang terlibat. Yay!

3) Ada kemungkinan kurier tak datang harini, esok baru pickup
Kes ni Kaklong pernah terbaca masa mula-mula kaji pasal easyparcel ni. Ada akak tu marah-marah tulis dia dah janji dengan customer harini nak pos, sampai pukul 6 petang tak datang-datang lagi. Sampai malam pun tak datang..
Kalo perkara ni berlaku kat kita, memang sangat menjejaskan reputasi ye tak..

Suka nak diingatkan, yang datang pickup barang tu ialah kurier yang kita pilih. Kalo Poslaju, van/motor poslaju yang akan datang; kalo pilih nationwide, lori dorang yang akan datang (kot, belom pernah nampak lagi van nationwide, lori je banyak).. Oleh itu kecekapan amik barang tu sangat bergantung kecekapan pekerja yang ditugaskan dalam kawasan tersebut. Ada risiko la kat situ.

Ni adalah salah satu sebab juga kenapa Kaklong lebih selesa gi hantar sendiri..
Takde tertunggu2 atau tertanya2 atau resah gelisah.
Tak rely sangat kat dorang..

Sekarang ni tak tau la ada lagi ke tak kes macam ni.. Kalo korang pernah kene, bole la tulis kat komen..
Kita sama2 amik iktibar.. ^^

4) Kene topup dulu....
Yaaaaaaa...
Sistem dia bukan kita booking kemudian bayar melalui bank transfer atau kad kredit tau.
Kita bayar dulu, kemudian setiap kali create order, dia akan deduct duit dari kredit kita tu..
Macam topup phone..

Macam tak berapa syok la untuk kita yang baru2 nak berniaga dan tak sure bulan ni dapat berapa order..
Minimum topup dia ialah RM100 dan last for sebulan je..
Lepas sebulan, dan masih ada baki RM12 contohnya, kredit tu akan dibekukan..
Kita kene topup lagi RM100 utk aktifkan semula kredit tu...

Ni senarai pakej topup dia:
pakej easyparcel
Kalo nak untung sikit, topup RM500 yang akan last untuk 6 bulan dan dapat free flyers lagi (sampul plastik macam poslaju tapi design lain)

Kalo korang memang banyak duit dan ratus-ratus barangnak dipos sehari better amik pakej VIP ni:
pakej vip easyparcel
Pakej VIP utk berat lebih sekilo ada lagi diskaun sikit dan dapat banyak plastik sampul.
Memang syok, banyak jimat sebab itu kredit kita, bukan deposit.. 
Tapi Kaklong belom sampai lagi tahap tu..
Kita ahli biasa2 je baru.. Huhuuuu...

5) Jangan lupa GST
Harga ni semua belom termasuk 6% GST tau..
JAdi kos pos barang korang sebenarnya bukan RM6; tapi RM6.18.
Nak tulis akaun nanti kene ingat benda ni.. Kalo tak nanti nampak macam banyak je shot tak tau kat mana..

Amacam best tak...

Kalo rasa berbaloi, bole la join dan dapat kredit RM25 percuma. Dapat pos 4 barang tu..
Daftar kat easyparcel.my

Semoga bermanfaat.

Wassalam..

30 Jan 2017

Mencari Skincare

Salam..

Kaklong dah tukar ke 3 jenis produk skincare tapi takde satu pun okay... T__T

Kisahnya Kaklong ni jenis tak pakai apa2 produk kecantikan, cuma cuci muka dengan Syahirah dan setakat ni ok je.. Bole baca review kaklong kat SINI
Cuma disebabkan resdung, kulit Kaklong tak pernah la flawless..

Pada suatu hari Kaklong rasa kulit Kaklong macam kasar dan sedikit nyilu (kalo korang faham perasaan tu); Kaklong pikir mungkin dah terlalu lama pakai pencuci muka tu, kulit Kaklong menjadi resistant dengan produk tersebut. Ni hipotesis je ni.. Tak semestinya betul..

Pastu rasa nak try skincare baru la pulak..
Nak cari yang jenis natural atau organik gitew..

Godek punya godek, akhirnya tervbaca review yang bagus-bagus kat FB berkenaan satu produk sabun muka ni.. Ia mengandungi habatussauda..
Walaupun kurang popular, tapi ada habatussauda pastu tak mention ada kolagen membuatkan Kaklong nak try la.. Harganya RM30 lebih utk sebuku sabun kecik.

Sebelom pakai tu dia suruh jangan pakai apa2 produk, mekap, moisturiser, cleanser selama 7 hari..
Okay done..

Pakai hari pertama, okay..
PAkai hari kedua, kulit mula gatal2..
Hari ketiga, naik jerawat dan gatal2..
Hari2 seterusnya pun macam tu...

Jerawat tu ialah jenis yang bulat merah besar pastu sakit bila dipegang...
Berkilat2 jerawat tu..
Bukan satu, bukan dua, ada la dalam 5 biji kat muka ni...
PAstu tumbuh juga kat leher...
Wooooo...
Selama ni tak pernah2 jerawat tumbuh kat leher kau...

Disebabkan tak tahan, dalam hari ke-10 macam tu Kaklong stop..
Ada terbaca orang cakap jerawat naik banyak tu sebab healing crisis..
Mungkin juga, tapi dah 10 hari jerawat kat muka macam bermaharajalela je...
Macam nak cakar2 muka setiap hari sbb tak tahan gatal...

Lepas stop tu Kaklong kembali pakai Syahirah macma biasa, dan kulit kembali pulih...(tapi takde la serta merta..
Kulit Kaklong masih tak berjerawat resdung lagi, tapi tak gatal merenyam macam sebelom ni..

Kemudian Kaklong ada jumpa serum vitamin c ni, harga RM70 sebotol..
Nk try la sbb vitamin c kan, baik untuk kulit...
Pakai punya pakai, naik jerawat jugak..
Haaaaa... Apa ni...?

PAstu stop...

Yg ketiga Kaklong pakai satu produk sorang artist ni..
Beli yang trial dalam RM35 camtu, ada cleanser, toner, serum dan moisturiser...
Lepas pakai, sama jugak naik jerawat macma kes pertama tadi...

Woiiii! Apa ni...?

Takkan la satu pun tak okay..?

Kaklong siap amik gambo lagi dari pelbagai sudut konon2 nak buat review...
Sabar je la...

Sebenarnya bole je nak buat review produk2 ni tapi rasa tak elok pula...
Mungkin Kaklong alergy dengan salah satu bahan yang terkandung dalam produk tu menyebabkan jerawat naik menggila; padahal orang lain pakai okay je...
Lagipun takkan nak tulis review elok, padahal tak elok untuk kulit muka kita..
Betul tak...

Bila kulit jadi makin teruk, Kaklong pun pakai la syahirah seperti biasa dan minyak kelapa dari..
Kulit pun jadi okay balik..

Bila sebut okay tu sebenarnya bukan la okay sangat...
Sebab Kaklong nak stopkan jerawat yang banyak ni..
Jerawat pasir...
Teringin nak muka gebu2 macma orang lain...
Tapi tu la, ry macam2 semua tak okay..

Nak try lagi..?

Macam banyak buang duit je try2 ni..

Tapi kan serum Nurraysa yang Kaklong pakai haritu mungkin okay kot...
Macma Kaklong cakap sebelom ni..
Tak nampak kesan positif, tak nampak kesan negatif..
Mungkin ke produk dia natural menyebabkan kesan positif tu ada tapi lambat..
Jadi Kaklong tak perasan...
Macam logik juga...

Sekarang Kaklong ada ushar beberapa produk lain..
Tapi mahal la satu set tu...
Kalo mahal berkesan tak apa; takot mahal tak berkesan..
Tengok la camana...

Kalo tak tahan juga, try lagi la yang baru..

Korang pakai skincare apa yang berkesan...?
Yang berkesan je..

Wassalam...

29 Jan 2017

Tutorial Blog : Cara Letak Sitemap kat Sidebar Blog

Salam..

Haaaaaaa...?
Tak abes-abes lagi dengan sitemap?

Okay2, janji.. Ni last dah..
Alang-alang share sikit; nak share je la semua yang ada..
Baik kan Tok Guru ni...?
MUahahahhaaaa..

Okay..

Sitemap dah submit haritu dan dah letakkan kat page semalam kan...

Untuk yang takmo letak kat page, korang juga bole pilih untuk letak kat sidebar blog ni..
Sebagai widget camtu...
Kat kiri ke, kanan ke, atas ke, bawah ke..
Tak kesah la mana2 asalkan korang bahagia... :D

Caranya senang je...


1) pergi kat DASHBOARD> LAYOUT> ADD GADGET

 2) Pilih HTML/JAVASCRIPT





3) Pastekan kod di kat ruangan kosong tu:

<div style="background-color: #ffffff; border: 1px solid #ffffff; height: 100px; overflow: auto; padding: 10px; width: 100%px;">
<script style="text/javascript" src="https://cdn.rawgit.com/D-dig/js/gh-pages/sitemap1.js"></script><script src="http://diariasma.blogspot.com/feeds/posts/default?max-results=9999&amp;alt=json-in-script&amp;callback=loadtoc"></script>
</div>

Jangan lupa:

a) tukar url blog Kaklong tu kepada url blog korang.. 

b) boleh tukar warna kalo nak:
#ffffff <-- ini ialah warna background
#ffffff <-- ini ialah warna border / garisan background tu

Rujuk kod warna kat sini---> http://htmlcolorcodes.com/

c) bole tukar saiz kalo nak:
Nombor 100px tu ialah tinggi widget tu nanti.
Korang bole tukar2 nombor tu ikot kesesuaian blog korang...

4) Klik SAVE

Siap!

Cuba tengok, okay tak...

Semoga bermanfaat.. ^_^

Wassalam..

28 Jan 2017

Jom shopping!

Salam..

Kaklong jumpa beberapa offer kat kedai online..


650 x 90






Valentine Day Sale tu macam sangat mengiurkan la...  XD

27 Jan 2017

Tutorial Blog : Cara Buat Sitemap kat Blog

Salam...

Semalam dah submit sitemap kat Google kan...

Harini kita buat sitemap kat kat blog pula nak tak?
Ada orang cakap ia bagus untuk naikkan rank.. Ada yang cakap tak mempengaruhi pun..
Jadi terpulang la nak buat ke tak..

Apapun Kaklong nak letak supaya mudah cari artikel kelak.. (dalam 50 tahun akan datang gitew..)

Apa beza Sitemap dengan Archive?

Archive tu dia senaraikan entry mengikut tarikh

Sitemap pula senaraikan entry mengikut label / tag

Ini contoh yang telah Kaklong buat untuk blog ni : http://diariasma.blogspot.my/p/sitemap.html

Okay, tanpa membuang masa meh Kaklong tunjukkan caranya:

1) Pergi kat DASHBOARD>PAGE>NEW PAGE


2) Ada compose dan html kan.. KLIK HTML


Kemudian "paste" kod di bawah ni kat ruangan kosong tu:

<script style="text/javascript" src="https://cdn.rawgit.com/D-dig/js/gh-pages/sitemap1.js"></script><script src="http://diariasma.blogspot.com/feeds/posts/default?max-results=9999&amp;alt=json-in-script&amp;callback=loadtoc"></script>

url blog Kaklong tu korang tukar kepada url blog korang..
Kalo tak tukar nanti sitemap kaklong pula yang muncul.. Huhu...

Tajuk tu bole juga letak "Senarai Entry" ke, "Arkib" ke, "Entry Dahulu Kala" ke, apa2 je ikot kreativiti kalo taknak skema macam Kaklong.. XD

3) KLIK PUBLISH

Siap!

Gi check ada tak?

Huuuuu..
Senang giler kan..
Jangan lupa appearkan page tu kat blog..

Okay, semoga bermanfaat.. ^_^

26 Jan 2017

Tutorial : Cara Submit Sitemap Blogspot ke Google

Salam.

Kaklong baru je submit sitemap blog ni tadi..
Sape yang belom tu bole la buat sekarang..

Apa tu Sitemap?

Sitemap ialah senarai website, url/link, atau page yang dibuat ikut susunan supaya mudah dicari.
Dalam kes kita ni; sitemap ialah senarai blogpost / entry kita tu.

Kita nak submit senarai tu ke Google supaya entry semua tu tersenarai dalam search engine Google tersebut. Nanti orang cari (search) senang sikit nak jumpa..

Tu kira bahasa yang Kaklong mudah faham.. Hohoho..

Macam mana nak submit Sitemap ni ke Google?

Kacang je ni..

Mula-mula sekali korang pergi kat Google Webmaster an klik Search Console.
Nak senang KLIK JE SINI

Kemudian akan muncul blog yang korang ada.
Pilih blog yang nak di"submit"

contohnya nak submit diariasma.blogspot.com
Kemudian klik CRAWL>SITEMAPS (seperti gambar di atas)

Dan muncul paparan macam ni:


Klik ADD/TEST SITEMAP

PAda kotak kosong tu, pastekan kod atom ni:

atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

Maka akan jadi macam ni
--> http://diariasma.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

Pastu "submit"

Siap!

Cam tak caya je dah siap kan.. XD

Haaa.. Kalo ada lebih dari 500 entry/post; korang perlu submit lagi 500.

Tulis macam ni : atom.xml?redirect=false&start-index=501&max-results=1000

Dan begitu la seterusnya jika ada sejuta entry..

Amacam? Senang tak?
Kalo ada tak faham sila tanya ya..

Semoga bermanfaat.. ^_^



BLOGLIST FEBRUARI BY IRAZULKEFFELE

Salam..

Nak join segmen lagi..
Huhu..
Nak join? Klik banner 
Kali ni dari blogger IraZulkeffele

Cara nak join pun simple sangat..
Kalo nak tau kene la klik banner tu dan join sendiri.. 

Harap2 Kaklong bertuah kali ni..

Sape yang rasa bertuah tu; jom klik banner.. ^^

Wassalam..

25 Jan 2017

Tutorial Blog : Cara Masukkan Widget ke dalam Blog Versi Mobile untuk Unresponsive Template / Template sedia ada Blogspot

Salam..

Adoi.. Kelakar gile punya tajuk..
Buat pendek karang takot orang tak faham pula..
Tapi panjang camni pun tak berapa nak faham kan..
Sorry.. 😛

Kisah dia macam ni.
Kaklong duk cari responsive template untuk blog ni..
Malangnya free version ni function dia limited.

Dah dapat yang cantik..
Tapi gambar besar sangat, tak bole tukar font, tak boleh tukar saiz font, tak bole tukar warna font.
Tak bole adjust width blog, tak bole tukar warna background..
Kalo nak tukar bole, kene beli templat etu dengan harga dalam USD9.90- USD30 (tengok atas design dan designer). MAcam mahal je kan untuk kita. Dalam RM45 jugak la yang paling murah tu..

Kalo taknak beli bole juga tukar2 kat coding dia..
Dapat yang simple tu, senang nak tukar..
Tapi dapat yang dia dah encrypt tu, pening gak la.. Pastu tetibe template tu jadi gila..
Kene restore semula..

Kaklong dah banyak kali tukar template nak bagi sesuai dengan jiwa..
Tapi ada je yang tak kena..
Biasanya saiz dia la yang tak berapa kena..
Gedabak sangat gambo dan tulisannya..

Pastu salah satu dilema lagi ialah dapat template cantik, tapi loading speed pula slow..
Bila buang widget2 tu, okay la sikit; tapi jadi kosong pula blog ni kan...
Kita oraag perempuan memang nak banyak2 widget dalam blog..
Kalo bole nak masukkan lagu, nak masukkan love terbang-terbang, tulisan gerak-gerak, anak kucing main bebola benang kat blog tu..
Kalo bole la..
Tapi slow la jawabnya...
Huhuhu.... T___T

Satu lagi masalah yang selalu blogger hadapi ialah bila tukar tempate, secara tiba-tiba pv dropped..
Owh no...
Kaklong tak terasa sangat benda ni sebab pv Kaklong pun cuma 200-300 je sehari (yer yer.. tau la sikit. Jangan la gelakkan kiter.. sob sob.. 😢); tapi mereka yang dapat 1000-10,000 pv sehari tu pasti nampak sangat kejatuhan tu kan..

Oleh itu, yang paling okay ialah guna template asal yang blogger sediakan..

template yang disediakan oleh blogger
Kemudian enable "mobile template"

klik : yes, show mobile template on mobile device
Ni la yang paling senang dalam dunia..
PAparan pun cantik for both pc dan smartphone dan bole tukar warna, font dan saiz ikot suka hati kita..
Cuma satu je kurang best iaitu bila buka kat smatphone, blog tu akan berakhir macam ni...
buka kat phone
Yang muncul hanya paparan blogpost.
Widget2 yang kita dah letak cantik-cantik kat atas bawah, kiri kanan blog tu takde pun..
Tu yang tak best tu kan.. 
Tu yang kita duk cari responsive template tu kan.. T__T

Tapi, jangan tak tau...
Kaklong dapat letak tau, widget2 tu..

Tak caya?
Lepas blogpost, Kaklong letak social widget ni..

Lepas tu letak instagram punya gambar

Pastu letak archive

Lepas archive letak follower yang tak berapa nak ramai tu.. Memang kene letak ni sebagai tanda penghargaan mereka sudi follow blog baby ni..

Last sekali blog feed kawan-kawan blogger Kaklong..
Ya, ni Kaklong pakai template "Awesome" je ni..
Bukan responsive template punya..

Meh Kaklong tunjukkan cara letak widget supaya boleh muncul kat mobile device / smartphone mobile version.

Ni kene buat coding sikit..

Mula2 pergi kat DASHBOARD > TEMPLATE > Klik Backup/ Restore > Download Template

Sebelom ubah apa2 coding pastikan save template dulu ya.. In case tersilap ke apa, bole gostan balik..

Okay sekarang klik kat "Edit HTML"


Klik "Jump to Widget" dan pilih widget mana satu yang korang nak bagi muncul kat mobile version korang..

Contohnya nak letak Label1. Jadi klik Label1

Sekarang akan muncul macam ni..
Atas sekali tu ada code ni:

<b:widget id='Label1' locked='false' title='' type='Label' visible='true'>...</b:widget>

Sekarang, tambah kod ni : mobile='yes' sebelom perkataan title tu

Dia akan jadi macam ni :

<b:widget id='Label1' locked='false' mobile='yes' title='' type='Label' visible='true'>...</b:widget>

Kemudian klik "Save Template"

Sekarang buka phone dan tengok ada tak widget yang korang pilih tu kat paparan smartphone..
Ada kan..?

Yay!
Tahniah! 🎉🎉🎉🎉

Sekarang bole guna teknik yang sama untuk mana-mana widget yang korang nak paparkan kat phone..
Best kan...

Ada apa2 yang tak faham ke..
Kalo tak faham, komen je kat bawah ni.
Nanti Kaklong update/ rephrase balik mana-mana ayat yang mengelirukan..

Semoga bermanfaat.

Wassalam...

SEGMEN ICE BREAKING BY MELLYA

Salam..

Melly Crayola ada anjurkan segmen Ice Breaking Version 1.0 2017.


Tujuannya untuk kita saling kenal-kenal antara blogger..
Sebenarnya segmen2 macam ni la yang buat Kaklong ada kawan2 kat blog dan media sosial.
Kalo nak harap search engine, macam tak tau nak search apa kan.. Haha..

Nak tau serba sedikit tentang Kaklong bole baca kat SINI

Kalo nak tau lebih banyak bole ushar2 Kaklong kat Facebook sebab Kaklong aktif kat situ..
Aktif menglike je.. Status jarang juga update..

Kalo nak tengok gambar2 boleh ushar kat IG tapi jarang la juga aktif sebab asyik lupa je upload lepas snap gambo..

Twitter pula macam hidup segan mati tak mahu.. Tapi kalo korang follow, kaklong confirm akan follow balik..

Nak join?
Baca syarat2nya kat Blog Melly Crayola

Sampai hujung bulan ni je tau.. Cepat2.. Jangan terlambat..

Wassalam...

24 Jan 2017

Lirik : Kalah dalam Menang : Syamsul Yusoff dan Mawi

Salam..

Dah move on dengan lagu Sufian Suhaimi : Terakhir..

Layan lagu Syamsul Yusoff dan Mawi dalam AJL31 haritu..



Lirik Kalah dalam Menang

Yo!
Ya Allah, Ya Rahim
Siapa lebih berkuasa?
Ya Allah, Ya Rahim
Kau, aku atau Dia?
Renungkan

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang

Kemewahan diri bukanlah tanda kehebatan insan
Berteduh di bumi Tuhan 
Fikirkan saat nyawa ditarik keluar badan
Tiada siapapun yang tahu rahsia Tuhan
Siapa dulu pergi dulu mungin aku, mungkin kamu
Kau katakan tunggu dulu, kau belum 50
Sedang kematian lagi mengejarmu
Kerasnya hati masih gagal mengerti
Bangunlah di malam sunyi
Bertanyakan pada Ilahi

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang

Kalah dalam menang, hatimu takkan senang
Aku bukan hipnotis bukan juga isis
Jauh sekali ekstrimis, aku hanya optimis
Hidup sarat protwist, sama macam sarkis
Dengan Tuhanmu jangan pernah prejudis 
Dalam era penuh depresi
Sebenarnya apa yang kau cari
Kononnya nak inspirasi, huh inspirasi
Tak perlu kau tercari-cari
Bangun malam tanya Ilahi
Beribu kali kau diingati
Hidayah itu milik Ilahi

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang

Mari sini semua dengar ini cerita
Orang kita kata nak senang kena banyak simpan duit
Tapi Islam kata nak senang kena banyak keluarkan duit
Sedekah, amal jariah, senyumanmu itu juga satu dakwah
Orang kita kata sakit itu bala
Tapi Islam kata sakit itu penghapus dosa
Sabarlah walaupun kau sedang kecewa
Biarkan engkau miskin harta dan kuasa
Tapi jangan kau miskin jiwa

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang

Amacam, meremang tak?
Kaklong tak minat pun lagu ni atau Syamsul Yusoff; tapi lepas tengok performance ni; rasa suka pula..
Padu kan suara dorang..

Love it!

Wassalam..

Lirik : Terakhir : Sufian Suhaimi

Salam..

Takleh nak move on la dengan lagu ni..
Duk ulang dari pagi lagi..

Jom nyanyi sama-sama..^^


Lirik Lagu Terakhir : Sufian Suhaimi

Mengapakah kita selalu berjauh hati
Selalu sendiri dan terasa hati
Apakah kita tak sehaluan lagi
Berat bagiku 2x

Apakah salahku
Kau buatku begini
Selalu sendiri...tinggal sendiri
Cinta yang ku pinta
Kau balas dengan dusta
Berat bagiku..melepaskanmu...

Bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidurku tak lena mengenangkanmu
Ku cuba pertahankan...

Separuh jiwaku hilang ikut terbang berasamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali mnguasai diriku ini

Oh tuhan
Kumahu yg terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini

Oh tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buat diriku

Dah abes nyanyi..?
Jom ulang.. Haha..

Wassalam..

Review Kaklong Tentang AJL31

Salam..

Dah 10 tahun kot Kaklong tak tengok Anugerah Juara Lagu..
Ahad lepas Kaklong masih berada kat kampung dan adik-adik cakap "nak tengok Juara Lagu malam ni. Banyak lagu best best. Aiman Tino, Sufian Suhaimi pun ada..."
Wow! Kaklong nak tengok Sufian Suhaimi nyanyi lagu Terakhir.

Nak dekat pukul 9 malam tu, angin masih kuat dan Astro pula takde siaran.
Ntah hape-hape je kan..
Pastu pukul 9.05 malam masih takde siaran..

Tiba-tiba teringat pula, mungkin ada live streaming..?
Sebelom ni selalu juga dengar pengacara rancangan live bagitau ada live streaming kat xxx..
Cuma Kaklong tak pernah amik port sebab ada TV kan..

Cari punya cari akhirnya dapat.
Kitorang tengok kat tonton.com.my

Tapi masa buka tu dah turn Aiman Tino..
Dah separuh dah dia nyanyi..
Frust rasa..
Orang nak tengok dia nyanyi dari awal..

Ramai kawan2 FB kata dia nyanyi tak best langsung..
Tak apa la tak best pun..
Yang dipertandingkan ialah lagu.. Yang penting lagu best..

Apapun Kaklong puas hati dengar Sufian Suhaimi nyanyi..
Kaklong suka melodi lagu Terakhir tu..
Kaklong harap lagu tu menang, tapi ayah cakap liriknya tak cukup indah untuk menang..
Betul juga tu..
Tak begitu terkesan dengan lirik tu, apa yang best cuma melodinya..

Suara Sufian mungkin terlalu muda untuk lagu tu..
Soul pun kurang sikit.. Macam tak rasa kesakitan bila nyanyi lagu tu..
Tapi alunan suaranya sedap..
Mungkin bila masuk 30-an nanti, suara lebih matang, lagu tu akan jadi lebih sedap..

Yang buat Kaklong kagum dengan pentas AJL31 kali ni ialah Shamsul Yusoff.
Terkejut pulak Kaklong dengar dia rap secara live dengan sangat baik..
Pastu stage performance dia pun bagus la..
Macam dah biasa je nyanyi live dan buat konsert..

Awal2nya Kaklong tak expect la bagus sangat sebab dia bukan full-time menyanyi kan..
Tapi... tubik2 je,. macam pro bro.. Hebat hebat.. *clap clap clap*

Masa dorang tukar baju tu, Ucu takut tak sempat..
Kaklong pula tak faham apa benda yg tak sempatnya?
Pastu baru dorang explain maksud drama dalam persembahan tu..
Best best!

Pastu kemunculan Sarimah Ibrahim buat Kaklong hepi sangat..
Dah lama tak tengok dia dalam TV.
Masa kecik2 dulu selalu tengok dia kat NTV7.
Walaupun dah lama tak muncul, tapi pengacaraan dia masih hebat dan tak kekok pun..
Suka dengan lawak2 dia tu..
Walaupun dia tu mixed tapi sebutan dan percakapan Melayu dia tu Melayu sangat kan..
Suka!

Pengacara 4 orang tu macam ramai sangat..
Rasanya 2 orang dah okay kot..
Apapun ada chemistry antara keempat2 pengacara tu dan tak nampak crowded atau kelam kabut macam semua nak bercakap..
Masing2 tau timing masing2 dan tak nampak terlalu formal atau terlalu lepas laku..
Nampak seimbang, ada elemen serius dan ada elemen komedi..

Bagi pemilihan pemenang pula, Kaklong takleh nak cakap banyak sangat sebab kebanyakan lagu tu Kaklong baru dengar haritu.
Sori, dah lama sangat tak dengar radio..
Cuma Kaklong agak2 lagu "Kalah Dalam Menang" tu dapat la top 3 atau persembahan terbaik..
Sebab lagu tu best juga, liriknya pun berbeza sikit dengan lagu2 lain yang dipertandingkan pada haritu dan persembahan tu je yang buat Kaklong naik meremang bulu tengkuk..

Lagu duet malam tu dan lagu balada lain macam biasa2 je..
Maksudnya macam biasa dengar orang lain nyanyi sebelom2 ni...
Atau similar dengan lagu2 popular sebelom ni..

Tapi lepas tengok senarai juri, terus dapat agak lagu rancak tak akan menang..
Lirik yang staright forward takkan menang...

Dan ia ternyata benar!

Tak apa laa..
Juri lagi pandai kan..
Kita ni pandai dengar je...

Ntah la..
Kaklong ni suka lagu yang nampak novel dan lain dari yang lain sikit..
Baru la ada peningkatan dan kepelbagaian dari tahun ke tahun..
Tapi macam Kaklong cakap la, juri lagi tahu...

Nasib baik Di Amaran Mama tak menang..
Lagu tu tak best la..
Mungkin lagi best kalo tukar sikit arrangement jadi lebih pop dan muda..
Pastu suara tu bagi penyanyi yg lebih riang dan energetic yangnyanyikan..
Tapi Kaklong ni apa la tau kan..
Tau dengar je.. Hahaha...

Apapun, lagu tahun ni best juga..
Cuma banyak lagu bab liriknya tu memang kureng berbanding tahun 70-an ke 90-an..
Tahun2 tu penulis liriknya poetry atau penyajak atau penulis..
Pendek kata tugas menulis lirik diberi kepada ahli sastera..
Lirik2 tu pun menjadi tersirat dan banyak metafora yang menggambarkan perasaan yang mendalam..
Lirik sekarang ni banyak yang straight forward aka tersurat..
Sekali dengar terus faham..


Memang patut pun lagu Lelaki Teragung menang kerana liriknya pun indah..
Ditambah pula dengan suara Dayang yang power dan melodi yang sedap didengar..

Harap2 lepas ni kita bole bagi lagu2 yang sedap kepada poetry untuk tuliskan..
Baru la cantik hasilnya nanti..

Yang tak sempat tengok haritu, bole tengok kat playlist bawah ni:



Korang pula camana?
Suka tak tengok AJL31 ni?

Wassalam...

19 Jan 2017

Tutorial : Cara Buka Whatsapp kat Laptop / PC

Salam..

Tau tak kita boleh buka dan guna whatsapp direct kat laptop ataupun komputer rumah anda?

Ramai juga yang dah tau.
Yang belum tau, meh Kaklong tunjukkan caranya..

Mula-mula pegi kat website web.whatsapp.com

Akan nampak muka macam ni..
Kat situ dia dah explain cara untuk os yang berbeza..

Yang Kaklong nak tunjukkan ni guna os Android ya..
Sebab phone Kaklong Android je.. Hihi..

Mula-mula, pegi kat phone, buka app whatsapp pastu tekan 3 titik yang sebelah kanan atas ni..


Pastu dia keluar macam ni..


Klik "Whatsapp Web"

Dan sepantas kilat akan keluar scanner..

Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah scan QR code kat muncul kat website tadi..

Macam mana nak scan QR Code?
Cuma letakkan scanner ni kat gambar code..

Macam ni..

Sepantas kilat juga dia akan detect, pastu automatik keluar benda ni kat laptop korang..


Yay!

Sekarang dah bole taip apa saja yang korang nak... 
Best tak?

Erm.. apa yang bestnya?
Guna phone lagi senang..

Itu terpulang pada keperluan masing-masing..
Bagi Kaklong whatsapp web ni memudahkan Kaklong menguruskan bisnes online..

Update blog, update post kat media sosial, update barang yang dah abes, barang yang dah restock, barang yang kurang, check pembayaran kat online banking, order barang, bookkeeping semua Kaklong buat kat lappy..

Kejap-kejap customer whatsapp, kene stop kejap keje dan reply whatsapp.
Lepas reply, dia tak respond.. Letak phone dan sambung keje..
20 saat kemudian dia reply, stop keje balik dan buka phone..

Bagi Kaklong proses tersebut yang berulang-ulang dari pagi sampai petang selama 7 tahun ni sangat memenatkan.. T___T

Lepas dapat buka whatsapp kat lappy ni, bapak senang jadinya..
Kaklong cuma perlu buka satu tab whatsapp kat chrome, pastu setiap kali mesej masuk dia akan bunyi dan muncul mesej pendek kat tepi sebelah kanan (ala-ala kat facebook bila notification masuk. CUma bezanya facebook mesej tu muncul sebelah kiri)
Jadi Kaklong cuma perlu scroll mouse dan taip untuk reply pertanyaan kastemer tersebut..

Satu lagi yang best, masalah typo dan delete perkataan yang salah eja (terutama bila on dictionary) dah takde lagi.. Dapat taip dengan lebih cepat dan confident giler..

Satu lagi senang nak hantar gambar bila customer minta..
Kat phone gambar dia bole tahan gak bersepah (mungkin sbb Kaklong tak pandai susun folder - bole ke susun folder ikot suka hati kita?); kat lappy ni senang..
Gambar barang2 jualan Kaklong dah letak ka satu folder kat desktop. Nak gambo apa semua bole send dengan pantas..

Ini bagi Kaklong sebagai pengusaha bisnes online la..
Kalo sekadar nak berbual2 kosong dgn famili, guna phone je..
Sambil baring2, guling2, masak2 pun bole..
Hahhaha...

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Wassalam..

16 Jan 2017

Tutorial Blog: Cara Buat Kotak Teks / Tulisan kat Entry / Blogpost

Salam

Harini nak bagi tips untuk blogger baru.
Tips simple2 je Kaklong pandai.. Hat hardcore tu tak reti la eden.. Hihihi




Kaklong akan kongsikan cara untuk masukkan kotak yang mengandungi tulisan (text box) ke dalam blogpost korang.. Macam yang kat atas ni...

Cara dia simple je sebenarnya.

1) Create "New Post" macam biasa.. (yakni nak taip entry baru)

2) Kemudian tulis la apa-apa entry yang korang nak tulis..

3) Pastu, sampai masanya korang nak buat kotak tu, sila klik "HTML" kat sebelah kotak "Compose" tu.
Ni haa..
Lepas klik "HTML" tu secara automatik dia akan berubah menjadi gini:
gini.. haa.. haa.. tak tau.. sape buat...?
Okay, relax...
Jangan terperanjat...
Kaklong akan tunjukkan caranya..

4) Copy kod kat bawah ni, dan paste kat sebelah huruf yang terakhir tu (rujuk gambar atas)

<textarea rows="5" cols="20" name="Privacy Policy" readonly="readonly">
Tulis ayat korang kat sini
 </textarea>

Dah ubah tulisan tu ikot kehendak korang..

cols="100" rows="10" tu adalah saiz kotak.. Boleh adjust ikot kesesuaian blog korang..
Blog Kaklong cols=75, rows=ikot panjang tulisan.

Senang kan...

Komen la sikit.. Nak tengok brape orang yang dapat manfaat hasil entry kali ni..
Kalo ramai bole la Kaklong share tutorial blog lagi..

Wassalam..

13 Jan 2017

Tutorial : Cara Pasang Wallpaper (makeover meja lama)

Salam..

Kaklong suka pakai meja kecik ni..
Meja ABC untuk kanak-kanak bermain..

Ini la muka dia..

Sampai sekarang pun meja ni la Kaklong gunakan untuk main laptop depan TV; makan pisang goreng, pasembuq, laksa penang depan TV, seterika kain kraf, dan kalo tetamu mai, meja ni juga la yang jadi cofee table..

Macam menyedihkan je kan..

Eh, bukan la meja yang sama..
Ada beberapa biji dalam rumah ni yang digunakan untuk memenuhi aktiviti di atas..
Kikikiki..

Kenapa suka sangat ngn meja ni?

Sebab dia punya ketinggian tu sangat serasi dengan Kaklong time beraktiviti dalam keadaan bersila..

Pastu harga dia pula mampu bilik.. Kalo tak silap RM18 sebiji (dah lama dah beli). Ada tu RM10 je, tapi rendah sikit; tak sesuai buat keje..

Dan bila nak clear ruang, dengan konfidennya bole lipat dan sorok / sandar je la kat mana2 yang dirasakan sesuai.. Masa nak guna buka balik..

Sesuai sangat dengan pondok kecil Kaklong ni...

Cuma design dia tuagak kurang sesuai dengan saya yang dah menginjak usia 30-an..
PAstu muka dia pun dah buruk sebab dah lama sangat guna..
Hew hew hew...

Tak bole jadi ni..
Instead of beli baru, apa kata kita makeover je dia nak tak...
Mesti la nak..

Untuk ubahsuai meja ni supaya kelihatan baru dan elegan, apa yang kita perlukan?

Wallpaper!

Wallpaper ni Kaklong beli kat DIY je..
Kebanyakannya corak yang natural dan simple..
Kaklong suka yang kiut miut; tapi tak ada... *sob sob*
Oleh itu, amik je la yang corak kayu ni je..

Siapa yang tak pernah guna wallpaper tu, meh Kaklong bagi tutorial cara guna wallpaper ni..

Mula-mula ukur dulu saiz yang sesuai untuk balut meja ni..
Lebihkan sikit untuk lipat ke bawah.. Kaklong buat 2 cm je..
Dah ukur tu, terus potong guna gunting..

Don't worry, kat bahagian belakang dia ada grid / kotak-kotak jadi masa potong tu nanti takde la senget...

Kemudian, dari satu bahagian korang peel dia macam buka sticker pastu tepek kat meja..
Kalo tersilap tepek, jangan bimbang...
Bole buka balik dan tepek semula bagi kedudukan dia elok kat meja tu..


Sambil buka kertas belakang tu, sambil tu juga gosok2 wallpaper tersebut kat meja macam dalam gambar ni..
Satu yang kene jaga ialah gelembung udara..
Kalo dah terperangkap gelembung tu, bole buka balik..
Tapi kalo banyak sangat, penat gak nak undo redo..


Siap!
Kejap je buat, dalam 5 minit gitu je tau..

Yang tu bukan gelembung udara ya..
Memang meja tu macam tu.. Almaklum la meja lama tapi masih kukuh..

Abang mcam hepi je tengok meja dia pakai baju baru..
RAsa macam matang la sikit, takde la hari2 makan petang sambil mengeja dan mengira..(haha..)
Amacam?
Senang kan..

Kalo senang apa lagi, pi cari perabot2 yang nampak lusuh tu, pakaikan je dia baju baru..
Tak perlu fikir beli lain.. 
Jimat tu...

Selamat mencuba

Wassalam..