House of Dream : Astro LI

by - 31.12.16

Salam.

Baru-baru ni Kaklong tertengok satu rancangan yang sangat menarik.
Nama dia "House of Dreams" saluran Life Inspired (kat Astro)
Haritu episod 9.

Rancangan tu tunjukkan satu keluarga yg terdiri daripada sepasang suami isteri, anak kecik dan si atuk (ayah kpd si suami)
Mereka tinggal kat rumah yang sangat kecik dalam bandar yang padat kat China..
Rumah dia macam shoplot macam tu..

Disebabkan dorang dah kahwin dan ada anak, si atuk ni buat tingkat ats dan naik guna tangga yang tegak tu je.. Siling pun jadi rendah sangat, kene bongkok bila naik tingkat atas.

Saiz rumah dorang tu sama besar ngn saiz ruang tamu rumah Kaklong..
Dah ler rumah Kaklong ni memang dah kecik dah.
Saiz tu termasuk toilet, katil, meja, dapur..

Bila menantu (perempuan) nak pi toilet, atuk tu kene naik tingkat atas utk bg privacy..
Sebab bole dengar apa saja yang berlaku dalam toilet tu.. Segan la kan..

Masa nak masak pun, ruang memasak tu cukup-cukup untuk 1 dapur dan dorang kene berjalan ke almari utk amik bahan2 masak, sebab takde ruang nak letak barang tu sekejap. Cthnya kicap, lepas amik kat almari, taruk dalam kuali pastu gi jalan simpan semula kat almari..
Atuk tu dah tua, dia kata penat juga tiap kali memasak kene macam tu..

Ruang mandi pun muat2 untuk sorang berdiri..
Nak gosok gigi kene pegi kat kaki lima.
Nak basuh baju pun kat kaki lima, sebab rumah tu tak muat nak taruk mesin basuh..

Yang dorang duk risau ialah pasal anak dia yang makin membesar. Sekarang ni bole la tido sekatil..
Sampai masa nanti takde tempat si anak tu nak tido..

Pastu ada sorang designer nak renovate rumah dorang..

Bukan la renovate tapi runtuhkan dan buat semula..
Proses tu pun banyak cabaran sebab sempit sangat ruangnya..

Renovate punya renovate, akhirnya siap pun..
Bila siap tu kan.. Alamak haiii, lawa la pulak..
Jangan kata dorang.. Kaklong sendiri pun teringin giler nak duk dalam tu..

Rasa nak menangis tengok kegembiraan mereka..

Yang best bukan hanya kerana rumah mereka cantik..
Tapi juga praktikal..

Contohnya, tingkat atas tu dia buat bilik tidur, tapi bila sampai masa anak tu perlukan bilik sendiri, dorang cuma perlu pasang sliding (yg dah disediakan) dan turunkan tirai untuk ruang peribadi..

Meja makan dorang juga kecik je, tapi kalo nak makan ramai, cuma perlu tarik dan dia pun jadi memanjang, muat untuk 6 orang..

Kerusi pun bole lipat jadi nipis dan sangkut kat dinding..

Bilik air masih kecik, tapi dorang guna jubin yang warnanya bagi ilusi luas, jad rasa selesa sangat duduk dalam tu..

Kaklong pun rasa nak nangis tengok..
Instead of reka rumah yang nampak mewah dengan pelbagai perhiasan mahal (seperti rancangan tv lain yang pernah kita tonton), designer tu create rumah yang cukup simple, selesa dan praktikal untuk mereka.. Tambah2 lagi cantik pula tu..

Kaklong puas cari video atau gambar rancangan ni untuk tunjukkan kat korang..
Tapi tak jumpa..
Puas cari tak jumpa..
Sori tau..

Apapun, kalo korang ada Astro bole tengok kat LI channel 728
Setiap Khamis pukul 9 malam..
Bole juga tengok kat Astro-on-the-Go kot...

Jom kita jamu mata tengok design rumah kecik-kecik tapi comel dan praktikal..












Ada banyak lagi gambar korang bole tengok kat SINI
MAcam satu terapi tengok rumah comel-comel ni..

Wassalam..

You May Also Like

0 Geng Kaklong

recent posts