Rangkaian Produk SimplySiti

21.10.16

Hai..

Korang pernah tak try produk Simplysiti?


Siapa yang tak tau, SimplySiti ni ialah jenama rangkaian kecantikan penyanyi tersohor Malaysia, tidak lain tidak bukan Dato’ Siti Nurhaliza. Bukan sahaja dalam bidang nyanyian, berbekalkan semangat beliau yang sentiasa ingin pergi lebih jauh dalam pelbagai bidang, maka terhasillah jenama kecantikan SimplySiti. Ini merupakan salah satu daripada pencapaian terbesar Dato CT tau..

Walaupun baru mencecah 4 tahun dalam pasaran, dengan tagline "It's All About You" atau Segalanya Tentang Anda", SimplySiti sudah pun mempunyai rangkaian produk kecantikan, makeup dan juga wangian yang unik dan tersendiri. Semestinya produk SimplySiti direka khas dengan formula bersesuaian untuk pelbagai jenis kulit, terutama kulit wanita Asia.

Mesti korang nak tau kan, produk apa je yang SimplySiti keluarkan..


Rangkaian produk kecantikan wajah SimplySiti merangkumi Clear Solution, Dermagic, New Age+ dan banyak lagi. Produk SimplySiti Clear Solution direka khas untuk individu yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat. Kandungan bahan termasuk minyak Tea Tree dan enzyme papaya yang bertindak mengurangkan produksi minyak pada muka serta meredakan kemerahan. 

Bagi produk Dermagic pula, ia diformulakan dengan Endorphin Tumbuhan supaya kulit kusam nyata lebih bermaya. Untuk anti penuaan, rangkaian SimplySiti New Age+ menjadi pilihan utama kerana ia dirumuskan dengan Vita Source, Matrixyl 3000, Argireline dan Syn-Glycan.


Untuk peminat makeup, rangkaian produk makeup SimplySiti mempunyai pelbagai pilihan dari produk untuk muka, mata dan bibir. Dari bedak asas hingga ke krim muka, warna pipi berfungsi pelbagai, set countouring dan banyak lagi, 

SimplySiti ada semuanya. Produk makeup lain termasuk eyeliner tahan lama, maskara anti gumpalan dan juga lipstik anti penuaan diformula khas dengan minyak Argan. 

Uuu.. best kan..

Jom dapatkan SimplySiti Malaysia secara online sekarang.

Kaklong ingat nak beli serum dia la... Macam murah je.. ^_^

Korang pernah try tak?

You Might Also Like

4 Geng Kaklong

  1. Saya suka blusher dan perfume Simplysiti, best sebab harganya affordable.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perfume dia best ek.. Bole la try.. ^^

      Padam
    2. best, tapi sesetengah watson je ada...susah nk cari juga kat tempat mai ni...

      Padam
  2. yeke best? tak pernah try lagi tapi shelf simplycity selalu cepat je kosong hehe maksudnya laris la kan ^^

    BalasPadam

Sila tinggalkan jejak untuk Kaklong ziarah.

Tak tau nak komen apa..?
Komen je, "Wah, bagus la awak ni Kaklong, comel pula tu"
Kui kui kui... :D

AFB Blogs