World Quran Hour

by - 10.9.16


Hai.

Tau tak esok ialah World #QuranHour?
Kaklong pun baru tau tadi..

Apa tu World Quran Hour?

Bertenang..bertenang..
Meh Kaklong explain.


World Quran Hour tu ialah satu gerakan yang dimana semua umat Islam di seluruh dunia meluangkan 1 jam bersama Qalam Allah tu..

Bayangkan semua umat Islam di muka bumi ni membaca Quran dalam satu masa..
Pergh....

Bila tu?

Esok, 11 September 2016. 
Start pukul 9 pagi - 10 pagi.

Bukan kita je tau; TV pun buat 1 jam tu bersama2 kita semua..
Syok woooo..
Amik wuduk, buka Quran, buka TV.
Kaklong tak pasti la kan, dorang nak buat camana, tapi kalo tv ajak baca ayat mana2 kita baca je ikot dorang..
Uuuuu, macam seronok je.. ^^

Kene baca je ke?
Takleh ke nak buat aktiviti lain bersama al-Quran?

Ha?
Aktiviti lain bersama Quran?

Erm...
Sebenarnya bole je..
Selain baca Quran, bole juga nak baca tafsir Quran ke, terjemahan Quran ke,
Atau nak baca / bincang ilmu lain berkaitan dengan Quran ke..

Yang penting ia berkaitan dengan Qalam Allah..

Huuuuu...
Saya nak join la..
Tapi takkan kita je?
Orang lain tahu tak mengenai gerakan ni?

Tanggungjawab kita la bagitau dorang.

Camana nak bagitau?

Eh, awak ni semua benda nak ajau..

Kalo ada blog, tulis satu blog entry tentang World Quran Hour ni..
Nanti orang search terus jumpa dan dorang pun mesti nak join.

Ala, malas la..
Saya bukan pandai buat karangan ni.

Kalo malas, awak share apa Kaklong tulis ni kat kawan2..
Lagi senang..

Tapi malas la nak share-share..
Ramai tu kawan saya, ada la dalam 40juta orang..
Yang duk Zimbabwe tu saya terpaksa translate pulak..

Kalau malas sangat, awak ada instagram kan?

Ada...

Twitter?

Ada

Facebook?

Ada

*krik..krik...*

Okay, Kaklong perlu explain lebih lanjut ke?

Mesti la... Saya tak faham ni..

(Adoii.... Sabar je la)
Awak buat satu post cakap,

"Esok World #QuranHour . Baca Quran pukul 9pg sampai 10pg. Satu dunia baca. Sapa tak baca siap!" 

PAstu jangan lupa hashtag #QuranHour .
Nanti kalo dorang tak caya, dorang bole search hashtag tu dan didapati ramai bercakap mengenainya.

Haaaaa.. okay okay..
Saya tulis sekarang..

Erm, saya copy je la apa Kaklong tulis tadi tu bole tak?

Suka hati awak la.. Bole je..
(Adoii, sabar je la orang macam gini pun ada..)

Jumpa esok ya..

Bye

You May Also Like

8 Geng Kaklong

  1. berkongsi yang baik baik insyaallah ada manfaatnya

    BalasPadam
  2. InshaaAllah, mudah-mudahan diberi kesempatan untuk join esok.
    Jom puasa Arafah esok ;)

    BalasPadam
  3. Hhahahahaha... iolssss dah tulis dah.... nasib baik iolssss rajin. Semoga iolsss boleh join esok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus2.. KAlo bukan kita sebarkan, siapa lagi kan.. ^__^

      Padam

Komen la sikit ^^

recent posts