Selamat Hari Malaysia

by - 16.9.16

Morning

Selamat Hari Malaysia.

Tajuk je HAri Malaysia, tapi entry takde kena mengena..
Harini cuti rupanya..
Kaklong baru je packing barang untuk pos, tetiba abang bagitau yang harini cuti.

Abang tak cuti..
Dia OT lagi, harini 16 jam.
Rajin kan abang, tu yang sayang tu.. :D

Tinggal la Kaklong sorang-sorang lagi kat rumah.
Semalam dah 16 jam.
Takpe la.. Jika itu bisa membuatmu bahagian, aku redha..
Cewah!

Esok abang cuti 2 hari,
Nak ajak pi tengok citer Train Tebusan..
Haha..
Train to Busan la..
Harap2 dia nak..
Tak tau kalo dia nak tido, penat kan OT 2 hari..

Kaklong dah lama gila tak diet..
Berat Kaklong masih sama kekal 72.9kg.
Nama je tak diet, tapi masih diet tau..
Kawal karbohidrat dan tak minum manis..
Takde la hardcore macam haritu..
Tu dapat maintain tu.. Haha..

In case ada tertanya-tanya kenapa Kaklong komen kat blog korang tapi tak letak default profile (yg Google+ tu).
Itu kerana akaun Google+ tu adalah utk bisnes yang Kaklong buat selama 6 tahun ni..
Taknak korang konfius..
Jadi Kaklong taruk link direct ke blog ni..

Dan in case ada terdetik dalam hati "Eh, blog baru sebulan, terus nak letak offer iklan? Macam la banyak sangat trafik kat blog dia."
Tujuan letak awal-awal tu kerana Kaklong tak cukup rajin nak edit blog banyak kali.
Alang-alang tengah godek template ni, Kaklong terus taruk je la.
Mungkin 5 tahun kemudian baru ada orang nak beriklan kot.
Apa salahnya letak awal-awal kan..

Kaklong baru juga buka akaun facebook baru khas untuk kawan-kawan baru.
Seronok dapat kawan-kawan yang positif

Yang best tu kan, ada satu post yang simple2 ada sampai seratus orang like..
Apa la yang menarik sangat status tu..?
Ni haaa..
Bukan post tu yang menarik, tapi kawan-kawan baru Kaklong ni yang menarik..
Rasa suka sangat tengok respond macam tu.. ^___^

Walaupun begitu, Kaklong dapat detect sorang dua yang pelik sikit la bagi Kaklong..
Setiap kali Kaklong update post yang biasa2, atau seronok2 dia tak like tau..
Tapi bila post yg sedih atau yg padan muka muka Kaklong cepat2 dia like dan komen..
Komen dia pula tu bagi hiris je kat hati ni.
Macam komen sindir2 atau bermaksud padan muka Kaklong la macam tu..
Dorang macam jenis orang yang anti-climax sikit..

Ada tu pula tak bole terima kalo tak sependapat..
Tak sependapat bukan bermaksud Kaklong betul dan dia salah..
Dunia ni bukan hitam putih sahaja.
Bukan Yes and No je.
Bukan A, B,C,D je..
Dunia ni kan subjektif.

Kalo dia suka merah, tapi Kaklong tak minat merah, minat biru..
Pastu tak puas hati, tetap nak kata merah yg paling cantek, yang terbaik dalam dunia.
Takpe la..
Kalo suka sangat merah tu, amik je la..
Takkan Kaklong bersalah atau stupid sebab pilih biru.
Ntah hape2 je, benda ni pun nak pertikai..
Sabar je la..

Ada lagi yang jenis bila Kaklong komen dia reply "k" je..
Tapi bila otai atau awek cun komen, perghh.. bukan main lagi respond dia.. 
Dengan detail, dengan smiley, dgn buat lawak lagi. 
Otai tu cuma komen (y) je pun..
Bukan bagi explanation atau kata2 pujian..

Masa tu rasa sangat diri ni baby, takde orang nak cara..
Rasa nak gelak pun ada tengok perangai manusia..

Rasa berbeza bila duduk di dunia kraf, camana orang layan kita..
Bila duduk kat dunia blogger (sebagai baby) layanan pun lekeh2 je..

Kaklong bukan orang baru dalam dunia blog..
Tapi baru buka Blog Kaklong untuk explore niche yang lebih luas..
Kat blog kraf Kaklong dah takde idea nak tulis apa..
Buka blog baru ni rasa lega sikit dapat tulis pasal semua benda..

Ni FB page kraf (likers cuma 8000 orang je): fb.com/asmafeltbox
Ni IG kraf (followers cuma 1500 orang je): ig.com/asmafeltbox
Ni youtube kraf (subsribers cuma 650 orang je): youtube.com/c/asmafeltbox

Memang sikit, niche kraf kan kecik je..

Okay la//
Sebelom merepek lagi jauh, better Kaklong undur diri dulu..
Korang sambut Hari Malaysia elok2 tau..
Jangan buat yang tidak tidak.

Bye.

You May Also Like

0 Geng Kaklong

Komen la sikit ^^

recent posts