Cer Cari :

20 Sep 2016

Review Movie : Train to Busan

Hai.

Akhirnya, dapat jugak tengok. Yay!!

Walaupun dah agak lewat, namun harga tiket masih lagi sama tau..
Nampak sangat citer ni laku giler.
Seingat Kaklong, tak pernah nampak lagi trailer dia..
Disebabkan best sangat, ramai penonton sendiri yang rekomen kat media sosial menyebabkan berpusu-pusu orang datang tengok.

Kepada sesiapa yang belom tengok, tulisan pink kat bawah ni spoiler, jangan baca tau..

Train to Busan ni bermula dengan seorang anak yang merayu pada bapanya yang kuat bekerja supaya bawa dia pi jumpa mak kat Busan sempena harijadinya esok. Bapa dia taknak sebab ada banyak keje, tapi anak tu merayu-rayu juga. Last-last bapa ni pun bawa la pegi.

Sebelom train tu bertolak sempat sorang perempuan yang dijangkiti wabak zombie masuk train dan dia mula gigit orang. Setiap orang yang kene gigit akan berubah jadi zombie dengan serta merta, lalu dorang pula yang gigit orang lain.. MAcam MLM la (multi-level marketing, bukan maharajalawak mega tau. Hahaha). Nak tak nak mereka yang terselamat perlu teruskan perjalanan ke Busan dengan train yang penuh zombie.

Review:

Kaklong bukan peminat Korea..
That's why Kaklong tak tergerak pun nak tengok citer ni.
Kalo bukan disebabkan ramai rekomen, kebarangkalian yang tinggi tak akan pi tengok.

Mula-mula tengok scene pertama, Kaklong nampak cinematography dia macam citer Melayu / Indonesia yang berkualiti. Dorang banyak buat full shoot dan banyak pergerakan kamera instead of angle per angle. Tapi masa awal-awal je nampak, lepas dah start ada zombie dah tak perasan dah kerana penghayatan penuh diberi kepada jalan cerita tu.

Ada juga review menyatakan cgi citer ni tak real.
Bagi Kaklong benda tu langsung tak penting dalam citer ni...
Apabila otak kita dah terpesona dengan lakonan mantap dan suntingan yang bagus, tak perasan pun apa yang tak kena kat cgi.

Jalan citer dia stereotype je kan, ada zombie, lari-lari, lawan-lawan..
Tapi cerita ni lain..
Walaupun ramai kata awal-awal tu boring, sebenarnya tak pun..
Scene awal yang dikatakan boring tu sebenarnya penguat bagi scene terakhir tu..
Kalo takde scene awal, kemungkinan kita tak nanges kat scene terakhir

Berbanding cerita Hollywood yang banyak fokus pada kehebatan visual, special effect, dan violence; citer ni lebih banyak fokus pada emosi dan perasaan sayang/kemanusian yang beri kekuatan pada mereka yang takut ni untuk memberanikan diri melindungi sesama sendiri.

Kaklong suka babak dimana si bapa tu cepat-cepat tutup pintu gerabak bila nampak zombie, sedangkan ada sorang perempuan pregnant dan laki dia terperangkap lagi dalam tu..
Lepas dorang dapat masuk dalam gerabak tu, laki tu apa lagi, marah la kat si bapa tu tanya kenapa kau buat macam tu ha?
Bapa tu cakap bukan kau je nak hidup!

Kemudian dalam babak hujung, orang ramai pula tak buka pintu untuk bapa ni. ketika terperangkap dengan zombie.
Lepas masuk, bapa ni pula tanya, kenapa kau buat macam tu?

Macam balik semula pula kat dia..

Citer ni juga secara tak langsung tunjukkan kepada kita jenis-jenis manusia..
Ada yang mementingkan sendiri, ada yang memntingkan orang lain lebih dari diri sendiri, ada yang semulajadi berani, ada semulajadi penakut, ada yang sanggup korbankan orang lain jadi mangsa zombie asalkan diri sendiri selamat, dan ada yang sanggup korbankan diri sendiri asalkan orang lain selamat. (erm, macam belit je)..

Pendek kata semua karakter manusia ada dalam citer ni, dan buat kita terfikir kalo situasi ni benar-benar berlaku, tindakan yang mana satu yang akan kita ambil...?
Of course la kita akan cakap, "kalo aku, aku akan buat apa hero tu buat."
Tapi yeke?

Belom jadi lagi bole la cakap..

Salah satu penyebab yang menyentuh emosi penonton ialah element muzik yang blending selaras dengan emosi. Dan pergerakan kecil yang mencerminkan perubahan emosi si pelakon.. Selain tu slow-motion yang ditunjukkan cukup cukup dan betul2 menusuk ke sanubari.

Contohnya babak si bapa tu jawab telefon dari nenek dan babak terakhir.
Rasanya kalo takde muzik, kurang menjadi kot..

Lakonan pula tak bole disangkal lagi..
Semua pelakon (yaaa, semua termasuk para zombie sekalian) berlakon dengan begitu realistik sampai Kaklong terlupa ini adalah lakonan semata-mata.

Bila tengok citer ni kan, rasanya watak yang paling susah untuk dibawa ialah watak zombie..
Macam bersungguh2 sangat zombie tersebut..
Watak kecil pramugari (ke nama dia train attendant kot) yang cute dan lemah lembut; bertukar ganas dan merepek-repek bila jadi zombie. Macam tak percaya pula dia bole berlakon macam tu...
Ternyata watak ribuan zombie ni bukan dilakonkan oleh calang-calang orang..
Zombie je kot...

Kalo zombie tu dilakonkan oleh extra, pasti citer ni tak nampak real...

Satu benda yang Kaklong tak sangka ialah hero sebenar dalam filem ni..
Bila tengok poster tu nampak macam si kacak tu la hero kan..
Ya, dia memang hero, tapi ada lagi hero lain yang lebih hero sebenarnya..

Berbanding filem yang suka memaparkan trailer dan poster dan "the making of.." yang gempak tapi citer suam suam kuku; cerita ni terbalik.. Dia buat otak kita percaya si kacak tu la hero, tapi rupa-rupanya bukan macam tu.. Element tak disangka-sangka ni la yang buat adrenaline kita naik tatkala hero tersebut muncul di saat yang mencemaskan dan tak disangka..

Paling cemas la bagi Kaklong ialah ketika zombie nak attack si anak dari belakang, tapi bapa dia time tu duk jauh. Scene tu kan slow-mo dan Kaklong rasa memang tak sempat bapa dia nak selamatkan anak tu (jauh tuuuu) orang lain pun takde time tu. Tetibe hero tu muncul menyiku muka zombie tu time hampir-hampir nak gigit.. 
Perghh! Terhenti sat jantung seraya nak nanges sebab lega..
Kaklong tak sangka orang tu muncul dan terus menerus jadi hero sampai....

Kalo tanya Kaklong siapa pelakon terbaik, jawapannya ialah zombie..

Yang kedua ialah pakcik gelepor
Ini la muka pakcik gelepor itu

Yang lain2 tak kurang hebatnya, tapi Kaklong kagum dengan lakonan pakcik gelepor tu...
Ramai yang nak bagi penyepak kat pakcik tu kan, termasuk la Kaklong sekali...
Sampai Kaklong rasa nak masuk dalam filem tu dan campak pakcik tu ke dalam zombie..
Senang cerita..
Menyusahkan orang je keje dia...

Disebabkan emosi yang sangat dalam terhadap karakter dia tu la membuatkan Kaklong salute dengan lakonan mantap dia tu...

Harap2 ada lagi citer best macam ni kat wayang next time.

Best punya pasal Kaklong bagi 5 bintang out of 5.

Bye

15 ulasan:

  1. Mrs. A peminat crama Korea tapi bila la nak pi tengok nih!?
    Hurm.. tunggu kuar Astro Best/ Fist la kot?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belom tengok lagi ya?
      Ada masa gi la tengok.. Tak rugi.. Feel sangat duk dlm wayang..
      Lepas tengok citer ni Kaklong pun rasa nak ushare Korean Movie yang lain.. Huhu..

      Padam
  2. Cerita ni memang best dan endingnya sangat tacing..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaklong sampai nanges tau..
      Belom abes nanges dah buka lampu.. Malu je.. Haha

      Padam
  3. Kan??sangat adrenaline rush tengok cite ni. Memang rasa geram dengan pakcik gelepor tu. Dah mati jadi zombie pun nyusahkan orang lain.. Saya pun suka watak hero gemok tu.tapi rasa sedih sangat lepas dia pun jadi zombie,huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. Kaklong tak sangka tau ending dia camtu..
      Ingatkan dah selesai dah masa naik train last, rupanya ada lagi..
      Sabar je la.. :'(

      Padam
    2. Owh lupa pula..
      Hero gemok tu walaupun takde rupa hero, tapi jiwa hero beb..

      Padam
  4. Hi Kak Long :)

    Siqah suka cerita ni. Sedih di akhirnya. Dan benar muzik memainkan peranan. Sebab masa ending, budak tu nyanyi lagu yang dia nak nyanyikan lagu untuk bapa dia, jadi bertambah sedih scene tu. Bukan kisah zombie biasa. Ada pengajaran di situ :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Siqah..
      Betul2.. Time disuruh tembak tu Kaklong takot sangat.. Dah la semua org pun mati..
      Naseb baek budak tu nyanyi..
      Memang menyayat hati citer ni.. :'(

      Padam

Komen la sikit ^^