Review Filem: Mechanic: Resurrection

by - 3.9.16

Hai.

*tulisan pink tu spoiler tau*
Sape belom tengok jangan baca tulisan pink

Kaklong tonton filem ni lepas tengok poster dia kat TGV, pastu abang ajak masuk terus sbb dah start 10 minit lepas.

Tak sempat tengok sapa pelakonnya, dan citer pasal apa. Nak kejar masa punya pasal


Review:
Citer ni biasa-biasa je.
Jalan citer simple sangat.
Predictable, tak mendebarkan, aksi pun lawan2 cam biasa. Tak ada apa2 yang baru dan takde twisted plot yang buat kita terkejut atau berharap dia tak mati dan sebagainya.. Sebab dia ni hebat sangat, confident level pun tinggi, macam hero tamil, confirm menang.
Ending dia pun predictable.

Okay, kat bawah ni spoiler tau.
Jangan baca kalo belom tengok filem tu..

Babak awal-awal tu boring gila.
Tak best langsung.
Bila awek tu muncul, dah agak dah agak dh mesti awek ni xxxxxx.
Pastu ada la babak yang karut marut.

Maybe sebab Jessica Alba tu kot.
Kaklong tak minat dia, sebab muka dia keras je dan sedih je dalam mana2 citer pun..

Lepas awek tu kene culik baru la citer start. 

Pembunuhan pertama tu simple sangat. Macam Kaklong cakap, dapat agak apa dia nak buat. Kalo Kaklong jadi dia, akan buat benda yg sama gak.

Cuma kecewa sikit. Babak tu buat kat Malaysia, tapi orang Malaysia punya skrip, "ke mari, ke mari", bila panggil banduan ajak keluar dari kurungan. "Boley" lepas tick nama seraya suruh banduan masuk penjara, dan "ayuh ayuh ayuh," bila kucar kacir kat penjara tu. 

Itu bukan gaya bahasa Indonesia ke?
Adoi... -__-"

Pastu nak lepaskan diri dari penjara sikit punya senang pulak tu. Sabar je la.

Pembunuhan kedua menarik, nampak smart, dan aksi dia dgn gajet dia tu mengagumkan. Memang patut nama dia mekanik. Suka ^^

Yang ketiga pulak pelik sikit.
Kaklong masih tak faham kenapa dia bersusah payah buat deal macam tu bagi orang hebat macam dia.

Pastu ada pulak la babak yg saja2 buat, contohnya masa hero dah masuk kapal dah nak selamatkan awek tu, time tu pulak awek tu melawan penjahat , tak pasal pasal kene tembak kat perut. Padahal 2 3 hari tu elok2 je dia duduk senyap dgn penjahat tu.

Apapun dari segi lakonan semuanya hebat dan mantap kecuali Jessica Alba. Watak dia tu kalo Kaklong yang bawak lagi bagus. Hahaha..

Mungkin penyuntingan dan cinematography yang tak berapa ok kot. Nampak tak mendebarka. Time lawan2 tu.. 

Kaklong bagi ☁☁☁ out of 5.

Bye

You May Also Like

2 Geng Kaklong

Komen la sikit ^^

recent posts