Pengembaraan Mencari Kurus Day 21 & 22

by - 7.9.16

Hai.

Nampak sangat Kaklong makin malas kan..
Bole pulak gabung-gabung hari gitu.

Day 21 : turun 200g

Kaklong dah macam tak diet je start day 21.

Sarapan : Nasi minyak yang abang belikan.. Sedap tau.. T___T

Lunch : Tak makan

Dinner : dalam kul 5 petang gitu goreng keropok lekor, pastu tak cukup goreng lagi keropok keping.
Cicah air lada (sos). Pastu Kaklong pegi buat kopi "o" pulak dah. Tekak nak makan keropok dengan kopi "o"

A photo posted by KakLong (@kaklongchan) on

Tak tau la kenapa; tangan gerak sendiri.
Kaklong tak suruh pun (alasan..)

Air cuma 1.5liter je.

Exercise tak buat..

Malam tu bertaubat sangat...

*************************************

Day 22 : Berat naik 300gram T____T
Padan muka..

Sarapan tak amik..

Tengahari makan keropok keping dengan begitu banyak sekali..
Nampak tak pattern dia kat sini..?

Trend keropok keping ni muncul tatkala beli keropok makcik yang jual tepi bank tu..
Rasa sedap keropok tu telah trigger deria rasa Kaklong sampai hari2 terasa nak makan keropok..
Inilah punca kenapa kita takleh cheat diet.,
Sekali cheat, semua ke laut..

Pastu malam tu macam insaf la kan..
Kaklong pun masak togey goreng je.. Makan depan tv..
A photo posted by KakLong (@kaklongchan) on

Pastu dekat2 nak pukul 12 malam.. Lapar!
Terus masuk tido taknak terbawa2 dengan lapar..
Tapi lapar!

Kalah jugak...
Mesej abang minta beli nasi lemak otw balik..
Nampak tu? Nasik lemak beb..
Bukan mee goreng ke apa... Nasik lemak...

Hujan punya pasal, abang sampai rumah pukul 1.30 pagi..
Dia kejut Kaklong dan tengok2 dia punya la cinta pada Kaklong; belikan nasi lemak ayam telur goreng kau...
Hah, mana nak dapat laki gini? (padahal semua laki pun gini..)
Dia pun join sekaki juga, beli nasi lemak kerang telur goreng.. (dia tau Kaklong tak makan kerang)

Syarat diet ialah makan 3 jam sebelom tido.
Malam tu lepas makan terus tido..
Tu yang naik 300gram tu...

Huuuuuuuuuu

Air 2 liter

Exercise tak buat.. (urmm)

Kaklong tulis jurnal ni dengan tujuan nak bagi inspirasi kat korang.
Nampaknya Kaklong memang tak sesuai dijadikan contoh..
Ntah hapa2 punya diet..

Apapun, Kaklong dah tekad takmo pura-pura.
Kalo cheat cakap cheat, kalo jadi cakap jadi..
Biar la teruk pun jurnal ni, yang penting kebenarannya.. (cewah)

Angah pun ada masalah yang sama juga.
Diet dah ke laut sebab dia jual cookies.. Kesian sangat dia..
Tapi Angah tak gemuk cam Kaklong..
Dia 62kg, target 54kg.. Dah dekat sangat dah tu..
Cuma dia cam give-up sikit sebab sampai je 62kilo, tak turun2 dah walaupun diet cam biasa..
Tu yang frust tu..
RAsanya dah dekat seminggu statik..

Takpe2 kita teruskan juga..
LAmbat pun takpe asalkan selamat.

Bye

You May Also Like

0 Geng Kaklong

Komen la sikit ^^

recent posts