Pengembaraan Mencari Kurus Day 17

by - 1.9.16

Hai.

Bukan taknak update pasal pengembaraan dasyat ni,
Tapi baru je baik ulser beberapa hari lalu..
Lepas baik tu KakLong terus melantak Samyang Noodle for the third time

Craving nak sedap2 punya pasal pada tengah malam buta.
Abang pula gi keje, nak masak malas..
Benda ni pun jadi laaa

Esok pagi abang belikan nasik lemak, dan malam ajak makan tomyam..
Hahaha..

Kelaut cina selatan terus dietku... 

Semalam hari ke-17 dan didapati berat Kaklong tak berubah la,,
Masih 74.5kg (sama pada hari pertama sakit)

Walaupun tak diet, tapi Kaklong tak minum manis, tak minum susu dan tak makan nasi (kecuali nasi lemak haritu)

Bagus juga diet ni..

Pagi tadi check turun 600gram
Aik, tak diet pun turun?
Very good! Very good!

Menu hari ke-17 ialah:

Sarapan 
Tak lain dan tak bukan..
Sebenarnya Kaklong nak masak telur hancur cicah mayonis.
Ntah macam mana tangan ni automatik je pegi buat telur separuh masak ni..
Bedal je la..

Makan Tengahari:
Opsss.. Jangan terkejut..
Itu bukan nasi tau..
Itu ialah nasi Konjac aka benda lain yang menyamar jadi nasi (akan explain dalam entry lain pasni)
Makan dengan sayur bayam, telur dadar dan serunding daging.
Lupa beli serunding haritu.. Ntah bila nak abes..

Malangnya pada sebelah malam kami makan kfc la pulak..
Huhuhuhu...

Kira macam diet separuh hari la.. ok tak macam tu.. XD

Eksesais tak buat, tapi kitorang gi beli barang kat Mydin Mall terbesar di Malaysia dan beratur bukan main lama lagi..
Kira exercise la juga kan..

Air 1.5liter sahaja (sorry...)

End of day 17

Bye

You May Also Like

0 Geng Kaklong

Komen la sikit ^^

recent posts