Movie I love you, man..

by - 30.9.16

Hai...

Kaklong baru lepas tengok citer ni:


I love you, man ni citer lama..
Tahun 2009..
Tapi Kaklong baru je tengok.. Huhuhu..

Train to Busan belom tengok lagi..
Abang Long macam elak-elak je..
Geram tau..

(Entry ni ditulis sebelom tengok Train to Busan, pastu schedule ke depan sangat)

Biasa kitorang tengok wayang kat TGV Perda..
Tapi dah tutup.
Sekarang nak tengok wayang kene pi Bukit Mertajam..
Jauh tu..
Mungkin tu sebabnya abang malas nak pi..

GSC ada je kat sini, tapi ta berapa best la..
Tak tau kenapa..

Okay berbalik pada citer I love you, man..

Ia mengisahkan tentang Peter (Paul Rudd) dan Zooey (Rashida Jones) baru bertunang dan rancang nak kahwin. Peter ni jenis takde kawan, kehidupan sosialnya banyak dihabiskan bersama family sendiri dan juga tunang dia tu. Satu hari dia terdengar kawan2 Zooey mengumpat cakap Peter ni takde kawan, nanti susah hidup perempuan tu asyik takde berenggang dan sebagainya. Dan paling menakutkan Peter takde best man untuk majlis perkahwinan tu nanti.

Maka mula la pencarian kawan baik untuk Peter. Adik dia tolong kenalkan dengan beberapa orang, mak dia pun set-up dinner bersama seseorang yang baik dan rupamya orang tu gay (owh no..), cari kawan kat internet, cuba hang-out dengan suami kawan Zooey dan sebagainya.. Peter ni agak feminist dan sopan jadi dia rasa janggal dan awkward bila hang-out dengan lelaki-lelaki ni.. Dia macam introvert sikit kot.

Satu hari dia berkenalan secara tak sengaja dengan Sydney (Jason Segel) dan tertarik kat Sydney ni.. Dia berdebar-debar dan tergagap-gagap masa first time call Sydney nak ajak minum.. Hahaha.. MAcam nak ajak awek keluar je.. Lama-kelamaan mereka berdua mula rapat dan banyak menghabiskan masa bersama..

Tapi mesti la ada masalah sikit kan...
Masalah apa tu. korang kene tengok sendiri..

Cerita ni kelakar..
Skrip dia pun menyeronokkan dan sangat kelakar...
Setiap minit tu ada je benda yang lawak..
Lawak pun bukan lawak bodoh-bodoh..
Kebanyakannya lawak situasi yang awkward dan spontan.

Ditambah lagi lakonan Paul Rudd dan Jason Segel yang memang terkenal dengan humor..
Kaklong kagum la dorang ni...
Kalo tengok muka tu tak kelakar pun..
Takde la buat aksi yang kelakar sangat pun..
Tapi kelakar..

Dorang pandai deliver skrip tu dengan gaya lawak tanpa perlu buat muka lawak..
Seronok la...

Flow citer ni begitu cantik, sikit pun tak boring..
Kaklong duk tercacak dengan tv dari mula sampai abes, sikit pun tak tengok phone..
(tengok phone sambil tengok tv tu tandanya boring la tu)

Babak yang Kaklong suka?
Erm... semua babak pun suka.. XD
Haha.. Takleh pilih..

Babak citer ni pendek-pendek..
Mungkin sebab tu citer ni tak boring...

Apa yang menarik tentang cerita ni ialah : Paul Rudd
Kaklong memang peminat dia k...
Kalo dia berlakon je mesti nak tengok..
Sebab memang kelakar sokmo dengan muka dia yang innocent tu..

Dia kan hero Ant Man..
Juga pegang watak Brian Fantana dalam citer Anchorman : Ron Burgundy..
Mula-mula tak perasan tau..
Satu lagi citer best : This is 40
First time tengok dia dalam Clueless terus jatuh cinta
Huuu.. melting..melting...

Memandangkan citer ni buat Kaklong gelak sorang-sorang, maka Kaklong bagi 5/5

Bye

You May Also Like

12 Geng Kaklong

  1. macam best je sebab ada si marshall dalam movie ni. nanti nak try tengok la. hihi

    p/s : train to busan dah keluar download link, download je kak long ;P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best.. Try tengok..
      Train to Busan baru je donlod semalam.. Esok nak tgk puas2.. :D

      Padam
  2. Cam menarik ni kak long.. nak tgk jugakkkk.. hehe

    BalasPadam
  3. Dia nampak lagi hensem dlm gambar kat atas. Mungkin sebab waktu tu dia masih muda......... >,<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan...
      Dalam clueless lagi ensem.. Huhu.. >_<

      Padam
  4. orait.. masuk list !!! nanti nak tengok..

    BalasPadam
  5. wahhh ~ susah nak tengok kak long bagi full star pada filem. hehe. Berminat nak tengok filem ni. masuk list dulu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Mungkin sebab tak boring dan tak nampak kekurangan kot..
      Tak pon sebab ensem sangat.. Haha

      Padam
  6. mcm best je baca review kaklong ni. dah lama kte xtgk filem omputih ni..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best... Ada kesempatan nanti tengok.. Kelakar citer ni.. :D

      Padam

Komen la sikit ^^

recent posts