Kebaikan Minyak Kelapa Dara aka Virgin Coconut Oil untuk Kesihatan Luaran

by - 6.9.16

Hai.

Bahagian 1 kita memperkenalkan apa itu Minyak Kelapa Dara

Baahagian 2 kita bagitau apa kebaikan Virgin Coconut Oil ni untuk Kesihatan Dalaman

Bahagian 3 kita sambung tentang KebaikanVCO untuk Kesihatan Luaran.



Kecantikan Kulit

Minyak kelapa dara ni bersifat anti-radang, anti-bakteria.
Selain memberi kelembapan semulajadi pada kulit (ya, selepas cuci muka pakai vco instead of cream muka/ moisturizer lain), mengecilkan pori, mengurangkan jerawat, ia juga dapat pulihkam kulit terbakar, eczema, dermatitis, dan masalah kulat pada kulit.

Cuma sapu je pada kulit yang bermasalah secara konsisten dan lama kelamaan masalah kulit tu berkurangan dan hilang. Ia makan masa juga kerana vco ni bukan ubat ata racun, mempunyai strukstur kimia semulajadi yang membunuh jangkitan scara berperingkat.

Tumit pecah, tangan meggelupas, jangkitan kulat pun bole berkurangan.. Asalkan pakai secara konsisten.

Kandungan asid lemaknya (lauric dan caprylic) yang mengurangkan keradangan pada kulit. Sifat anti-oksida yang membantu memulihkan kulit bermasalah dan anti-microb yang bagi balance jangkitan fungus dan candida.
Sebagai Sunscreen
MAcam tak logik kan, pakai minyak untuk elakkan sunburn dan dijadikan sun screen?
Tapi betul..

Minyak kelapa dapat lindungi kulit dari rosak akibat cahaya matahari.
Cuma sapu rata-rata sebelom mandi pantai, atau buat aktiviti luar.

Malah kalo korang kene sunburn yang teruk, cuma sapukan pada kulit dan ia akan cepat pulih.
Ianya bersifat anti-radang semulajadi.

Sebagai Anti-Bau Ketiak
Anti-bau tau, bukan anti-peluh.
Kalo korang stop pakai deodorant, dan tukarkannya dengan sapu vco selepas mandi; ketiak korang masih berpeluh seperti biasa.
Cumanya, peluh tu takde/kurang berbau..

Sebabnya sifat anti-bakterianya menghalang bakteria dari membiak kat kawasan tu yang menjadi punca bau badan.
Mesti tak caya kan.. Try la..


Memelihara Gigi dan Gusi
Siapa yang buat oil pulling tu pasti tahu ni..
Ia satu cara membersihkan keseluruhan dalam mulut secara tradisional dan elakkan jangkitan gusi, gigi dan apa2 je yang dalam mulut.

Caranya senang je, kumur sesudu vco selama 20 minit..
Yaaaa.. 20 minit..
3x seminggu..

Kaklong selalu lupa buat. Rasanya sebulan sekali je buat kot..
Huhuhu...

Memelihara Rambut
Bagi yang bermasalah kelemumur dan rambut kering tu, minyak kelapa dara adalah salah satu penyelesaiannya..
Gunakan vco sebagai minyak rambut atau hair conditioner.

Dan untuk rambut gugur (dan kelemumur juga), urut kulit kepala virgin coconut oil ni. Selepas 3 minit bole pegi mandi..

Nampak kan, kebaikan minyak semulajadi untuk kesihatan menyeluruh untuk tubuh kita...
Hanya satu jenis minyak sahaja dah cukup untuk membantu badan kita menjadi lebih efisyen..

Jangan percaya je.. Cuba dulu..

Bole dapatkan Minyak Kelapa Dara ni kat Booth Kaklong.
Sebotol RM40 je, bole makan 2 bulan..
Jimat kan.

Bye.

You May Also Like

0 Geng Kaklong

Komen la sikit ^^

recent posts