Cara Menguruskan Kewangan untuk Bisnes Kecil dan Free Lance

by - 15.9.16

Hai.

Perkongsian ini ditujukan khas untuk korang yang berniaga / free lance. Pendek kata yang dapat duit setiap hari instead of sebulan sekali.

Walaubagaimanapun, korang yang dapat gaji bulanan pun bole apply. Adjust mana-mana yang dirasakan sesuai..


Masalah utama kita berkaitan dengan wang ni ialah tak sempat rolling..
Ada masa duit banyak, ada masa duit sikit dan tak sempat na bayar itu ini, terpaksa tunda dan berhutang. Sampai ada ketikanya perlu bayar pula bunga disebabkan tertunggak beberapa bulan..

Oleh itu kat sini Kaklong nak kongsikan cara untuk uruskan kewangan supaya tak kesempitan, in shaa Allah..

Pertama : Bahagikan sebulan kepada 5 bahagian.

Minggu 1 : hari 1-7 : Bayar.
Minggu 2 : hari 8-14 : Beli.
Minggu 3 : hari 15-21 : Hold.
MInggu 4 : hari 22-28: Hold.
Minggu 5 : hari 29- 31 : Hold.

Pada minggu pertama :
Bayar semua expenses.
Gaji diri sendiri, gaji pekerja, loan, utilities, dan semua benda yang perlu bayar tiap-tiap bulan..
Kalo due date kereta pada 23hb contohnya, bayar je pada minggu pertama tu, Jangan delay..
Pastikan sebelom 7hb, dah bayar semua expenses tu.
Duit akan jadi sangat kurang tapi buat tak tau je. Bayar semua hutang tu dulu.

Pada minggu kedua :
Beli stok dan barang niaga yg dah low stock.
Kalo rasa barang ni bole bertahan lagi sampai minggu ketiga, jangan peduli, beli je dulu.
Minggu ketiga nanti kita tak akan beli apa-apa tau.

Kaklong tau ramai peniaga suruh rolling-rolling.
hold yang tu, bayar yang ni, hold yang tu bayar yang ni..
Terpulang la kalo korang nak dengar nasihat tu..
Ini apa yang Kaklong dah praktikkan, dan kini rasa lebih lapang..

Minggu ke  3-5 :
Cuba sedaya upaya TIDAK KELUARKAN WANG dalam tempoh ni..
KAlo terpaksa juga, keluarkan la, tapi cuba sedaya upaya bekukan.
Biar duit berbukit dalam tu dalam tempoh 3 minggu ni..

Ini sangat penting bila sampai masa kita nak buat pinjaman..
Walaupun akaun aktif, tapi bank pun tengok juga pada hujung bulan berapa duit yang terkumpul.
Awal bulan ada 4 juta, tapi hujung bulan ada RM10, macam tak berapa kene je kat situ..

Sebaiknya buat current account khas untuk perniagaan.
Time bayar gaji, tuliskan check untuk diri sendiri..

Mula-mula memang susah.. Tapi teruskan cuba..
Masa Kaklong start buat tu, memang tak menjadi juga.
Namun Kaklong dapat buat slow2.
Dulu bayar kereta 23hb, pastu slow2 anjak ke 17, ke 12, ke 7, ke 3hb.
Amik masa beberapa bulan juga la nak bagi stabil.
Alhamdulillah.. Berhasil..

Kedua : Bayar loan lebih

Loan dan expensive yang wajib bayar tiap-tiap bulan tu, kalo ada rezeki lebih sikit, bayar je lebih..
Contohnya kene bayar kereta RM500, utility RM100, broadband RM120kan;
Korang bayar lebih, kereta RM600. utility RM120, broadband RM150.
Nanti pada suatu bulan yang sempit nanti korang bole delay sebulan dua, sebab hasil bayaran yg lebih tu dah cover untuk 2 bulan..

Kaklong pernah hadapi bulan2 yang sempit iaitu time baru kawen (kene pindah) dan time pindah Pulau Pinang (kene pindah).
Proses pindah tu buat semuanya tergendala.
Naseb baek ada bayar lebih loan tu, dah tak risau bila skipped sebulan.

Ketiga :Guna duit gaji sahaja untuk berbelanja

Walaupun nama berniaga, kene asingkan gaji untuk diri sendiri.
COntohnya ada 2 pembantu, Gaji pebantu RM2000 kan.
Pada minggu pertama tu bayar gaji pembantu RM2000 sorang dan peruntukkan lagi RM2000 untuk diri sendiri.
Guna gaji tu SAHAJA untuk berbelanja.

Jangan amik duit bisnes untuk berbelanja tau..
Contohnya nak pi Krabi, tengok2 duit tak cukup tapi ada duit bisnes,
Jangan amik.

Simpan duit gaji bagi cukup atau naikkan gaji diri sendiri supaya mampu menyimpan.

Ketiga : Marketing

Setiap bulan peruntukkan kos marketing.
Memandangkan kita berniaga/free lance; marketing sangat penting untuk promote servis dan produk..
Peruntukkan sebahagian wang untuk tujuan ni, jangan kedekut.
Memang kita lebih suka marketing free, tapi larat ke nak teruskan sampai ke hujung nyawa.

Kebiasaanya peniaga memperutukkan 10-15% dari nilai jualan.
Contohnya nak jualan RM20k, peruntukan RM2000 utk tujuan pemasaran.

Marketing paling senang ialah gajikan / upah orang buatkan sale dan marketing..
Kita masih bole promote secara manual dan free, tapi dengan upah bole beri double impact.

Keempat : Simpanan

Jangan lupa simpan sikit untuk rainy day.
Dalam 10% dari keuntungan pun dah okay..
Nak lagi best, lock nilai dia dalam bentuk emas.
Cara ni akan buat nilai tu kekal. Contohnya tahun ni RM1000 bole dapat sekeping emas
Tetibe 2 tahun kemudian ada masalah kewangan, perlu tukarkan emas tu.
Tengok2, sekeping emas tu bila tukar dapat RM1800..

Bole tengok carta harga emas kat SINI

Kelima : Sedekah

Yang ni paling power.
Pengalaman Kaklong sendiri la kan..
Makin banyak sedekah, makin banyak sales masuk..
KAdang2 time malas tak promote sangat tapi laju je..
Bila pikir balik, kelajuan duit masuk tu berkadar terus dengan kelajuan bersedekah.
Cuma bezanya, sedekah cuma RM10, tapi masuk RM100..
Bayangkan sedekah RM100, mesti masuk RM1000.
Kalo sedekah RM1000?

Yakin tau..
Segala isi di langit dan di bumi ni adalah milik Allah.
Takde nilai yg banyak bagi Dia..
Banyak mana pun Allah bole beri kalau Dia ni..

Itu la sedikit perkongsian dari Kaklong..
Semoga bermanfaat

Bye

You May Also Like

2 Geng Kaklong

  1. Nasihat dan panduan yang berguna. Disiplin penting supaya tidak terbabas.

    BalasPadam

Komen la sikit ^^

recent posts