Search

Apa itu Diet?

25.9.16

Hai,

Bila orang tau kita tengah berdiet kan, pasti ada suara macam ni:

Eh, makan nasi lemak? Kata diet...

Eh, makan roti dan nutella? Kata diet..

Eh, makan kfc? Kata diet..

Eh, minum coconut shake? Kata diet..

Seolah-olah diet tu bermaksud "tak makan sampai kurus" atau "lapar sampai kurus"

Hakikatnya diet memberi maksud "himpunan makanan yang diambil oleh manusia/organisma"

Oleh itu, diet = makan.

Kaklong pun pernah dengar juga, makan nasi lemak pagi, orang tegur, "eh, kata diet."
Sarapan kot..
Tu kan essential..

Lain la kalo makan nasi lemak 14 pinggan, bole la tegur, "oit, kata diet?"
Atau makan nasi lemak telur mata, ayam, kerang, daging pukul 1 pagi, memang patut la ditegur.
Makan tengah malam lagi cepat naik badan..

Dan bila Kaklong makan sikit sebab dah makan dah tadi, orang pun menyindir, "kenapa? diet ke?" pastu seme bantai gelak..
Apa yang kelakar pun tak tau la..
Dah kenyang kot, takkan nak sumbat juga..

Diet yang paling betul ialah diet yang seimbang..
Bermaksud potion karbohidrat, protein, vitamin dan mineral serta air ikot ration yang diperlukan oleh badan..

Banyak mana portion makanan yang betul?

Itu bole tengok kat piramid makanan.
piramid makanan versi barat
Ini ialah piramid makanan yang kita belajar kat sekolah (ni versi orang putih)
Portion yang paling sikit ialah benda2 manis, junk food dan snek.
Yang paling banyak perlu ambil ialah bijirin.
Nasi tu kira bijirin ke?

Orang Jepun pun ada keluarkan piramid makanan mereka sendiri tau..


piramid makanan versi Jepun
Yang versi Jepun ni ditunjukkan yang paling banyak kita perlu consume ialah nasi / gandum
Dan paling sikit ialah buah dan susu...

Korang rasa diet mana lebih sesuai diikuti?

Bagi Kaklong Japanese Diet tu lagi senang nak ikot.
Kaklong tak minum susu dan tak makan cheese...
Bukan tak suka, tapi rasa blotted dan cepat kembang je bila amik dua jenis ni..
Dan buah-buahan tu bagi Kaklong manis, sesuai kalo makan sikit je..

Adakah bermaksud Western Diet tak bagus?

Bukan begitu..
Diet ni manusia cipta, dan mereka cipta berdasarkan makanan harian masing-masing..
Kat negara western, susu, cheese, gandum, oats tu benda biasa yang mudah didapati..
Manakala negara Jepun (Asia termasuk kita la juga) lebih mudah dapatkan beras berbanding gandum dan bijirin lain.. Cheese pun bukan makanan asal kita..
Jadi olahan ini berdasarkan apa yang biasa kita makan sejak dari dulu..

Ada artikel yang bagitau, badan kita ni dah adapt dengan makanan ruji yang kita consume sejak dari nenek moyang lagi..
Itu salah satu sebab kenapa nasi tak memberi efek negatif kepada badan orang asia berbanding orang barat..
Manakala cheese tak beri effect pada orang barat berbanding orang Asia..
Kerana perut kita dah evolved untuk sesuaikan percernaan tu sejak turun temurun..

Jadi sekarang Kaklong goes to Japanese Diet..

Pernah tak dengar orang cakap nasi adalah punca kegemukan kerana ia mengandungi kanji yang tinggi..?
Nak turunkan berat badan perlu cut-off nasi..
Tukarkan dengan roti, biskut, mee dan sebagainya..

Kaklog dah buat dan ia tak berhasil.
Paling teruk ialah berat makin naik..

Pastu ada pula terbaca, punca sebenar kegemukan bukan pada nasi, tapi pada gula..
Dan semua makanan berproses (paket, botol, tin, kotak) mengadungi kandungan gula yang tinggi..
Termasuk biskut dan roti dan nugget dan macam-macam lagi....
Whatttt!!?

Paling teruk ialah gula bole menyebabkan kita ketagih.. Macam ketagih dadah..
Kadang2 gula ni tak semestinya manis..
Tapi semestinya makanan yang tinggi gula memang sedap..
Tu penyebab utama kita tak bole resist berberapa jenama yang popular..
Kerana ia mengandungi gula tinggi (serta msg) dan rasa manis tu dah tepu sampai tak rasa manis dah..

Ada artikel tulis susu rendah lemak tu memang la kandungan lemak rendah, tapi kandungan gula pula tinggi untuk mengekalkan rasa sedapnya..
T___T

Walaupbagaimanapun, piramid makan di atas kurang sesuai utk kita yang nak turunkan berat badan.
KAlo nak maintain kesihatan yang optimum sangat digalakkan..

Nak tukar diet untuk kurangkan berat badan agak susah sebenarnya.
Kerana dah terbiasa dengan diet yang sama sejak kanak-kanak lagi.

Salah satu diet yang selalu dikaitkan dengan nak kurus ialah:

Diet vegan
Diet Low Carbs
Diet Atkins

Diet paling baik bg Kaklong ialah Low Carbs Diet.
Caranya senang je, limitkan pengambilan gula dan karbohidrat dalam diet..
Amik carbs tapi kurang..

Nanti berat badan kita akan turun dengan perlahan-lahan dan konsisten.

Diet atkins pun lebih kurang macam low carbs juga.
Tapi ia agak extreme sebenarnya.
Kalo tak faham konsep biologi badan, kebarangkalian bakal merosakkan organ buah pinggang dan hati.
Selalu orang silap faham Diet Atkins ni dengan High Protein Diet.

Kaklong ada baca confessor dari kelab atkins, selepas 6 bulan mengamalkan diet atkins ni dia gi medical checkup dan didapati buah pinggang dia menunjukkan masalah.
Dia rasa tertipu sangat dan nasihatkan orang jangan amik diet ni.
Bahaya..

Memang bahaya kalo amik high protein dan low vege..
Memang bahaya kalo makan 2 ekor ayam sehari dan 3 sudu sayur hijau..
Sayur hijau perlu ada 2/3 pinggan, dan protein 1/3 pinggan..
Dan air perlu consume 1liter bagi setiap 25kg berat badan.
Ini semua perlu supaya kita dapat cheat badan kita supaya bakar lemak dan da;am masa yang sama dapat elakkan buah pinggang bekerja lebih dari kemampuan..

Kebanyakan pakar diet tak suggest amik diet ni kerana kebanyakan kita tak faham biologi badan dan nutrisi..
Tersilap langkah akan bawa mudarat.

Yang paling selamat ialah amalkan low carbs diet.
Amik masa sikit, seminggu turun 500g macam tu..
Ada juga yang tak berkesan, contohnya Kaklong..

Dah lama sangat Kaklong buat low carbs diet, tapi tak menjadi..
Cuma tak naik je, turun pun tak..
Hahaha..

Tapi kalo Kaklong makan nasi ke, minum air kotak/tin/botol ke, terus naik berat badan..
Kesian kan...
Makan sikit tapi naik banyak..

Bagi Kaklong nak ubah diet memang susah..
Walau orang cakap kononnya kita ni tak kuat ke, kuat makan ke, apa ke; cuma kita je yang kenal diri sendiri..

Memandangkan 10 hari diet atkins dah dapat kurangkan 3kilo; mungkin Kaklong bole diet 10 hari sahaj setiap bulan..
Mungkin dapat turun 3kilo sebulan sehingga dapat berat badan ideal..

Menjadi tak agaknya?

Secara teorinya memang senang. Nak start tu susah beb..

Bye

You Might Also Like

4 Geng Kaklong

  1. Bab diet siqah failed! Haha. Siqah setuju for diet low carbs. Sangat bantah diet atkins. Cut carbs totally tak sesuai untuk badan kita. Carbs penting dalam badan cuma tak nak berlebihan.

    Tak boleh cakap banyak bab diet ni. Sebab siqah sudah membesar. Tak sesuai rasa nak cakap. Hehe.

    Good luck kak long. Moga berterusan buat diet gaya japanese dan low carbs :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. KAklong pun dikategorikan sebenarnya..
      Tapi kene kuatkan juga semangat ni.. Hohoho..

      Thanks Siqah.. ^_^

      Padam
  2. huh nak kena istiqomAH ni kalau nak ikut style diet barat atau jepun, kat malaysia biasanya diet versi barat yang diterbalikan hihihi

    BalasPadam

Sila tinggalkan jejak untuk Kaklong ziarah.

Tak tau nak komen apa..?
Komen je, "Wah, bagus la awak ni Kaklong, comel pula tu"
Kui kui kui... :D

AFB Blogs