Apa itu Detox?

by - 29.9.16

Hai.

Salah satu benda penting yang perlu ada dalam diet ialah detox.
Bila sebut diet, mesti orang suruh detox..

Detox atau nama penuhnya detoxification ialah proses penyingkiran toksin dari dalam badan.

Toksin tu pula ialah sisa beracun yang terhasil dari proses metabolik dalam badan.
Terutama sekali apabila kita amik terlalu banyak bahan bertoksik.

Bahan bertoksik ada dalam hampir semua makan dan minuman (yang berproses terutamanya), ubat-ubatan, produk kecantikan dan kesihatan (dalaman dan luaran)

Badan kita akan menyingkirkan toksin ni secara semulajadi melalui proses detoxification (detox).

Proses itu dibuat di hati dan dihantar ke ginjal untuk disingkirkan bersama urine.

Namun begitu, akibat ketuaan (ada ke perkataan ni?), peningkatan usia, pengambilan terlalu banyak bahan bertoksik dan kandungan bakteria jahat/parasit dalam badan akan membuatkan proses detox ni menjadi kurang efficient.

Bila kurang efficient, organ-organ lain seperti paru-paru, usus dan kulit akan turut sama menggembeleng tenaga untuk menyingkirkan toksin ni. Ini sedikit sebanyak mengganggu tugas asal organ tersebut dan overworked yang membuatkan mereka ni pula yang berfungsi dengan kurang efficient.

Kesian kan..
Kita nak tolong kawan kita, last last kerja kita sendiri pun terbengkalai sekali..

Apabila semua organ telah jadi kurang efficient, toksin pun dapat berkumpul slow slow dan merosakkan sel serta tisu badan. Itu yang menyebabkan berlakunya masalah kulit (tetibe naik gatal-gatal), cyst, tumor (tak semestinya kanser), asthma dan arthritis

Oleh itu, kalo kulit korang bermasalah, gatal-gatal dan sebagainya kebarangkalian ia disebabkan oleh toksin yang dah berpiknik kat situ..

Jangan tunggu sampai muncul pula simptom-simptom lain yang bawa mudarat.
Perlu buat sesuatu untuk bantu badan kita detox dengan lebih efektif.

Kita orang Islam ni beruntung kerana 30 hari setahun kita detox tau..
Ya, puasa tu adalah salah satu cara detox.

Proses pencernaan makanan sebenarnya gunakan terlalu banyak tenaga.
Kita tak sedar kerana ia berlaku dalam perut..

Dengan berpuasa, kita dah banyak saved tenaga kat situ..
Dan sebab badan kita ni takde keje nak buat, dorang pun buat keje maintenance je la..
Selain baikpulih sel, attack patogen yang menceroboh, dorang juga berpadu tenaga menyingkirkan toksin..

Tadi Kaklong kata proses ni mengganggu keje asal dorang kan..
Tapi dengan berpuasa, dorang takde keje nak buat jadi bole sangat tolong hati buat keje..

Sayang kan Allah pada kita..
Pada zaman tu mungkin susah untuk kita faham tentang proses detox ni, jadi Allah suruh kita puasa je.
Siap bagi lagi kita pahala banyak-banyak.

Dan punya la Allah nak kita jaga elok-elok sarung yang dihadiahkan ni, Dia galakkan kita berpuasa dua kali seminggu dan bagi lagi pahala sebagai reward...

Semua ni bukan untuk Dia..
Dia terlalu kaya utk dapat manfaat dari semua ni..
Ini adalah untuk kita..

Tak perlu keluarkan wang untuk detox.
Malah dapat jimat lagi dengan skipped makan pagi, lunch dan makan petang..

Nampak tak kasih sayang Allah kat situ?

Selain berpuasa, ada lagi menthod lain untuk berdetoks.
Kaklong akan elaborate lagi nanti ya..

Bye

You May Also Like

0 Geng Kaklong

Komen la sikit ^^

recent posts